Monday, April 29, 2013

gwiyomi??

hai assalamualaikum.. selamat bercuti ku ucapkan buat diri sendiri dan kepada rakan2 seperjuangan sekalian..

cerita hari ni adalah mengenai fenomena gwiyomi..ape kebenda ntah..sampai bobo parodi pon sekali lagi mengeluarkan video mabuk nya..benci se benci bencinya...arghhh! amboi, garang nampak..hoho

sebelum ni riuh satu dunia mengenai tarian gangnamstyle sampai kt malaysia pon ramai makhluk yang trlompat2 dan terkinja2 menari mengikut tarian PSY..

So skang ni sekali lagi rakyat malaysia dilanda wabak tarian dari korea, yg diberi nama gwiyomi..sampai cik wawa zainal pon sanggup mencemar duli dan menyumbangkan wajahnya yang comel terlampau demi membuat aksi ini.. yang ni jer aku suka..muahaha

Tapi ada sedikit moral yang ingin ku kongsikan..perasan atau tidak kita terlalu menghargai dunia hiburan..terlalu obses dengan benda2 yang nyata ianya adalah satu dakyah yang sengaja ditonjolkan oleh yahudi dan konco2nya..dengan satu tujuan, ingin merosakkan pemikiran anak2 muda islam..

same2 kita pohon keampunan dan dijauhkan dari perkara2 yang melalaikan..amiin..

Sunday, April 28, 2013

Bila hati dah suka...

Hai assalamualaikum and salam sejahtera.. menjelang pilihan raya ni arap2 kita semua dikuatkan semangat oleh Allah Taala untuk sama2 kita berjuang di atas jalanNya..

Lagi2 status jiwang..ape ke hel ni..hoho.. saba noh, jangan nak melalut..mana ade jiwang, status normal jer tu.. tapi kalau korang nak tau memang aku ni agak jiwang jugak la.. Walaupon tak ramai yang suka lelaki jiwang ni, ade aku kisah! ngohngeh..

Tapi sekurang2 aku ada sebab untuk berperangai macam tu..hehe..apa sebabnya? biarlah rahsia.. So, bila hati dah suka, buatlah ape pon kita akan sentiasa hargai sesuatu benda tu keng.. Ibarat kalau kita minat pelakon Wawa Zainal, dia berlakon la citer ape sekalipon, kita tetap akan tengok..sebab ape? sebab hati kita dah suka..

ehh, takkan tak kenal kot wawa zainal..mak aih, nama 25 rasul pon ingat2 lupa, ada hati nak ingat nama artis..hadui~insaf!!  begitu la jugak keadaannya yang berlaku pada diriku ini.. Aku suke kat sorang kawan ni taw..suka ni bukan maen2, buleh bawak mati woo..hoho..tapi keadaan tak mengizinkan, mybe aku tak cukup handsome untuk dia..cewahh ayat sedey.. :-( 

walaupon mungkin kita takde jodoh, arap2 ade la kot..tengok tu, ape ni? tadi nampak macam pasrah, pastu macam tak rela pulak..arghh tensionn

hehe, jangan la marah..kita cuma berdoa dan mengharap.. ape pon, be hepy and be more strong.. thanks sebab menganggap diri ini sebagai seorang sahabat.. bebai

Saturday, April 27, 2013

"saya tak bahagia"?

Hai assalamualaikum...  kaifa halukum jami'an? sihat sokmo neh insyaAllah..

Pertama sekali aku nak ucapkan time kasih kepada mana2 antara korang yang pernah bersama aku tak kira secara zahir mahupon melalui alam dunia di hujung jari ini, yang selalu bagi support dalam segenap segi, di saat diri ini sangat2 lemah, ada yang bersimpati dan pasti ada yang hanya memerhati dan akhirnya berlalu pergi..time kasih banyak2..

Benda pertama yang aku dapat hari ni, mesej dari seorang sahabat yang sangat2 dihormati lagi dikasihi..cewahh.. haha.. dia bercerita tentang kebahagiaan.. lama aku duk perhatikan mesej ni, terfikir sambil mengeluh.. cane eh nak tolong? aku pon kurang mahir sebenarnya, tapi dah kawan sendiri yang mintak tolong, insyaAllah akan kuusahakan hingga ketitisan darah yang terakhir..hehe

Sebelum ni pon aku pernah bercakap mengenai kebahagiaan, bahagia adalah sesuatu yang subjektif.. bukan mudah untuk dicari kerana ia bermula dari diri kita sendiri.. hati tak tenteram bermakna ada sesuatu yang tak kena yang telah kita lakukan.. Kita yang menentukan kebahagiaan kita sendiri dan bukannya orang lain..

Ada satu petikan dari blog seorang sahabat ;
       "Kebahagiaan bergantung kepada keputusan kita sendiri untuk bahagia.. Jadi kebahagiaan adalah suatu keputusan.. Bila dan dimana saja kita dapat memutuskan untuk berbahagia atau tidak."

Senyumlah sepuas-puasnya, berdoalah tanpa berputus asa, insyaAllah satu hari nanti kebahagiaan akan hadir dalam hidup kita.. sama2 kita berdoa

Thursday, April 25, 2013

angan-angan

Yerr aku mengaku yang aku kadang2 suke jugak duk termenung berangan2 konon2 memikirkan masa depan..haha..poyo keng

tapi aku yakin bukan aku sorang jer yg layan perangai camni.. bak kata pakar sejarah, "kuala lumpur takkan wujud kalau tidak bermula dari sebuah angan2"...

So antara angan2 aku, nak ada beby satu hari nanti..haha.. lagi la poyo keng.. siap buat 'bebies on board' lagi..huhu..

~ Aisya Dania in the future

Tuesday, April 23, 2013

Mukhayyam 1

Hai assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni dah berakhir pogram mukhayyam qurani 2013.. Walaupon agenda agak terganggu disebabkan cuaca yang tidak menentu, tapi alhamdulillah semuanya selamat..

Lokasi pogram mukhayyam taun ni bertempat di Lata Tembakah, Terengganu.. tempatnya cukup cantik lagi menyenangkan..

Friday, April 19, 2013

Bulan 4

Hai assalamualaikum.. sy bukan syeila amzar atau nur aminatul najwa latif, tapi sy teringin la jugak teringin nak jadik macam diorang.. Muda2 lagi dah ada duit beriban2.. Aku ni, habuk pon tarak..

Mungkin korang buat2 lupa hari ni hari apa keng..memang la hari sabtu tapi tarikhnya yang penting.. 20/4/2013 merupakan tarikh penamaan calon untuk PRU13.. meriah keng..sebab tu la aku dilahirkan pada tarikh ni supaya hidup aku pon meriah and kalau ada peluang, bleyh naik calon pon jadi laa..hehe

Bulan 4 jugak, ku rasakan ada something di dalamnya.. seingat aku la..hoho..dulu aku ada sorang kawan yang sangat2 baik..dah la baek, hensem cun melecun plak tu.. tapi persahabatan aku ngan dia tak lama sebab aku ngan dia berlainan level..

Aku tetaplah aku la keng, tapi dia plak budak baek, pandai dan yang sewaktu dengannya.. jadi seingat aku la, kitorang kenal bulan 4 dan setahun kemudian aku ngan dia buat2 gaduh, terus dia taknak kawan ngan aku..dia jenis sensitif sikit, so aku memang bukan kawan yang baek la kot..huhu..pointnya terletak di bulan 4.. :-)

Ape pon, thanks kepada sobat2 yang sudi mengucapkan kata2 "hepy besday to u" , aku hargai sangat2.. dan kepada 'very important person' yang sudi baca blog selekeh ni, teruskan kehidupan dengan hepy and bahagia selamanya insyaAllah..

annyiong and kasahamnida.. :-)

Monday, April 15, 2013

ampunkan dosaku Ya Allah

Sehari dua hari dan tiga hari ni, tubuh kurang cergas sikit.. disamping nerves memikirkan mesyuarat pss, alhamdulillah semalam mesyuarat tu dah selesai, sambil itu lah sakit kepala dan dada berdenyut2 datang bertandang..

Termasuk pagi ni, dah masuk 3 hari sakit ni berulang2 datang tak diundang, pergi tak berjemput.. ku arapkan doa dari kalian semoga diri ini terus sihat dan mendapat hidayah dari Allah..amiin

Tuesday, April 9, 2013

Emosi

Hai assalamualaikum.. Semua hepy2 belaka ku harapkan..walaupon cuaca agak panas skang ni, kena la redha neh.. Suma tu ujian dari Allah..

Percaya atau tidak, kehidupan seseorang selalu berkait dengan emosi..kadang2 kita bleh jadi terlalu ceria dan kadang2 kita boleh jadi terlalu pendiam..

" kenapa nampak sedih jer ni?".. " eh xder lah, aku ok jer cuma rase badmood ckit"..kadang2 kita orang laki ni suka sangat pendam perasaan..nak nampak macho la kononnya, padahal dalam hati ada kebun..

Tapi yang sebetulnya aku sendiri pon selalu gak dilanda wabak kemurungan ini..bile orang tnya, memang aku sendiri pon xder jawapan..

Kenangan? Yer, kenangan selalunya indah keng..yang pahit pada suatu masa dahulu, kini bertukar menjadi kenangan yang sangat manis..

p/s : tidak menyapa tidak bermakna melupakan, tapi keikhlasan hati kita yang ingin melihat dia bahagia dengan pilihannya.. :-)

Monday, April 8, 2013

Tanggungjawab

Hai assalamualaikum..nama sy hamdi, berumur 23 tahun, dilahirkan serta membesar di sebuah kampung di daerah pasir mas.. orang kata, kat pasir mas semua comey2 belaka..hoho

So, saya pon mungkin termasuk la sikit dalam ketegori yang comey2 tu..haha..dulu saya belajar di SK dot dot dot.. kemudian meneruskan pengajian di Maahad dot dot dot.. Dan kemudian Alhamdulillah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara, dan selepas 3tahun berjaya mendapatkan ijazah sarjana pertama dalam bidang dot dot dot, dan Alhamdulillah setelah beberapa bulan menimba pengalaman sebagai warga pendidik, saya kini ditawarkan untuk mengajar di sekolah ini..diharapkan pihak tuan sudi memberi tunjuk ajar..

Mudir : okeyh kalau camtu, untuk tugas bagi taun 2013 saya tugaskan awk untuk mewujudkan pss sekolah..

Aku: hah? biaq betui, saya bukan nye jenis budak kreatif nak jaga2 perpustakaan ni..

Mudir : ade aku kisah!

Aku : :-p!!!

Makanya nak tak nak terpaksa la aku mengeretifkan diri mengerah bakat anak2 murid aku untuk buat kerja..hahaha.. tapi pokok pangkalnya aku tak suka tugas ni.. help me my dear!