Saturday, August 17, 2013

Tak semua yang nampak baik tu baik..

Kita baek, kita nak keluarga baek, rakan sobat yang baek, pasangan yang baek, jiran yang baek.. pendek kata semua kita nak yang terbaek keng.. tak caye  tepuk dada dengan hulu lesung, pastu tnye betul ke tidak..

Malam semalam den ade terbincang tentang ciri2 pasangan dengan geng2 sekeluarga..dan korang pon tahu, seteruk mana pon seorang lelaki itu, dia tetap inginkan pasangan yang baek untuknya.. so, den mengeluarkan isu tak salah kalau kita sebagai lelaki ingin memilih seorang gadis yang sederhana, maksud den tak semestinya kita kena pilih yang bergelar ustazah, yang komplik menutup auratnya..

Bukan ker elok kalau kita ambil yang sederhana and then kita jadikan ia or kita bentuk dia ke arah yang lebih baek? Sebelum kawen memang lerr nampak rugged, nampak hot bling bling gitu, tapi sekeras mana pon hati seorang isteri pasti akan cair bila bersama suaminya..tak gitu??..

Habis jer hujah, den diberi satu perumpamaan yang sangat2 berbisa dan membuatkan den terhempok di bucu meja..

“tak semua orang yang pergi masjid itu baek, tapi orang yang baek 
pasti akan ke masjid”
“tak semua yang tutup aurat itu baek, tapi seseorang yang baek 
tentunya akan menutup aurat”

Den terdiam, then perlahan2 menganggukkan kepala..betul jugak kata mamat ni.. so, dengan yakinnya den mengatakan kita kena pastikan pasangan impian kita tu menutup aurat dengan sempurna sebelum berkahwin..haha..sayang punyer pasal keng..

“kenapa kita kena berubah? Just be yourself bleh? Lepas kawen itew tutup laa..”

Haa..pernah dengor statement cenggini?.. betul la tu kita kena jadik diri sendiri, tapi bukan laa dalam hal2 yang dah terang lagi bersuluh yang ianya salah.. contoh, suka merogol.. bila tnya kenapa merogol? minat.. mana boleh minat buat benda jahat? Just be yourself..

Berubah? Ape salah nyer kita berubah ke arah yang lebih baek.. bukan untuk orang laen dikk oii.. untuk diri awak jugak.. :-)

Dan yang nak berubah lepas kawen.. acane kalau mati sebelum sempat berubah? Camano kalau mati mase tengah bersanding? Tak ke sasau pasangan korang tu nanti..sebab tak sempat merasa..muahaha

Jadi sekarang ni terpulang kepada diri masing2.. siapa yang pilih jalan yang kongfem ada lampu, insyaAllah dia akan diterangi dengan Nur keimanan.. tapi kalau kita memilih jalan yang yang penduduknya malas membayar bil elektrik, maka bersedialah untuk menghadapi hari2 yang penuh kegelapan..

Jazakumullahu khoir.. bubye :-)


Friday, August 16, 2013

Tak usah nok sedeyh-sedeyh..

"biar orang buat kita, jangan kita buat orang".. Pesanan ini oleh saudara Shaheizy Sam.. Pernah dengar keng??..

Kakak den plak selalu pesan, kita tak perlu buat perkara yang menyakitkan hati orang untuk mendapatkan sesuatu..biarlah kita yang sakit, biarlah kita yang menderita kerana kita sedar hanya Allah yang tahu niat kita..

Kita semua belajar dari pengalaman keng, masing2 ade pengalaman pahit, manis, tawar, masam dan sebagainya..berbagai2 masalah yang datang.. bergeleng2 air mata yang menitis disaat kita merasakan hampir2 putus asa menghadapi dugaan.. Berbuih2 mulut mengeluh akan nasib yang menimpa..

Tapi sedar tak sedar, kita dah pon meninggalkan dugaan tersebut berlalu pergi.. Cuba kita flashback balik n cuba bandingkan tindakan baik dan tindakan buruk yang kita dah lakukan.. Kalau tindakan buruk, adakah kita merasa tersangat bahagia sekarang ni? tapi kalau kita buat sesuatu yang baek, den yakin yang kita akan tersenyum dan bersyukur atas apa yang telah kita lakukan..

Sebab nya, kita mengalah tak semestinya kita benar2 kalah.. Dan yang menang, biarlah dia menang dengan caranya sendiri.. Jadi tak perlu bersedih la dik oii.. satu hari nanti Allah kan tunjukkan sape yang menang, dan sape yang kalah..


Tuesday, August 13, 2013

Dengarlah nasihat den....

"Berkatalah benar sekalipun pahit"..

Kadang kebenaran yang terserlah itu mencederakan hati kita.. Dan kita luka dan terus luka.. Dan kita sendiri tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan seakan tiada lagi jalan penyelesaian.. Kita takut dan amat takut akan kenyataan yang sebenarnya hingga kadang kita hanya mampu lagi tersenyum walau pada hakikatnya kita mahu menangis sekuat - kuatnya..

Sebab itulah adakalanya kita terpaksa berbohong demi sesuatu yang kita hajati..kadang2 kita terpaksa menipu demi sesuatu yang kita sayangi, demi sesuatu yang kita cintai..namun percayalah, apa yang berlaku adalah takdirnya, sesuatu yang tak mampu untuk kita hindari..

Seperti kehidupan ini juga, ia akan berlalu dan terus berlalu.. Kesakitan yang kita rasakan sekarang akan hilang bila tiba saatnya..malah kesenangan yang kita rasakan sekarang jugak akan hilang pada suatu hari nanti..

Kecantikan, kesempurnaan dan berbagai lagi "an, an, an" di belakang hanyalah pinjaman.. usahlah mencari kesempurnaan kerana kadang kita tak tahu bahawa yang sederhana itu akan memberi kebahagiaan kepada kita..

bubye sayang.. :-)

Monday, August 12, 2013

syawal

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batinggg diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat, ibu-ibu, kakak-kakak serta adik2 yang dikasihi sekalian.. :-)

Tuesday, August 6, 2013

nape lah hati den ni kotor sangat.. :-(

“Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”

Selama kita hidup, terlalu banyak persoalan yang tak mampu kita rungkaikan..dan adakalanya dah pon jelas jawapannya, tapi terlalu susah untuk ditelan seandainya ia hakikat yang sangat pahit untuk kita..

Apakah ujian paling besar yang pernah diterima?

Ramai yang beranggapan dan mengaitkan ujian besar dengan sesuatu yang bersifat kehilangan, kegagalan, kedukaan dan kesedihan yang berlaku kepada diri sendiri. Malah ada yang penuh yakin, berani dan dengan bersahaja berkata, “ setakat ini saya belum diuji. Semuanya kelihatan biasa-biasa sahaja”.

Dan mungkin tiada yang akan mengatakan “ujian paling besar adalah ujian tidur. Ketika muda, saya gagal bangun solat subuh atau ketika dewasa saya gagal untuk solat berjemaah di masjid.” 

Kenapa? Bukankah Solat yang akan dihisab terlebih dahulu. Ia sepatutnya menjadi isu yang paling besar.

Namun realiti kehidupan kita tidak begitu. Solat bukan sesuatu yang terlampau dijaga. Jika berkesempatan, barulah kita akan ke masjid. Jika tidak memadailah dengan solat di ruang pejabat atau di rumah sahaja. Malah mungkin ada yang secara terus-terusan meninggalkan solat lima waktu yang menjadi teras utama mereka yang mengaku beragama Islam.. kalaulah kita semua dapat berfikir dan mengambil iktibar bahawa jika orang dewasa pon tidak menganggap solat sebagai sesuatu isu yang besar, agaknya apalah yang boleh diharapkan daripada anak muda.

......................................................................

Berkali-kali den baca artikel ni, den cuba mengharapkan rasa insaf dan ingin bermuhasabah kan timbul kat dalam hati. Tapi sayang, hati den terlalu kotor untuk merasai perasaan sebegitu.. 

“Ya Allah, tujuan ku menulis hal ini bukan lah untuk mendapat habuan dunia, tapi ku memohon padaMu ampunkanlah segala dosaku, sucikanlah hatiku yang semakin menghitam ini ya Allah. Ku memohon padaMu ya Allah!” :-'(

Monday, August 5, 2013

Ketika den termenung..

Tak semua yang kita mahu akan menjadi milik kita.. 

“kita merancang, Allah taala juga merancang, 
namun Allah taala adalah sebaik-baik perancang”

Kadang-kadang kita merasakan ianya yang terbaik untuk kita, namun hakikatnya kita takkan tahu sehingga lah tiba saatnya.. mungkin Allah nak kita sedar dan bermuhasabah balik dengan apa yang telah berlaku.. 

Alhamdulillah urusan PLKN den dah hampir nak selesai.. semalam bertungkus lumus sepanjang hari untuk siapkan borang dan surat sokongan..siap packing, terus pos ke “Kementerian Pertahanan”.. sekarang ni tinggal borang sokongan kedua yang belum diserahkan.. insyaAllah hari ni jugak den nak selesaikan.. semoga dipermudahkan..

“ehh.. ehh!.. umur den sebenarnya dah tua daa pon..jangan la ingat den ni baru abis spm.. den terima tawaran PLKN ni masa form6 lagi, tapi sebab masa tu den tengah sibuk nak exam, terpaksa tangguhkan.. setahun kemudian, den dah pon selamat sampai kat “overseas”, hakk ppui..oversea lahh sangat..  lagi sekali den terpaksa tangguhkan..

Habis study kat tempat orang, den terus balik..sambil tanam anggur kat kampong, ade la jugak tertanya2 bila la agaknya pihak plkn nak panggil den..tunggu punya tunggu sampai lah den dapat kerja kat Klang, tak lama den dapat plak tawaran kerja kat Kelantan..

Ape lagi, terus den letak surat resign kat meja tuan pengarah kat tempat den kerja.. dapat tak dapat, hari tu jugak den balik Kelantan, pasal esoknya kena p ambik surat tawaran, minggu depan masuk kerja.. So sampai sekarang ni la den kerja kat situ.. gaji tak seberapa, tapi ok la sebab duk kat kampung, and den pon masih bujang lagi..ngee~

Tiba-tiba tak disangka plak, minggu lepas surat PLKN sampai kat tangan den..haduii..tetiba jer perut den jadi sakit, sebab memang den takde plan pon pasal ni..kena ambik cuti tanpa gaji plak tu.. selidik punyer selidik, baru la den tahu, rupa-rupanya pihak plkn dapat detect kedudukan den melalui tarikh mati passport..patut lorh..

Dalam masa 2 mngu den kena siapkan borang dan surat sokongan untuk penangguhan serta pengecualian..korang tolong la doakan untuk den nehh..plizzz sangat2 :-(



Saturday, August 3, 2013

leka dengan kenikmatan tanpa sedar diri dalam kejahilan

Kadang-kadang kita terlepas pandang sesuatu perkara padahal ianya sangat bermakna atau sangat2 penting dalam kehidupan kita…

Nampak seakan-akan dah nak lari dari tajuk sebenar daa ni..hehe.. cerita yang den nak kongsi kan hari ni :~


Waktu asar tadi, den p masjid agak lewat sikit..
Masuk dalam saff, angkat takbir mengikut imam di tengah-tengah rakaat..
Den terus baca surah Fatihah, imam ruku’, den terus baca, imam I’tidal, 
baru la den ruku’.. selesai sembahyang, wirid, doa semua sekali..time nak salam
ada la sorang hamba Allah ni tarik tangan den terus bagi penampor..
aduhh!! Nasib baek tampor kat paha, kalau kat pipi, alamatnya memang pendek umur la pakcik tu jawabnya..terus dia tanya,
“tadi adik sembahyang berapa rakaat? Adik masbuk tadi kan, lepas tu adik tambah berape rakaat?
aiseh man.. soalan yang sama pernah ditanya oleh seorang bilal pada 5 tahun yang lalu.. 
tanpa gagap, den jawab “satu rakaat jer”..kenape pakcik tanya?”..”takde la dik, setahu pakcik, orang yang tak sempat ruku’ bersama imam, tak dikira rakaatnya itu..
wahh, tergagap den nak jawab.. “time kasih pakcik..tapi pernah tak pak cik dengar, makmum dibenarkan untuk baca fatihah sehingga lah imam turun untuk sujud kedua pada rakaat tersebut?”..
si pakcik terus tersenyum, sambil sekali lagi menepuk paha den, “itu yang pakcik tahu lah, nanti adik tanya lah sape2 yang lebih a’rif neh..assalamualaikum!”
………………………………………………………………

Den terus balik, berfikir kenapa persoalan yang sama kembali berulang..dan kenapa den tak cuba mencari dan selesaikan permasalahan ni 5 tahun yang lalu?

Sedar tak sedar, den sebenarnya terlalu leka dengan kenikmatan dunia..hanyut dalam kesenangan yang Allah taala bagi.. astaghfirullah.. ya Allah, kuatkan imanku, tetapkanlah hatiku di atas jalanMu ya Allah!.. :-(




Satu soalan hari raye dari den untuk korang jawab!..

Mood: tengah bercuti, tapi jiwa kosong.. tanpa ketahui sebabnya, mungkinkah disebabkan surat panggilan PLKN lepas raye nanti..sob3

Pernah terbaca satu ayat yang berbunyi, “ hanya kerana dia tak menyukai sikap kita, tidak bererti kita harus mengubah keperibadian diri, jangan kehilangan diri kita dalam proses mencintai seseorang”..

Berkali2 berfikir, ada betulnya namun ade cacat celanya..contoh:-
            
     Kasyah adalah seorang yang lelaki yang tak kurang hensemnya, seorang lelaki tulen namun agak lembut dari segi pergaulan.. sentiasa bercakap dengan senyuman, tak suka marah2 walau hakikatnya dia adalah seorang yang panas baran.. seorang yang mementingkan perhubungan, seorang yang inginkan perhatian dan suka memberi perhatian kepada pasangan.
            
     Cerita bermula bila dia ingin menyukai seseorang yang keras kepala, ada rupa tapi tak suka bercakap banyak, suka bercakap dengan suara kuat dan kasar, seorang yang tak suka bagi komitmen sepenuhnya dalam perhubungan, seseorang yang moody tanpa sebab yang tak diketahui, seorang yang tak suka berlebih2 dalam memberi perhatian.. pendek kata Kasyah ingin menyukai seorang bernama Ayu yang  sangat-sangat berbeza sikapnya..
            
     Di awalnya saling menceritakan hobi, sifat dan perangai masing-masing.. kasyah sentiasa bersabar melayan karenah ayu yang buat endah tak endah tentang hubungan mereka walaupon hubungan itu belum lagi sampai ke tahap bercinta.. Kasyah menyapa dengan suara yang lembut akan dibalas dengan kasar oleh ayu..
            
     Kasyah call atau mesej, kadang2 balas kadang2 tidak.. kalau diam, boleh makan 3,4 hari pon belum tentu ayu akan pedulikan kasyah..alasannya sibok! Namun bila ditanya, adakah ayu ingin kan sesuatu yang baek dalam perkenalan itu, dengan pantas akan dijawab “yes!”
            Maksudnya ayu juga inginkan sesuatu yang membahagiakan dari kasyah tapi dengan caranya tersendiri yang pastinya akan melukakan hati si jejaka.. bila kasyah meminta ayu untuk memberi komitmen jika inginkan perubahan, namun tanpa rasa bersalah dan selambanya dijawab, “ saya tak pandai nak bagi komitmen”..
…………………………………………………………………………………………………………
So, sekarang ni siapa yang bersalah..adakah kerana kasyah yang sentiasa berlembut? Atau ayu yang memegang prinsip, “kau nak, kau boleh datang dan ikut cara aku..kalau taknak, sila pergi!”..

Bila dilihat kepada ayat, “kita tak perlu berubah untuk mencintai seseorang”, mungkin tak ade sesapa pon yang bersalah..

Kasyah tak perlu berubah untuk menjadi seperti yang diinginkan oleh ayu, dan dia sendiri tak boleh mengharapkan ayu berubah kerana konsepnya tetap sama.. ayu tak perlu mengubah dirinya semata2 kerana ingin cinta dari kasyah..

Persoalan, adakah begini hakikatnya?? :-)


Friday, August 2, 2013

Cobaann..

Assalamualaikum semua.. ape kabar? Arap korang suma sihat walafiat.. lama menyepi bukannya merajuk, kerana kalau merajuk tersangat laa susah nak pujuk.. itu lah sebab seseorang akan melupakan sesuatu yang tidak begitu berharga pada mata kasar namun adakalanya ia menjadi harta yang sangat bernilai kalau dipandang dengan mata halus.

Ayat femes sering dilontarkan saat seseorang diuji, “bersabarlah dengan ujian, Allah takkan menguji hambanya yang tidak mampu menghadapinya”.. Alhamdulillah, saat diuji kalau kita bersyukur dengan segala apa yang kita ada, insyaAllah kita akan dapat mengharunginya dengan penuh sabar..

So, ape citer hari ni? Aku nak kongsikan satu buku yang ditulis oleh Dr. Muhd Kamil Ibrahim.. buku yang ringkas tapi menghiburkan bagi sesiapa yang inginkan ketenangan.. Buku yang bertajuk “Bersyukur saat diuji” cuba membuka minda si pembaca dengan satu cerita yang menarik.. antaranya:~

“Inikah Ujian?”

Saya didatangi oleh seorang ustaz 
yang mengharapkan pertolongan agar anaknya diterima masuk sebagai staf UITM. Jawatan kerani. 
Pagi-pagi lagi beliau sudah muncul di rumah. 
Lalu saya dengar dengan teliti tujuan kedatangan beliau dan dengan nada perlahan saya berkata,

“Ustaz, boleh saya bertanya satu soalan? 
Jika ada calon yang ditemu duga, 
katalah anak ustaz yang paling teruk sekali, 
tidak berkelayakan, maka jika saya memberi markah yang tertinggi kepadanya, adakah saya berdosa?

(nota: beliau memberi jawapan, “berdosa”). 

Sanggupkah ustaz menyuruh saya melakukan dosa?”
Saya menitiskan air mata di hadapan beliau. 
Dalam sebak inilah saya nyatakan kepada beliau, 

“ustaz, saya mungkin mempunyai sedikit kuasa, 
tetapi kuasa Allah lebih luas dan tidak terperi hebatnya. 
Saya tidak mahu berdosa. 
Tolonglah saya ustaz untuk tidak melakukan dosa. 
Ustaz orang beragama. Ustaz orang pandai. 
Saya orang bodoh, jahil dan tidak berilmu.”

Beliau meninggalkan rumah saya berkata apa-apa..


di manakah ujian? Disaat kita diberi harta dan pangkat oleh Allah taala, ke manakah kita belanjakan, ke manakah kita gunakan kuasa yang kita miliki?..