Friday, October 21, 2011

Aktiviti semalam

   Hai assalamualaikum..tak nak citer panjang, just nak bagitau tentang aktiviti aku sepanjang ari ni..first pegi epot antar kawan balik Msia..minggu depan insyaAllah orang len plak yang kan antar aku pegi epot..haha

   lepas tu kitorang p lepak kat bazar 'Patani'..dan kat bawah ni de gambar tentang
'ماذا فعلنا فى هذا اليوم؟'...proses peng'snap'an adalah menggunakan henfon..so, lau gambar tak cantik , aku mintak maaf ekk.. :)




model dari kg.selising..haha

yg ni plak time kat bazar





   Yang pastinya, gamba aku xde..mesti kowang kempunan kan nk tengok gamba aku..hakhak..k, jumpa len kali..assalamualaikum


Tuesday, October 18, 2011

daa nak balikk

Hai assalamualaikum..kenal lagi tak sape aku?haha..liplap liplop, lagi dua minggu aku akan kembali ke Msia..rase tak percaya pon ada..rase sedih pon tentu tak buleh nak elak...klu aku tanye geng2 aku yang len, pe perasaan bile terpaksa meninggalkan bumi mesir?kesemuanya akan jawab di sini terletaknya satu kenangan yang teramat indah bagi kami...sob3

Tapi di saat entry ni di tulis, tiket aku lagi 2 minggu laa..saje nak on kan balik blog ni, aku buat entry pasal ni..untuk korang, aku nak tunjuk gambar yang aku yakin korang pon kenal tempat tu..



mungkin terdetik kat hati korang, nape gamba ni tak cantik?

Ni gambar kat dalam Masjid Azhar..snap pakai henfon je lah..haha..jiwa dan perasaan korang kan tenang sgt2 bile duk dalam masjid ni..subhanallah!!..k


Tuesday, August 30, 2011

Ape yang ko rase bile Ramadhan tinggalkan ko?


  Assalamualaikum..Selamat Hari Raye buat semua dan mintak maaf atas segala kesalahan dari ujung rambut sampai ke ujung kaki..bulan ramadhan yang daa berlalu selalu kan buat kite bersedih..

  Biasanya bile da ujung nak habis bulan ramadhan baru la rase nyesal tak amik seriyes pasal ibadat..semua orang tau setiap amalan kita akan dilipatgandakan ganjarannya..tapi orang macam aku ni selalu sangat lupa pasal tu..betul kan ape yang nabi cakap, klu baek seketul daging yang bernama hati, maka akan baeklah seluruh jasad..

   Ape yang ade ngan kite pastinyer hanya kite yang tau kan..kadang2 orang duk puji kite ni lelaki baek la, sejuk mata memandang la..suma tu klu buleh semua orang nak mengiyakan, tapi kite yang tuan punyer badan sendiri tau ape yang ade kat dalam hati..luar memang nampak baek, kat dalam hanya dia ngan Allah..

   Untuk peringatan kepada kite semua, renung2kanlah keratan dari sepotong hadis Rasulullah s.a.w

Baginda bersabda: Jibril as datang kepada aku dan berkata: “ CELAKA dan BINASALAH’ sesiapa yang menyempurnakan Ramadan, tetapi masih tidak diampunkan baginya”. Aku menjawab: امين

Taqabbalullahu minna waminkum...nanti kan ade entry pasal raye..korang tunggu neh..assalamualaikum

Friday, July 29, 2011

Tazkirah utk pompuan

Hai assalamualaikum...entry ni untuk hari jumaat sebenarnye, aku kat sini memang la still hari jumaat..korang yang kat malaysia daa masuk hari sabtu..k..sedikit peringatan untuk kite suma..

   Ali r.a. meriwayatkan : "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:


1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

 2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

 3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

 4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

 5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

 6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

 7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

 8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

 9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.



   Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."


Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :


1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

 2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.


3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

 4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

 5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

 6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

 7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

 8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

 9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.


p/s: khas utk kaum pompuan dan secara umum utk lelaki...hadis ini ditujukan utk peringatan kpd pompuan, dan bagi kaum lelaki, ingat yang kite kan jadi ketua keluarga, maka tanggungjawab kite utk mendidik isteri..maa'ssalamah

Thursday, July 28, 2011

bab yang dah basi, tapi telah pon diperangatkan..khas utk korang

assalamualaikum..pe kaba korang? rase lama sangat daa aku tak update blog ni..sejak result final exam aku klua..then aku pegi ke Hurghada..then kitorang pegi selebret untuk kursus bahasa arab..

Nak aku citer ke? haha..rasanya xyah la kot..nanti aku upload gamba untuk korang ekk..dan semalam, mimpi aku selama ni dah jadik kenyataan..sesuatu yang selama ni aku tak mampu nak miliki akhirnya da jadik milik aku..k..kat bawah ni de gamba untuk korang...annyo!

gamba ni 1st day kitorang kat hurghada..



time ni kat kfc, nampak makhluk ni terus kitorang amik gamba..haha

kat Paradise



sebelum tu, nak mintak maaf sebab gmba kat hurghada jer yang sempat aku upload ari ni..len kali aku try upload gmba2 yang len ekk..k




Monday, July 18, 2011

Kawan dan citer 'pillow talk'..

Hai assalamualaikum..kite suma mesti boleh cakap yang kite ni ramai kawan..tapi berape ramaikah kawan yang boleh dijadikan tempat mengadu di saat korang frust, sedih dan yang semacam nyer?..

Aku tujukan entry ni untuk sorang kawan..haha..tak tau nape tiba2 dia buleh muncul dalam idup aku..tambah2 time tu aku tengah badmood sangat2..then muncul la si pari2 ni duk potpet2 sampai la aku lupa segala masalah..thanks si pari2..xkisah la nak panggil aku jambu ker ape ker..yang penting ko memang layak untuk dipanggil kawan..nak ke tak?haha..

Aku sebenarnya susah ckit nak berkawan..geng2 aku mesti tau perangai aku cane..tapi betul la orang cakap, sekeras mana pon hati seseorang, klu kena ngan time nyer mesti cair meleleh-leleh punya..

Contoh aku ade sorang kawan tau...dia sayang kat awek dia sgt2, tambah2 awek tu laa cinta pertama dia...dah janji macam2 daa..nak idup semati la, nak saling jage menjagai la..biasa la kan adat orang bcinta, bile janji mesti kaw2 punyer..haha..tapi masalah berlaku bile kawan aku ni tengah sibuk nak exam dan awek dia pulak tengah sakit..

haaa, ko nampak tak permainan dia...time ni lah ade sorang mamat yang memang da lama berkenan kat awek ni, terus masuk jarum..caring la sangat!!..lepas tu ngan senang2 jer awek tu blah dari idup kawan aku ni..kesian!..ngan satu alasan, mamat tu boleh jaga dia lebih baek dari kawan aku ni..

Sebab tu lah buleh klua nyer istilah 'pillow talk' kan..bukan setakat pompuan, lelaki pon akan menunduk bile time camni..haha..ni kawan aku yang bagitau la..aku tak pernah cuba pon..pesan aku untuk korang, "tanpa kawan siapa lah kite"..k, sampai itu saje lah citer aku...peace yeao!!

Saturday, July 16, 2011

Cuci hati dengan cuci tandas?

Hai assalamualaikum..pe kaba korang?..pertama sekali aku nak mintak maaf pasal entry semalam..memang time tu aku tengah serabut sangat..lepas tu aku pegi maen bola, kira ok dah laa..

Entry kali ni aku nak citer pasal kebersihan..tambahan skg ni aku baru jer kemas bilik aku..haha..dah 2bulan aku tak gotong royong, dah bagai nak gile aku tengok..

Then aku teringat kata2 senior, kalau nak tau sehebat manakah kekuatan persaudaraan antara kite ngan sahabat2 kite adalah melalui kebersihan tandas..bunyi cam pelik kan! dan aku sendiri pon tak dapat tangkap maksud senior ni..

Bagi kitorang kat cni, ziarah menziarahi rumah geng2 tu adlah perkara biasa..so, senior aku ni cakap klu nak tau setara mana geng2 ko tu support ko, tengok lah tandas kat umah diaorang..kalau tandas tu elok dan bersih, macam tu lah jugak kekuatan persahabatan korang..

Malah, diceritakan jugak pasal ulamak2 dlu sering mencuci tandas dengan tujuan untuk mencuci hati..tandas tu rumah syaitan, makin kotor tempat tu makin melompat la setan2 tu semua..kira betul la pe yang senior aku tu cakap..so, bagi yang rasa hati nya kotor sangat2 buleh la cuba bersihkan tandas korang tiap hari..haha..cuci sampai 'BERSIH'..

Friday, July 15, 2011

Entry pendek

Hai assalamualaikum..korang pernah dengar tak ayat "sekali ko benci aku, 10 kali aku benci ko"..bunyi cam tak best jer ayat aku..arap2 korang paham maksud aku..

Baru kejap tadi ayat ni duk pusing2 kat kepala otak aku ni...pasal masalah rumah tangga sebenarnya, tapi tak kisah la kan aku nak luah kat korang..tu pon klau korang tak rase menyampah la..hoihoi

Masalah aku ngan dia dah selesai..tapi tak tau la pe lagi masalah nyer..dah ko xsuke aku, sila pergi jauh2...takyah susah2 nak bagi isyarat kat aku ekk..jangan bagi aku menyampah dah laa k..dlu aku leh sabar, tapi tu dlu laa..dlu ngan skang ni len..

Sbelum aku blah, aku arap 'orang' berkenaan tu baca la entry ni..sory klu luahan tadi menyakitkan hati yang membaca..*kecuali dia..ingat, masalah kite dah selesai, tak perlu nak over2 lagi ..malam ni aku ade game bola, so aku chow dlu..babai

Thursday, July 14, 2011

Anak kecil


 

Hai assalamualaikum...selamat petang bagi yang tengah petang and selamat malam bagi yang tengah malam..hehe..k

Bagi orang pompuan, korang memang sinonim ngan baby kan..jangan perasan aku cakap korang muka cam beby..skali pon aku cakap camtu, xyah nak perasan ekk..

maksud aku, orang pompuan ni lebih menyukai beby berbanding orang laki..dah memang camtu kot..jiwa pompuan kan lembut, len ngan laki yang kerass semacamm jer..haha

tapi ade pendapat mengatakan, bile sorang laki tu tiba2 menyukai beby ataupon anak2 kecil, tu maksudnyer laki tu dah sesuai sangat untuk berkahwen..ni bukan aku yang cakap k..tak tau la betul ke tak..aku just kongsi pendapat ni ngan korang

So, aku dokan semoga kite yang belum kawen ni dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dapt merasai nikmatnyer perkahwinan nanti...bagi yang dah der calon tu, cepat2 la kawen..nanti aku nyusul

si kecik ni nama dia Nuha..sape2 berkenan, buleh la simpan angan2 nak dapat beby cam ni..

Wednesday, July 13, 2011

Monday, July 11, 2011

part 2

   Assalamualaikum..pe kaba semua? aku cadang nak sambung ckit pasal entry aku yang semalam.. sememangnyer entry tu tak lengkap..aku bukan sengaja nak bia tergantung camtu..dah aku nampak cam makin panjang jer ayat aku, terus aku klik publish..so, skg ni aku cuba lengkapkan..

   semalam aku sebut pasal pompuan amatlah ditekankan supaya jangan amal tido sebelum magrib..bukan sesaje nak pesan camtu, tu pon untuk kebaikan korang jugak k..perkara kedua bagi kaum hawa ni, cubalah time mandi tu pakai kain basahan..tak payah nak tayang tubuh korang kat setan2 yang ade dalam bilik air tuh..

   Pesanan gitu pon ade pekdah nyer, first untuk elak paha cik kak suma dari kena gigit dek setan..yang kedua adlh supaya jin tak jatuh cinta..pasal ade pendapat mengatakan bile jin dan iblis ni jatuh cinta, tersangatlah susah nak berubat..lebih susah dari mengubat orang yang kena sihir..

   cane jin2 ni akan buat? tak kan ade lelaki yang nak kawen ngan akak2 suma..sebab jin dan iblis dah hijab dengan benda2 yang tak baek..bile orang tengok,makin lama makin menyampah!

   Benda terakhir yang aku nak sebut, bile jin dan iblis ni gigit paha, ia akan meninggalkan kesan lebam hitam ataupon biru..ubat dia, amik air dan bace Al Fatihah 7 kali then perah limau 3bijik..kemudian mandi..insyaAllah kesan2 tu akan hilang..

maa'ssalamah!..babai


Sunday, July 10, 2011

Tido selepas Asar

 
   Assalamualaikum..aku kat timur tengah skang ni baru jer lepas semayang asar..so entry ni memang kena la ngan aku sebab aku yang lepas asar, korang kat Msia dah malam daa pon..haha..tapi takpe, semoga entry ni dapat bagi manfaat kat aku dan jugak kepada korang semua..

Korang mesti selalu sangat dengar orang2 tua berpesan, jangan amalkan tidur selepas asar..pasal ape? sebab dikatakan boleh menyebabkan jadi gila bile cukup 40hari..ni aku nak citer kat hangpa suma, ape yang tuk nenek kite cakap tu memang betul..amalan tidur selepas asar ini disebut sebagai 'علامة الجنون' dalam bahasa arab..maksudnyer tanda2 orang tu nak jadi gila

Disebut oleh ulamak2, gila tu akan terjadi dalam pelbagai keadaan..gila bukan semata gila tapi akan menyebabkan kekacauan dalam idup seseorang..mungkin akan jadik pemalas, boleh jadi pemarah dan sebagainyer..

Yang kedua adalah, bagi anak2 dara khususnyer dan bagi seluruh pompuan am nyer, korang jangan la sesekali amalkan tido selepas asar sebab akan ada makhluk laen yang akan gigit paha korang..kalu tak caye, cuba try test tengok cane..

Aku buat entry ni sebab amalan tido petang ni dah jadik rutin harian bagi aku dan geng2 yang len..bagi cik adik dan cik kak yang pernah kena gigit tu, cube la elak tido lepas asar ekk..gigitan tu kan tinggalkan kesan, maka jage2 lahh..k, gudluck




Saturday, July 9, 2011

kisah Ajoi

Hai assalamualaikum...hari ni 9 julai kan..suma orang duk pakai baju wane kuning..syabas kepada yang turun untuk menghadiri himpunan 'BERSIH'...aku yang duk jauh ni, doakan korang sentiasa mendapat rahmat Allah..semoga perjuangan kite ni kan mendapat balasan di sisi Allah Taala..

okeyh, seperti yang tertera kat tajuk entry ni..aku nak kongsi tentang kisah seorang yang bernama ajoi..sebelum ni kite selalu dengar tang citer pak kadok, mat jenin dll..tapi ai ni der citer pasal ajoi...



1. Ajoi Bersedih

Ajoi: (sambil menangis) Wak, mak aku dah meninggal..

Sumardi: Aku turut bersedih bro..

Kemudian handphone Ajoi berbunyi, dia mengangkat kemudian dia menangis semakin kuat

Sumardi : Kenapa Joi?

Ajoi: Kakak aku telefon, mak dia pun meninggal…
................................................................................................

2. Ajoi dan wife tersayang

Ajoi: Yang, abang dah jemput kawan abang si Pancis dan awek dia datang ke rumah untuk makan malam ni.

Wife Ajoi:  Abang biar betul, rumah kita bersepah, pinggan tak cuci, baju pun bersepah belum basuh dan saya tak pandai masak makanan yang sedap.

Ajoi: Iyer, abang tahu sangat tu..

Wife Ajoi: So, naper abang ajak diaorang datang?

Ajoi: Abang nak suruh Pancis fikir dulu sebelum bernikah..
...............................................................................................

3. Ajoi dan baby

Wife Ajoi: Bang…! baby kita makan suratkhabar tu!

Ajoi: Suratkhabar yang mana?

Wife Ajoi: Yang bawah meja tu la bang..

Ajoi: Ohhh.. tu takpe…. tu suratkhabar lama, abang dah baca..
...................................................................................................

4. Ajoi dan anaknya

Sumardi: Anak aku kalau kirim email mesti aku kena buka kamus..

Ajoi : Wah dasyatnya anak ko mesti speaking London..

Ajoi: Anak aku lain pulak, kalau dia kirim email mesti aku kena buka dompet..


Thursday, July 7, 2011

Cari pasangan untuk membimbing

okeyh..assalamualaikum..pe kaba korang? kabar dari aku plak, kaki terseliuh ckit...abis jer exam, kira bajet nak maen sampai tak ingat dunia la kate ko..alih2 kaki plak terseliuh...ckit jer la, jangan isau..

Tajuk entry ni nampak len macam kan..haha..jangan la korang kate aku dah tergeliat nak kawen plak..entry ni aku buat sebab aku tak puas hati ngan junior aku...memang aku rase dia kuang ajar sebab tak bagi can kat aku untuk menjawab soklan2 dia..haha..junior mesti hormat senior..ingat tuu

Bercakap pasal 'pompuan yang baek adalah untuk lelaki yang baek'...korang mesti setuju ngan ayat ni..yess aku pon setuju tapi ada sedikit perbahasan yang mane aku ckit pon takde niat nak belakangkan ayat tadi..bagi aku, dah betul la Allah pasti jodohkan hambaNya yang soleh ngan pasangan yang soleh..and kite pon disarankan untuk mencari pasangan yang memiliki agama...

Aku nak ambik ckit kate2 dari ustaz azhar, bagi seorang lelaki yang memiliki asas agama..ataupon lelaki yang berada atas jalan dakwah, sepatutnyer dia kena cari pasangan yang dapat dibimbing..maksudnyer, klu suma ustaz2 nak kawen ngan ustazah2, maka siapa yang kan kawen ngan pompuan2 kat lua sane? itu lah hujah aku..

Tapi junior aku plak asyik duk ulang, "Allah dah buat elok2"...jalan dah ader, ikut jer laa..." bagi aku, mungkin dia tak nampak hujah aku dalam konteks dakwah...mane yang rosak, kite perbetulkan..mane yang dah baek, perelokkan lagi...bukan nyer aku nak suh korang cari pelacur tuk wat isteri...tu dah jadi kes laen..atas kemampuan korang la, jangan ikut nafsu plak ekk..

Aku harap ko bace la entry ni, aku tetap ngan hujah aku yang satu...lagipon ko hanya bagi hujah fakta tanpa ada ulasan..ini aku tak terima..haha..k, itu jer tuk kali ni..babai

Wednesday, July 6, 2011

Hari Last Final

Hai assalamualaikum..lama tak jenguk blog ni, kesian plak kat diri sendiri..semalam kitorang dah habis exam..so, semesti nyer sangat hepy coz ni lah final exam untuk kitorang..klu de rezeki, insyaAllah and tolong doakan kami kan mendapat kejayaan, lepas tu kami dah dapat balik terus ke Malaysia...waaaa!! x soba bdooh doh nihh

ok, malas nak upload banyak2..ni jer yang aku nak tunjuk..tu pon aku dah resize supaya xder la lembab sangat gerak kerja aku..tambah2 ngan line tenet yang ntah ape2..








Friday, June 17, 2011

Luahan ulu hati..

hai assalamualaikum suma..moga kita diberkati Allah dan dirahmati sentiasa..lebih2 lagi hari ni hari jumaat, iaitu penghulu segala hari..banyak2 la mintak ampun atas segala kesalahan..k,panjang plak doa aku kali ni ekk

Tengok tajuk cam berkaitan ngan hati, maka sesuai sangat la untuk aku luahkan segala perasaan aku..yer,aku rindukn seseorang! pandai2 korang la nk teka kat siapa la yang aku duk rindu2 sgt ni..

Betul la kata orang, klu dah sayang tu, buat la pe2 pon mesti kita kan cube memahami..ngan kata len, senang la nak maaf klu orang tu wt silap..tapi kalau dah benci, mungkin sampai nazak pon masih nak ingat lagi...

Tapi kan, kawan aku pernah bagi satu nasihat..perasaan benci dan sayang antara lelaki ngan pompuan adalah berbeza..pasal ape, hati pompuan senang sangat berubah arah..berlainan ckit ngan laki..

Kalau sayang, tak semesti kan setia selamanya..dan bile benci, akan berubah menjadi sayang dalam sekelip mata..itulah pompuan di pandangan aku laa..jangan terasa lak ekk

Tapi untuk kesekian kalinyer, kasih sayang seorang ibu tak kan berbelah bagi untuk anak2..hatta kalau marah2 pon, benci tak kan sesekali terbit dari hati seseorang ibu..i luv you 4eva ibu

Ok, itu je la kot..thanks kpd yang sudi membaca..bai

Thursday, June 16, 2011

Membaca lebih senang dari Menulis

hai assalamualaikum..rasanya dah seminggu blog ni tak de orang sentuh..apetah lagi korang, aku sendiri pn takde mood nak jenguk..haha..asyik duk blogwalking jer la keje nye..nasib baik la tuan2 blog kesukaan aku sentiasa ada mood nak update blog diaorang..

Yang pastinyer, blogger 'legend' ni memiliki otak yang berlainan ngan otak aku..haha..kalau sama,xder la plak aku nak bace blog dorang..Makanya, kat sini teringin la aku nak sebut blog2 yang aku tak kan terlepas pandang dorang punyer entri..

First, blog 'cik bella ayub'..cik bella ni sememang nyer comel..tambah2 bile dia wat entri membebel..pasti aku kan gelak sorang2..haha...yang second blog adlh 'budak lelaki sebelah pintu' yang mana admin dia bernama hizami rahim..then blog cik nisa, 'saya suke menaip'..dan yang last adalah blog milik senior aku..

Ngan nama manja sebagai 'sifu', entri2 dia memang tak kalah ngan blogger2 len..wlupn 'sifu' lebih kpd mengangkat diri sendiri di dalam entri nyer, aku layan jer..hahaha..k, pe2 pon aku tabik r kat korang yang tak putus2 idea utk m'hidupkan blog korang..ngan adanyer 'orang2' cam korang ni, dunia blogger ni akan berwarna ngan sendirinya..k, setakat ni aje la celoteh aku..babai

Wednesday, June 8, 2011

Tawakkal didahului, usaha terkemudian..


assalamualaikum..yerr aku tertekan! pasal final exam aku dah dekat sangat daa..ag 3hari jer lagi..banyak benda ag yang lum buat..ader la usaha ckit2..hehe..bak kate2 semangat dari geng2 aku, doa tu penting..berpeganglah pada usaha yang ckit tu, tapi berserah lah ngan tawakkal kpd Allah..

Maksudnyer ape, klu kite usaha lebih2 tapi ckit pon tak mintak pertolongan kat Allah, takder makne nyer..mungkin kejayaan tu kite kan dapat tapi berkat tu takde..korang nak ker camtu? opkos taknak, tapi ramai yang buat tidak sepertimana yang sepatutnyer kite buat...

cube korang tengok kat negara2 mat saleh, kat jepun ker...dorang memang rajin, just usaha2 sampai la berjaya..tapi berkat dalam idup tu takder..bagi yang berjaya, ok la..cer tengok bagi yang gagal, ader yang terjun bangunan, gantung diri..tak pon, tertekan sampai jadi gile..

so, ape lagi? hehe..aku arapkan korang yang bace entri nie, tlong2 doakan kami kat cni yang akan menghadapi final exam bermulanya hari ahad depan, sampai la 5 julai...nampak tak? lama tuu, 12 jun sampai 5julai..mase jer panjang tapi 7 subjek jer la..k, babai


Thursday, June 2, 2011

ape yang aku nak kate...??

grrrrrr.....aku tengah ngantuk skg ni..sejak semalam xtido, and then pagi tadi turun pegi maen bola..siyes, tengah penat gilerr..nak tido, katil pulak wat hal..aduuh..aku baru jer nak landing tadi, tertengok ado binatang2 kecik duk merayap atas cdar..bukan sekor, nie berekor2..

klu kat Msia mesti jarang sangat nak jumpa, menatangbinatang ni dinamakan sbg pepijat..haha..nampak cam tak terurus kan idup aku..ahhh, lantak lahh...terpaksa la aku cabut suma sarung2 bantal, cadar skali ngan selimut terus msuk mesin..klu korang nak tau, selama 3tahun duk kat cni, itu jer sarung bantal, cadar ngan selimut yang aku ader..nak tidur atas tilam kosong ceni, tak tergamak lak aku..

pe jenis kuman ntah yang der kat atas tilam tuu..kalau x silap, mybe dah masuk 10 tahun umur tilam aku ni..rase nyer la..hehe..sejak senior yang dulu2 dapat rumah ni, ngan perkakas2 rumah yang ade, sampai ke hari ini lah benda tu bertahan..

ermm k, aku chow dlu ekk..setakat ni jer entry aku tuk ai ni..nak pi cari tempat tido..klu xjumpa, jawabnyer atas kerusi lah nasib aku kali ni..k, babai sumer..syangg korangg!!mmuahhmmuahh

ceni la keadaan aku nanti..ish ish


Wednesday, June 1, 2011

kite paham camtu, org len paham ceni..

hai assalamualaikum...errr,pe aku nak tulis ekk!! niat aku nak sangat tulis entri hari2 tapi otak orang cam aku ni, xder la geliga sangat nak carik idea..bak kate kawan aku, klu nak tulis sesuatu entri ni, jangan pikir pe yang nak ditulis, sebalik nyer ko tulis jer ape yang ko rase nak tulis..cane tuh??

cakap memang la senang, nak praktik? aku rase kawan aku tu pon ikut sedap tekak dia ajer ckap camtu, dia pon lebey kurang jah..haha..k, aku tertarik nak komen tentang satu benda..ni kawan aku gak yang cakap, "jangan pikir suma orang akan paham ataupon orang len akan pikir macam yang kite pikir"...

paham tak maksud ayat tuh? klu tak paham, cer bace dua tiga kali, insyaAllah paham..mula2nyer aku xbrape nak stuju ngan ayat ni..pasal ape?sebab dalam perhubungan ataupon dalam pergaulan, nak tak nak kite kena paham sesuatu situasi..klu ceni keadaan seseorang, maka camtu kite kena wat..

aku bagi satu contoh, "sorang kawan ni tengah cbuk study kat dlam bilik, tiba2 ngan selamber nyer aku msuk bilik dia, pegi kat lepy dia, pasang lagu kuat2..tak pon, aku pasang vdeo maharaja lawak then gelak kuat2..tak ker hangin kawan aku tu? satu ag contoh, sorg kwan tgh calling parents dia kat 'skype'..biase la duk obersea, ngan skype jer paling murah..k, time tuh, tanpe segan nyer aku masuk then pi duk kat tepi dia..so, pe yang kawan tu kan kate?..

"..oii bangang, aku tengah tepon mak aku la, yang ko sengal sangat mai duk kat tepi aku ni pehal!.."

tak pasal2 kuar ayat maut camtu..hehe..sepatutnyer, dah tau dia tengah borak ngan mak dia, xyah la duk nyibuk kat situ..mesti la dia nak citer pe2 ker kat mak dia..ngan mak, msti la nak bermanja jugak sekali sekale...k, mybe xsampai mesej aku kat korang..haha..lantak lah, janji bley wat entri..k guys..babai




Tuesday, May 31, 2011

senyum menyenyum..

Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah"

Same2 kite selawat ke atas Rasulullah shallallahualaihiwasallam..semoga kite semua akan dapat syafaat dari Rasulullah s.a.w di padang mahsyar nanti...amiin!

kite sume pasti dah tau kan yang senyum tu sedekah..kan kan kan!!tapi yang pastinyer tak ramai yang suke menyebarkan senyum..bukan susah sgt pon nak senyum..agpon, fakta mengatakan senyuman itu boleh membuatkan wajah menjadi awet muda..tak caye, try senyum satu hari..tngok cane esok!!haha..

senyum nie berbeza ngan salam..bagi salam sunat tapi jawab salam adlah wajib..berlainan ngan senyum, xwajib pon balas senyuman..tapi bak kate pepatah, 'org berbudi kite berbahase, orang beramah kite bermesra'..

sebab kalau kite senyum tapi orang tu tak balas, pe yang kite kan kate? sombong, bangang dll ag kan kua..betul kan..aku cakap pasal aku pon camtu..hehe..tak pasal2 jadik mengumpat..

bagi senyuman tuh bukan xdapat ape2..insyaAllah dapat pahala dan konfemnyer orang kan sayang kat kite..nak cari pahala bukannyer susah, k..sebelum aku blah, de citer utk korang...babai

al kisah sowg bdk...dyer slalu snyum dkt tabung msjid...

prilaku itu dilihat imam dan brasa hairan & curiga...

satu hari imam bertanya kt bdk tu, napa ko snyum kt tabung tu...

bdk tu ckp, cikgu sy pesan snyum tu kan 1 sdkh, sy x ada duit nk sdekh,

jd snyum je la kat tbung tu... sdekh jugak !!!    ;P ;P


Monday, May 30, 2011

Etika kerja

Assalamualaikum..sihat blako pok kito dok??hok mno ado sakit2, sengal2 tuh,ambo ucap takziah la..samo2 kito mitok ampun dari Allah Taala..astaghfirullah3x

nak bercerita tentang etika bekerja nie, ak bukan de pengalaman sgt pon..de la ckit2 tolong "Kak Nab" urus budak konvo ai tu..haha..kpd yang tau citer kak nab tuh, aku like korang, kpd yang tak paham, cer sengeh jer..

teringat mase ayah aku nak pencen dlu, time tu ayah aku di mintak untuk bagi ucapan la ckit sbanyak kat mjlis prpisahan tu..ayah aku ni berpangkat penyelia petang, ataupon ngan kate len sebagai guru besar bagi sekolah sesi petang..paham ke tak maksud aku??

k ceni, ayah aku keje nyer guru kat skolah mnengah..and sekolah ni ade sesi pagi dan petang..so, utk sesi petang ayah aku la big boss nyer..yang sebelah pagi, orang len la yang handle..

sambung balik citer aku td, dekat2 nak abis ucapan tu, ayah aku pon cube la bagi satu tip cane nak suh ketua majikan suke kat kite, ataupon cane nak jadi pekerja yang baek...time ni, kelihatan la dikalangan guru2  duk cepat2 cari pen ngan kertas..konon2 nak catit la pe tip yang ayah aku nak bagi..kot2 ade ayat2 pengasih ker ape..

time ni, ayah aku senyap..duk tengok jer gelagat anak2 buah dia..then ngan konfiden, ayah aku sebut "usahanirrojim"...haha..aku pinjam perkataan Man raja lawak, 'terkemut2' wajah guru2 yang len..ingatkan pe la tip yang nak bagi..punyer la semangat duk cari pen ngan kertas, alih2 tip camtu jer yang dapat...usaha dan rajin!!

pendek jer citer nyer, ayat je lebih2..k, babai

tip utk korang!!



Sunday, May 29, 2011

Menipu.. :(

knape mesti menipu? satu soklan untuk yang nak jawab..xkisah la dlam pe2 hal pon, kadang2 kite sangat gemar menipu..atau ngan kate len 'kencin'...same jer mksudnyer kan...

klu sudah 'kencin' tu, di basuh balik xper..ni tidak, wat2 senyap sampai la org len dapat bau hamis nyer...mase tu, pandai2 lah jage air muka sendiri..nampak kan aku tengah emo skg ni..pasal aku kena tipu la nie..

kpd yang suke tipu aku tuuhh, aku nak ucap time kasih banyak2 sebab aku pon dh dpt jwpan dari org len pasal ko..nsihat aku, len kali xyah la nak menipu..buat lah sesuatu benda tu atas kerelaan sendiri, jangan semata2 nak jage hati ngan perasaan org len sedangkan perasaan sendiri yang sakit..k!!

korang jangan pk aku frust bcinta la weii..aku frust benda len laa..haha..nak suh aku citer?? xyah laa, tak menarik ponn..k, babai

Sunday, May 1, 2011

Aku punyer selebret

Assalamualaikum..ai ni dah masuk bulan Mei dan ini bermakna dah 11 hari tarikh lahir aku dah berlalu..tapi konpem lum selebret ag..dari minggu lepas ag aku rancang nak wat tapi ntah cane tibe2 jadi xder mood..nasib baek kan mase tu umah aku lum de internet, so tak ramai la tahu..ade jer yang wish tapi bukan dari aku punyer roomate la..

Jadi cane nie? pagi tadi kisah selebret ni kembali bermaen kat hotak aku coz de yang mintak aku laksanakan..dah la pagi tadi baru ko nak wish aku, siap mintak aku selebret ag!! erm, k la..nt ak pk cane ekk..

Pasal menyelebret ni, dah jadi tradisi la kat umah ni..bagi sape yang tak buat, rase2 cam berdosa jgk la..hehe..xder r, aku gurau ja..buat kerna ikhlas, jgn kerna orang paksa..pe la salah kan, kadang2 bagi makan kat orang yang berjihad mencari ilmu agama Allah..

Erm, tu je kot yang aku nak cakap..k, mintak maaf kat suma rumate sbb aku lambat selebret utk korang..mngu depan insyaAllah konpem..babai

Friday, April 29, 2011

Azab Neraka

Hai assalamualaikum..pe kaba geng2 suma..memang dah lama rasanya tak jenguk blog ntah hape2 ni..jadi, dah de kesempatan ai ni, ak nak mntak maaf banyak2 kat korang yang sudi bace blog ni, k..mgkin der yag kate 'baek xyah wat blog klu xnak update..k, sowii for everything..

So, nak citer ape ekk kat korang..ai ni hari jumaat, makanya aku nak bagi sedikit nasihat untuk kite semua..semalam aku terbaca satu buku yang bertajuk 'Peringatan Bagi Yang Lalai'..

   Dari Hadis Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.Tahukah kamu bahawa 


neraka jahanamKu itu mempunyai 7 tingkat.. 
Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah.. 
Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung.. 
Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah.. 
Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik.. 
Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak.. 
Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum.. 
Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular.. 
Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.. 
Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai.. 
Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Semoga dengan sedikit peringatan ini kan membuat kite suma gerun ngan azab Allah yang maha pedih itu..nau'zubillahiminzalik..k, babai

Thursday, February 24, 2011

Kenape suka wat maksiat dalam toilet?

Cikgu amar sedang mengajar bahasa melayu dalam kelas tingkatan 5 raya,beliau meminta pelajarnya memberi pendapat masing2 tentang tajuk " mengapa remaja melakukan maksiat dalam tandas awam"

hanim :   pada pendapat saya remaja yg sanggup melakukan maksiat dalam tandas awam terdiri daripada golongan yg tidak berkemampuan menyewa hotel.

Azwan:   saya tidak bersetuju,kerana ada dikalangan mereka yg berkemampuan pun masih membuat maksiat di tempat sebegitu.

Alin:   mengikut firasat tok guru saya... mereka ni kelam kabut hingga tidak sempat mencari hotel @ tempat yg lebih sesuai & yg plg penting mereka ni cetek tentang pengetahuan agama.

Bob :   saya tidak setuju cikgu,bahawa remaja itu cetek tentang pengetahuan agama..

Alin :   kenapa pulak? bukankah mereka yg sanggup melakukan perbuatan sekeji itu cetek tentang agama @ tidak tahu menghayatinya.

Cikgu amar ;:   (bertanya kepada bob) kenapa kamu tidak setuju dengaan pendapat alin td?

Bob :   sebenarnya mereka sangat arif tentang agama.sebab mereka tahu malaikat tidak masuk tandas & jika mereka melakukan maksiat dalam tandas malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yg mereka lakukan.

Cikgu amar:   (dalam hati) rosak murid aku sorang nie!!

Friday, January 21, 2011

Makanan paling best!

   Assalamualaikum..hari ni orang pangil sayyidul ayyam kan..so, semoga kite suma sentiasa dirahmati Allah..satiap benda mesti ade tujuan, tujuan tajuk entry ni semata2 kerana ari ni giliran aku masak utk kawan2 yang kelaparan..

   Nak citer sal makanan pasti suma orang ade kesukaan masing2 kan..siap ade yang bagi teka-teki lagi..makanan ape yang paling sedap??korang leh jawab tak..pelbagai tekaan yang timbul, akhirnyer kuar jwapan 'makanan free' lah yang paling sedap..hampeh kan jawapan..haha..

   Petang nii cadang nak masak nasik goreng, lantak korang la nak makan ke tak..aku yang masak, lau xsedap silakan takyah makan..haha..*arap xder sape antara dorang yang bace entry ni..huihui..last skali, aku nak tayang kat korang pe makanan yang paling best yang xpernah aku teringin nak makan..babai



nie labah-labah goreng..

yang ni lak biskut lebah..

and yang nie kot paling best..tikus goreng siot..
sdap sngguh makn ngan pencicah...

Wednesday, January 19, 2011

i hate it!

Assalamualaikum...pertama sekali wa nak ucap time kasih kat suma follower blog wa yang seciput nii..sesajer jer nii nak ucap time kasih, boring punya pasal..haha

   Tadi wa baru balik dari maen bola, bez la jugak wlupon skejap jer leh maen..bukan wa 'absen', tapi pak arab wat hal la plak..mentang2 la ni tempat dorang tumpah darah, senang2 jer uat endah tak endah kat kitaorang..bajet nak maen 2jam tapi kena potong jadi 1jam setengah..so, kitorang pon maen la ngan bajet sejam stengah 2h tapi alih2 kena ptong ag skali jadi sejam..tu takpe ag, yang bangang nyer dia leh mintak lak kitorang bayar ngan harga sejam stengah..wa nak kutuk lebey2 pon dah berbuih mulut wa kat court td..korang bayang la sendiri, sampai BERBUIH mulut wa..haha..xde ketan same ade wa dh gsok gigi ker belum ek!!

   Dah tak tahan nak layan, kitorang kuar dari court terus sepakat nak bayar satu jam jer..and wa pon dah tau, pak arab tu takkan puas ati nyer ngan kitorang nii..dekat 15mnit duk gaduh2, akhirnyer baru dia tau yang bumi tu lebih rendah dari langit..terpaksa gak dia mengalah..

Sebelum wa blah, wa nak bagi la pesanan sikit untuk kite semua... jangan sesekali kite mengalah ngan orang yang tak patut kite kalah ngan dia semata2 nak sedapkan hati dia..berani kerana benar, lau salah sekali pon kite tetap kena berani..haha..k, babai

Sunday, January 16, 2011

Ini la akibatnyer bile salah 'imagine' !!

Assalamualaikum..goodluck tuk korang semua..aku jarang sangat update blog bukan nyer ape, otak orang cam aku nii xder la geliga sangat...so, xder la benda yang nak aku tulis kat dalam blog cam blogger2 len..

   Maka ditakdirkan aku ade benda nak kongsi sesuatu ngan korang skang ni, arap korang sudi bace ek..benda yang nak aku kongsi adlh mengenai satu citer..banyak kali aku duk bace citer nii, dan semestinyer lepas aku bace, mesti aku gelak..haha..ni citer nyer ~

Ade beberape orang pekerja sebuah restoran 
mghadiri satu Seminar Kebakaran, 
dorang pon asyik la duk tengok PakCik2 bomba 
duk wat demonstrasi memadam kebakaran 
ngan alat pemadam api tu..

"Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan," pegawai itu menerangkan. 
"kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan 'foam'nya." 
jelas pegawai itu kpd peserta2..

Tidak lama kemudian, 
salah sorang dari pekerja restoran  berkenaan 
telah dipilih untuk mengawal kebakaran di tempat letak kereta..

Disebabkan kegugupannya, 
dia terlupa untuk mencabut pin  alat pemadam api tersebut.
Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, 

"Ingat !, seperti bom tangan.". 

Seperti timbul satu keyakinan baru 
kepada pekerja restoran itu, 
dia pun dengan penuh eksyennyer segera mencabut pin 
dan melontarkan alat pemadam api itu 
ke dalam kawasan kebakaran...

   Itu laa citernyer, len kali jangan la menerangkn sesuatu kat orang len ngan satu imejin yang boleh membangangkn seseorang, kesian bile nak praktik nt..haha..babai

Thursday, January 13, 2011

"Air di tulang bumbungan turunnya ke cucuran atap"

Hai Assalamualaikum..pe kaba semua? mane yang tengah sihat tu, banyak2kanla bersyukur ngan nikmat Allah..kpd yang sedang sakit atau ngan kate len sedang diuji oleh Allah, aku doakn semoga cepat2 sembuh..bak kate pepatah "air tawar secawan dituangkan ke dalam laut takkan menghilangkan masinnya"...nak tolong secara zahir dah memang tak mampu, doa pon ckup la kan..

Maksud tajuk entri ni adalah seseorang anak yang keluar dari perut ibunya akan menurut sifat dan teladan kedua ibu dan bapanyer..maksud peribahasa ni memang betul tapi kadang2 bapak punyer la alim, tapi anak?

aku pon kesian gak kat ibubapa yang dicemuh bile anak dorang wat salah...sebagai contoh, kadang2 aku suke bukak web Oh Tidak..korang tau kan pe yang ade kat dalam web nii..tetiba tertengok tubuh sorang remaja hancur ketika nak mencuri kabel letrik, ngan spontan jer kan kuar dari mulut, "anak sape la budak nii"...

macam dah sinonim, bile tengok anak cenggini, kite kan terpikir cane bapak die..so, jawapan yang terbaek, bile tengok benda2 buruk depan mata, set dalam otak korang yang suma tu bukan salah ibu yang mengandung..tapi??..kpd yang nak sambung,silakan..haha..babai

yang nii memang ksalahn mak bapak..ish3

Thursday, January 6, 2011

celoteh di tengah malam..

Assalamualaikum..pe kaba korang? sihat2 saje kan..ngan  harapan korang sihat, semoga Allah akan kurniakan kesihatan yang baek untuk aku..Amiin

    Saat ini dah kul 1pagi waktu cairo..lau kat M'sia mybe kul 7 kot..dah letih nak tido, nak maen game pon asyik kalah jer,baek xyah maen..haha..bukan aku sorang je kan yang cam tu, korang pon same gak..dah kompter maen terer sangat, mane aci..dorang kompter,bagi la senang2 ckit kat pemain amatur cam aku nii..

    Mesti korang nak tau kan game pe yang aku dah makin menyampah nak maen nihh..huihui..name game ni linngo..alaa, mainan budak kecik2 asalnyer..tapi bile budak remaja cam aku ni yang maen, dah tak pandang status game, yang penting mesti menang..

    Game ni nak lebih kurang same ngan game kanggaroo tuh..cam teka2 perkataan la, aku bajet senang2 la nak menang wlupon dah tau sampai bile pon rasenyer takkan abis perkataan tuh, tapi alih2 'xdea duo lekok, mapuh kerah doh ehh'..haha..sebab tu la aku dah tak nak maen..dah 4hari aku duk try nak score markah tinggi, stil xdapat2..

    Ending nyer, aku nak mintak maaf la ngan entri tak seberape nii..dah aku btul2 ngah tak tau wat ape, nak kuar bilik malam2 ni, konpem penakut..hehe..k babai

nie la game 'cipan' yang aku cakap tadi..haha

Monday, January 3, 2011

6 jejaka melayu 'terawal'

Assalamualaikum and pe kaba you all? arap suma dalam keadaan sihat...

    Dah lama tak jenguk blog sendiri, timbul gak rase ksian..asyik2 duk bace entri kat blog orang len,blog sendiri tak terusik..ish ish..pe2 pon, baru2 ni adalah satu kes..sambil2 tu nak tanye pe pendapat korang bile roomate korang sendiri wat plan nak kuar tapi sepatah habuk pon tak bagitau kat korang?? ase sdey, benci, terhina dan yang sewaktu dengannyer pasti kan klua kan3x....

    Klu nak ikutkan, memang la tempat tu xder special sangat, kalu dorang ajak pon, rasenye aku langsung tak berminat pon nak pegi..tapi sesaje jer pagi esoknyer aku luah betapa terkilannyer hati aku kat dorang..haha

    Dah la pinjam kamera aku punya, hampir keseluruhan gamba hancus..nampak sangat jenis tangan yang tak pernah pegang kamera..motif entri aku ai ni, aku nak tayangkan gamba2 yang sempat disnapkan oleh 6 jejaka melayu terawal...babai







*lelaki melayu terawal dan terakhir...hoho