Monday, December 14, 2015

#Rezeki

Hai assalamualaikum..

Kalau orang tanya, apa hobi aku? antara jawapan yg aku bagi ialah membaca.. sekali lagi aku ulang, "membaca"..

Tapi tu hobi yang dulu, novel ape, majalah ape semuanya aku baca dan semestinya sampai habis.. tapi sekarang, membaca nya kurang tapi terbalik pulak hobinya, menambah koleksi buku..baca nya tidakk

so, mengenai rezeki atau rejeki yang aku nak sebut dan nak kongsikan ialah :

" rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, samada halal atau haram, samada baik atau buruk "..

" bererti apa sahaja yang kita rasakan manfaatnya bermakna ia adalah rezeki kita, dan segala sesuatu yang tidak dapat kita mengambil manfaat daripadanya, (walaupon milik kita) bukanlah rezeki kita, tetapi rezeki orang lain. "

Dunia hari ini melihat rezeki mestilah berbentuk wang ringgit, harta dan sebagainya.. sedangkan ape yang dimaksudkan sebagai rezeki lebih dari itu.. hatta perbuatan kentut itu pon buleh dianggap sbg rezeki, apetah lagi kalau perkara2 besar yang memberi manfaat kpd kita..

Dan walaupon sesuatu benda atau perkara itu dah pun berada dalam tangan kita, tidak semestinya ia akan menjadi rezeki kita, boleh jadi ia akan menjadi rezeki manusia lain, atau makhluk lain..

Alim ulama' tak pernah mengajar kita untuk mengejar rezeki dunia, tapi memadailah dengan sekadar dicukupkan rezekinya.. sebab itu bukan matlamat kehidupan, akhirat adalah segala2 nya..

Carilah rezeki, tapi jangan lah sampai kita hilang kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup.. apa guna duit berjuta, tapi kita gagal dalam mendidik keluarga.. apa guna duit bertimbun, tapi satu sen pon tak pernah terfikir nak kongsi ngan aku..haha

jadi sama2 lah kita berdoa semoga Allah jauhkan kita dari segala kesempitan dan kesusahan di dunia dan di akhirat..amiin ya Rabb

No comments: