Monday, December 14, 2015

#Rezeki

Hai assalamualaikum..

Kalau orang tanya, apa hobi aku? antara jawapan yg aku bagi ialah membaca.. sekali lagi aku ulang, "membaca"..

Tapi tu hobi yang dulu, novel ape, majalah ape semuanya aku baca dan semestinya sampai habis.. tapi sekarang, membaca nya kurang tapi terbalik pulak hobinya, menambah koleksi buku..baca nya tidakk

so, mengenai rezeki atau rejeki yang aku nak sebut dan nak kongsikan ialah :

" rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, samada halal atau haram, samada baik atau buruk "..

" bererti apa sahaja yang kita rasakan manfaatnya bermakna ia adalah rezeki kita, dan segala sesuatu yang tidak dapat kita mengambil manfaat daripadanya, (walaupon milik kita) bukanlah rezeki kita, tetapi rezeki orang lain. "

Dunia hari ini melihat rezeki mestilah berbentuk wang ringgit, harta dan sebagainya.. sedangkan ape yang dimaksudkan sebagai rezeki lebih dari itu.. hatta perbuatan kentut itu pon buleh dianggap sbg rezeki, apetah lagi kalau perkara2 besar yang memberi manfaat kpd kita..

Dan walaupon sesuatu benda atau perkara itu dah pun berada dalam tangan kita, tidak semestinya ia akan menjadi rezeki kita, boleh jadi ia akan menjadi rezeki manusia lain, atau makhluk lain..

Alim ulama' tak pernah mengajar kita untuk mengejar rezeki dunia, tapi memadailah dengan sekadar dicukupkan rezekinya.. sebab itu bukan matlamat kehidupan, akhirat adalah segala2 nya..

Carilah rezeki, tapi jangan lah sampai kita hilang kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup.. apa guna duit berjuta, tapi kita gagal dalam mendidik keluarga.. apa guna duit bertimbun, tapi satu sen pon tak pernah terfikir nak kongsi ngan aku..haha

jadi sama2 lah kita berdoa semoga Allah jauhkan kita dari segala kesempitan dan kesusahan di dunia dan di akhirat..amiin ya Rabb

Sunday, December 13, 2015

# Selamat Bertunang

Assalamualaikum..

Dalam islam, kita diajar untuk "sembunyikan pertunangan, hebahkan perkahwinan".. tapi xda la sampai jatuh hukum haram.. sebab tu aku berani nk cerita kat sini..huhu

Dalam famili, bermula drp ayah sendiri memang semuanya berkahwin lewat.. sampai kakak aku pon kawen umor 31 tahun.. mak pulak siap bagi arahan jangan langkah bendul, jadi terpaksa tunggu sorang demi sorang..

Maka bertarikh 12/12/2015, salah seorang daripada susunan keluarga aku akhrnya selamat melangsungkan pertunangan dengan pasangan pilihannya.. tahniah dan beribu tahniah.. yang tak best nyer, agak jauh sikit untuk kali ni iaitu di terengganu..

Dulu aku selalu dceritakan tentang keburukan perangai orang terengganu, sampai tersemat di celah hati untuk tidak mencalonkan orang terengganu sbg isteri.. dan Alhamdulillah setakat ni xda jumpa lagi lah orang terengganu yang aku berkenan..

Dan insyaAllah bulan mac 2016 nanti majlis perkahwinan bakal diadakan.. doakan yang terbaik untuk pasangan ini semoga dikurniakan jodoh yang panjang, maka insyaAllah kita semua akan terkena tempias keberkatan itu nanti.. barakallahu lakuma

Tuesday, December 8, 2015

# 7 disember

hai assalamualaikum.. 

last posting rase nyer hampir 2 tahun dah kot..huhu.. sibuk ngan hal kerja yang tak sudah2 sampai blog sendiri pon ingat2 lupa..

semalam 7 disember, satu tarikh yang sangat2 penting bagi aku sejak dulu sampai sekarang.. tapi buat pertama kalinya dan jugak mungkin sampai bila2 dah aku takkan berkesempatan untuk mengucapkan hepy besday buat seseorang yang dulunya aku anggap bagai "aku takde kalau dia takde"..

tapi takde la sampai melebihi kasih sayang terhadap mak bapak, just nak bagitahu sebegitu lah perasaan aku terhadap dia.. so, dikesempatan yang ada pada hari ni, takde lagi dah tempat yang mampu untuk aku luahkan perasaan ini, ingin ku ucapkan selamat hari lahir to you, semoga sentiasa berada dalam kehidupan yang tenang dan bahagia..

berbagai cara daa aku buat untuk lupakan, banyak orang yang duk nasihat, tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. makin dekat ngan tarikh 7 disember, makin terasa sakitnya.. takkan ade yang sepertinya.. sampai pernah cari yang nama sama, tapi sekadar nama jer la yang sama..haha

pe pon, aku tetap doakan yang terbaik untuk dia dunia akhirat.. daa