Friday, February 22, 2013

lagu..

pagi tadi tertengok satu cerita.. cerita yang boleh diketegorikan sebagai veteran ni takder la best sangat, tapi lagu tema dia yang buat aku lentok habis..

memang perghh la kata ko..

kalau nak dengor lagu tu, klik butang play kat atas neh..

kbai


Sunday, February 17, 2013

teringat mase dlu2

Assaalamualaikum..

mood: tengah bengang sikit..hehe

Pagi ni punyer la baik aku plan ape yang aku nak buat dalam kelas nanti.. Sempat masuk kelas 5minit jer lah, pastu aku terpaksa merelakan diri untuk menjadi guru pengiring kepada pelajar2 yang memasuki pertandingan hafazan peringkat negeri kelantan..

Cuma kali ni majlis tu diadakan agak jauh dari tempat yang biasa..kalau sebelum ni majlis selalu diadakan di kompleks balai islam, tapi pada tahun ni majlis diadakan di Darul Quran MAIK.. kat jalan panji.. yang duk kelantan pasti tahu katne area yang aku sebutkan tadi..

Bile tengok pentas jer, teringat balik kenangan2 mase sekolah dulu..selalu jugak datang ke majlis2 cenggini.. Tapi tak pernah masuk laa..bukan nyer aper, aku takut kalau aku masuk konfem menang..kesian la kat peserta2 laen yang teringin sangat nak menang dalam pertandingan ni..dapat duit woo.. Selalunya datang tuk bagi sokongan kat kawan2 jer la..huhu

So, harapan aku semoga esoknya aku tak lagi ditigaskan untuk menjadi guru pengiring sekali lagi..penat woo.. Dah la cakap 8.30 pagi mulai majlis, alih2 hampir kul 10pagi baru nak stat.. Nak wat cane, paham2 jer la janji melayu..huhh

Friday, February 15, 2013

dah bukakk balik daa

assalamualaikum..

mood: dalam keadaan hepy..hehe

seminggu dah pon berlalu dan esok merupakan hari terakhir kitorang bercuti..walaupon aku bukan lagi bergelar student, tapi tugas sebagai warden asrama tetap perlu dilaksanakan..so, esok nak ke taknak aku memang kena laporkan diri jugak ke asrama..erm em

dalam seminggu ni memang betul2 takde aktiviti luar yang ku lakukan, makan angin takde, dating pon takde..hehe..cuma keluar lepak ngan geng2 pastu setting tuk maen futsal..ade lar beberapa kali..yer la, kita orang laki memang kena la duk maen futsal..tambah2 kitorang masih bujang, tanggungjawab tuk bini masih lum ade lagi..jadi kitorang buat la ape2 yang patut..sekurang2nyer kita tak merempit sana sini keng..

dan agak menggembirakan jugak, persahabatan antara aku ngan dia masih lagi berkekalan..berbagai dugaan, bagai air dicincang takkan putus..hoho..apa kena mengena air ngan persahabatan kitorang plak? hehe.. nanti satu hari korang kan taw ape maksud aku ni..

okeyh.. jumpa esok! bai

Saturday, February 9, 2013

cito legend..

assalamualaikum..

selamat bercuti ku ucapkan tuk korang suma.. seminggu cuti dapat la lepaskan ketensionan yang dah semakin membengkak dalam kepala aku ni.. dan aku lebih memilih untuk berada di rumah dan bersama ngan family berbanding nak p ronda kat mane2..

erm, antara hobi aku sejak dulu2 memang suke tengok movie or drama..dan minggu lepas baru jer abis satu drama 'setia hingga hujung nyawa'.. korang pon suke tengok jugak kan..hehe..aku rase citer ni ending nyer agak best berbanding citer legenda budak setan..

cube perhatikan, antara dua cerita ni ada sedikit perbezaan.. legenda budak setan lebih kepada pencarian mencari cinta sejati walaupon watak 'ayu' dah berkahwin pada masa tu.. tapi dalam citer 'setia hingga hujung nyawa' ni, watak 'el' lebih memilih untuk setia bersama suami walaupon sering didera dan diseksa sehingga lah dia menemui cinta dalam diri suaminya..

so amacam, kedua2 citer ni memang legend bagi aku dan mungkin jugak bagi korang2 kat luar sana.. bukan ape, kadang2 kita ni mudah terpengaruh ngan citer2 yang ditonton sehingga terbawak2 dalam dunia realiti..

sampai ade yang tersebar kat facebook pasal komen seorang gadis yang berada dalam keadaan dilema disebabkan citer 'setia hingga hujung nyawa' ni.. adakah dia patut melanjurkan diri supaya akan bertemu lelaki yang baik2..sebab dalam citer ni, watak 'zain' akhirnya menyesal di atas perbuatannya yang selalu memukul dan mendera 'el' dan dia pon berubah menjadi seorang suami yang sangat2 penyayang..

jadi untuk skg ni, buleh la ushar2 mane yang berkenan dan bawak la kisah cinta korang ke jinjang pelamin.. jangan la berjanji bagai , duk bawak anak dara orang keliling satu malysia ni, alih2 putus sekerat jalan.. jangan la merosakkan orang laen kalu taknak diri sendiri dirosakkan..


Friday, February 8, 2013

erm.. masih ingat lagu ni?


Tuhan tolong lembutkan hati dia untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup ,Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku