Friday, August 2, 2013

Cobaann..

Assalamualaikum semua.. ape kabar? Arap korang suma sihat walafiat.. lama menyepi bukannya merajuk, kerana kalau merajuk tersangat laa susah nak pujuk.. itu lah sebab seseorang akan melupakan sesuatu yang tidak begitu berharga pada mata kasar namun adakalanya ia menjadi harta yang sangat bernilai kalau dipandang dengan mata halus.

Ayat femes sering dilontarkan saat seseorang diuji, “bersabarlah dengan ujian, Allah takkan menguji hambanya yang tidak mampu menghadapinya”.. Alhamdulillah, saat diuji kalau kita bersyukur dengan segala apa yang kita ada, insyaAllah kita akan dapat mengharunginya dengan penuh sabar..

So, ape citer hari ni? Aku nak kongsikan satu buku yang ditulis oleh Dr. Muhd Kamil Ibrahim.. buku yang ringkas tapi menghiburkan bagi sesiapa yang inginkan ketenangan.. Buku yang bertajuk “Bersyukur saat diuji” cuba membuka minda si pembaca dengan satu cerita yang menarik.. antaranya:~

“Inikah Ujian?”

Saya didatangi oleh seorang ustaz 
yang mengharapkan pertolongan agar anaknya diterima masuk sebagai staf UITM. Jawatan kerani. 
Pagi-pagi lagi beliau sudah muncul di rumah. 
Lalu saya dengar dengan teliti tujuan kedatangan beliau dan dengan nada perlahan saya berkata,

“Ustaz, boleh saya bertanya satu soalan? 
Jika ada calon yang ditemu duga, 
katalah anak ustaz yang paling teruk sekali, 
tidak berkelayakan, maka jika saya memberi markah yang tertinggi kepadanya, adakah saya berdosa?

(nota: beliau memberi jawapan, “berdosa”). 

Sanggupkah ustaz menyuruh saya melakukan dosa?”
Saya menitiskan air mata di hadapan beliau. 
Dalam sebak inilah saya nyatakan kepada beliau, 

“ustaz, saya mungkin mempunyai sedikit kuasa, 
tetapi kuasa Allah lebih luas dan tidak terperi hebatnya. 
Saya tidak mahu berdosa. 
Tolonglah saya ustaz untuk tidak melakukan dosa. 
Ustaz orang beragama. Ustaz orang pandai. 
Saya orang bodoh, jahil dan tidak berilmu.”

Beliau meninggalkan rumah saya berkata apa-apa..


di manakah ujian? Disaat kita diberi harta dan pangkat oleh Allah taala, ke manakah kita belanjakan, ke manakah kita gunakan kuasa yang kita miliki?..

No comments: