Sunday, May 9, 2010

Who am i?

siapa aku?
yang menyebabkan suma orang peduli tentang diri ku,
ingin mengetahui namaku,
turut ingin merasai kesakitanku.
siapa aku?
ku mengharapkan cahaya bintang yang bersinar,
dapat menyinari,
hatiku yang tertanya-tanya

bukan kerana siapa aku, 
tapi kerana ape yang telah kau lakukan,
bukan kerana apa yang telah ku lakukan,
tapi kerana siapakah dirimu sebenarnya

aku diibaratkan bunga yang sedang melayu,
hari ini ku berdiri, esok ku kan pergi,
ombak menghempas di pantai,
wap-wap air mengalir di udara,
masih mendengar di saat ku memanggil namamu,
namun kau biarkan daku di saat ku bersendirian

siapakah diriku?
banyak mata yang melihat kekuranganku, 
namun, pandanglah aku dengan perasaan cinta, 
maka dirimu akan melihat  kebangkitanku

siapa aku?
bahawa suara yang tenang dari laut,
akan memanggil melalui hujan yang mencurah, 
pasti menenangkan badai di hatiku

No comments: