Thursday, August 28, 2014

cerita Siapa Lebih Hebat

Terdapat satu mangga di pintu gudang.

Tukul besi yang merasakan dirinya paling hebat di dunia cuba memecahkan mangga tersebut.

Tukul cuba memukul mangga dengan pelbagai cara, mangga sekadar kemek sedikit tapi masih terkunci.

Datang pula gergaji berlian. Gergaji suruh tukul ke tepi. Dia berkata giginya boleh memotong apa sahaja.

Setelah berjam cuba, giginya menjadi tumpul, mangga pula hanya tercalar.

Tetiba muncul satu besi yang usang, badannya kecil, kotor, bergigi tak molek dan nampak rapuh.

“Biar saya cuba,” katanya kepada tukul besi dan gergasi berlian.

Tukul besi dan gergasi berlian ketawa terbahak-bahak, kata mana mungkin si besi karat ini nak berjaya sedangkan mereka berdua pun tidak.

Si besi kecil memasukkan dirinya ke dalam badan mangga dan putar. Mangga terus terbuka,

“Bagaimana kamu dapat melakukannya?” tanya gergaji berlian dan tukul besi.

“Kerana saya tahu isi hatinya,” jawab si besi kecil.

Siapa nama kamu?

“Saya Kunci,” jawabnya.

Wahai anakku,
Janganlah sesekali kamu merasakan diri sendiri hebat dan memandang rendah pada orang lain. Banyak masanya kamu terlalu cepat membuat kesimpulan hanya untuk menyesal di kemudian hari - kerana perkara yang kamu kritik hari ini sebenarnya ialah perkara yang betul di masa hadapan. Dan begitulah sebaliknya. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku, cuma kadang-kala kamu tidak dapat melihat pada waktu ianya berlaku kerana Allah ada perancangannya tersendiri.

Monday, August 25, 2014

Berdoa lah..

Assalamualaikum

Firman Allah Taala, "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu." sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan dimasukkan ke neraka jahanam dalam keadaan hina."

Kadang2 dalam seharian hidup kita, kita memandang rendah kelebihan berdoa..kita lebih mengharapkan pertolongan sesama makhluk berbanding kita bergantung harap kepada Allah.. Bila kita tertekan, kita lebih suka memilih untuk lakukan sesuatu yang boleh buat kita terhibur, yang tentunya perlakuan itu langsung tak memberi faedah kepada kita..den bukan nak mengata orang, sebab den sendiri pon melakukan perkara yang sama..

" Doa adalah kunci segala hajat, penghibur orang miskin, pelindung orang kesempitan dan pemberi ketenangan buat manusia yang berkeinginan"..

Minggu lepas family den terkejut bila tiba2 ayah den beli cd dangdut..hairan bin ajaib..tetiba berubah, klu masa den kecik2 dulu memang haram la nk dengar lagu dangdut, dapat tengok tv pon kira bertuah dh tu..ni siap beli cd lagi.. Bile ditanya, kenapa sampai sanggup beli? Jawapan mudah, sebab nak cari ketenangan hati.. Masing2 mengeluh, "alahai, ape nak jd ngan ayah aku nih"..hakikatnya, memang ramai antara kita akan mencari hiburan ysng kadang2 agak melampau demi mengubat hati yang tak tenang..

Allah memberi pilihan kepada hambaNya, nak kepada kebaikan atau kpd keburukan.. Sunyi atau hati yang tak tenang bukanlah masalah besar, tapi tindakan kita yang selepas itu lah yang jd masalah sebab kadang2 ianya akan memberi keburukan kepada kita..bukankah mendengar alunan quran itu lebih dari mendengar nyanyian, bukankah berkongsi cerita dengan seseorang itu lebih baik daripada mencari hiburan yang tidak berfaedah, malahan langsung tidak sesuai dengan usia kita yang telah lanjut..

Allah bagi ujian, nak tengok bagaimana hambaNya mengatasi masalah yang dihadapi..terpulang samada nak pilih jalan kebaikan atau keburukan..

Sunday, August 24, 2014

MH17 : Mohamad Hamdi, 2217

Salam MH17..

Baru ku sedar, rupanya MH17 singkatan nama mohamad hamdi and 17 tu plak terkena dengan nombor diri masa kat sekolah dulu, 2217.. macam ade chemistry plak..huhu

Banyak pendapat dan komen2 tentang isu berkabung sejak dua menjak ni, ade yang sokong, ade yang membincangkan secara ilmiah dan ade yang wat endah tak endah..macam2 hal lah

Di sebalik tu plak, kampong den dikejutkan ngan isu kereta kebal terbalik sehingga mengorbankan 2 nyawa.. salah seorang mangsa plak berasal dari kampong den, kenal tak kenal jugak la..sekadar kenal nama, xpernah jumpa pon..sebab adik dia tu, kawan den, sebab tu la den kenal nama jer..

Siang tadi den pon berpakat la ngan adik den p melawat..kesian pon ade, sebak pon ade..kesian tengok mak dia sampai tak lena nak tidur malam.. dan den kesian jugak sebab si mak dah bercerai sejak sekian lama ngan si bapa nya, jadi si arwah ni lah tempat bergantung sekeluarga..den nak tolong lebih2 pon takut dikata dek orang..

Tapi Alhamdulillah si adiknya yang kawan den ni dah pon dilamar orang, insyaAllah bulan sept nanti kan berlangsung perkahwinan..den doakan semoga segala urusan kan berjalan ngan lancer hendaknya.. jadi walaupon si ibu sedang bersedih atas kehilangan, Allah memberi kegembiraan dengan kehadiran orang baru dalam keluarga..

Sebab tu la kita kena sedar, Allah takkan menguji hambaNya dengan sesuatu perkara yang mustahil untuk dilakukan..Allah Maha Mengetahui segala perkara yang tersembunyi di hadapan kita..

Masa untuk den kawen plak?? Huhu..biarlah rahsia..den pon belum nampak lagi jalan kearah itu.. mungkin sebab mak dah bagitaw supaya seboleh2 nya jangan langkah bendul..sebab tu lah den pon tak pikirkan sangat pasal kawen ni..tambah2 si gadis impian tak lagi bersama di sisi den, dah hampir2 akan disatukan pada tahun hadapan, lagi la den seolah2 cepat2 nak lari dari perkataan “kawen”..

Setiap orang yang membujang mcam den ni pasti timbul dalam hatinya ingin memiliki seorang gadis yang betul2 menepati ciri2 impian masing2..termasuk la den, dah jumpa, dah kenal, dah baik dah pon..tapi kita hanya merancang, Allah menentukan.. sampai ke saat ini pon den masih terasa peritnya, sedihnya kehilangan.. menangis air mata darah sekali pon, den langsung tak berdaya nak mengubah takdir..

Tapi insyaAllah den akan terus berdoa dan berdoa semoga Allah tetapkan iman den sekeluarga serta dirinya sekeluarga, rahmati hidup dunia akhirat, kalau dah jodoh, insyaAllah takkan ke mana.. kalau betul si gadis impian memang bukan hadir untuk menjadi yang halal bagi den, den doakan yang terbaik untuknya.. walupon den sedih sebenarnya ni..huhu
k..gudnite



Monday, August 18, 2014

yeah.. i miss ***

Assalamualaikum..

Makan bertahun daa den biarkan blog ni..zaman daa berubah, dunia dah maju, seiring usia den yang makin menua, makin tak sempat la den blog memblog nih..dulu xpe la den masih lagi bergelar student, hamper 24 jam kot duk depan lappy..tapi skang sekejap ada sekejap takde

Hidup ni recycle..lahir, membesar, berkeluarga then meninggal..setiap orang insyaAllah akan melalui dengan izinNya.. den skang ni pon dah 24 tahun 3bulan 28 hari.. sekejap jer masa berlalu, teringat kenangan kecik2 dulu masa sekolah rendah, maen guli, kejar ayam, tangkap burung, cubaan mandi sungai..macam2 lagi lah

Jd takda maknanya kalu kita hidup semata2 kerana hidup..kita kena sedar kenapa kita dihidupkan oleh Allah taala.. apa tujuan kita di dunia, tak laen tak bukan kerana kita akan dikembalikan kepada Yang Maha Esa..

Sebab itu lah kadang2 den terkenang kenangan lama..den bersyukur ngan apa yang telah den lalui, walaupon terlalu banyak kesilapan yang telah den lakukan.. kita takkan mampu nak kembali kepada masa lalu, tapi kita masih lagi diberi kesempatan untuk menjadi yang lebih baik..

Dan kerana den rindu sangat2 lah sampai tangan den merajinkan diri menulis entri ni.. ermm.. ku cuba berkali2 tapi ku tetap tak mampu..yaah, 
I miss Y** sgt2..