Saturday, August 3, 2013

Satu soalan hari raye dari den untuk korang jawab!..

Mood: tengah bercuti, tapi jiwa kosong.. tanpa ketahui sebabnya, mungkinkah disebabkan surat panggilan PLKN lepas raye nanti..sob3

Pernah terbaca satu ayat yang berbunyi, “ hanya kerana dia tak menyukai sikap kita, tidak bererti kita harus mengubah keperibadian diri, jangan kehilangan diri kita dalam proses mencintai seseorang”..

Berkali2 berfikir, ada betulnya namun ade cacat celanya..contoh:-
            
     Kasyah adalah seorang yang lelaki yang tak kurang hensemnya, seorang lelaki tulen namun agak lembut dari segi pergaulan.. sentiasa bercakap dengan senyuman, tak suka marah2 walau hakikatnya dia adalah seorang yang panas baran.. seorang yang mementingkan perhubungan, seorang yang inginkan perhatian dan suka memberi perhatian kepada pasangan.
            
     Cerita bermula bila dia ingin menyukai seseorang yang keras kepala, ada rupa tapi tak suka bercakap banyak, suka bercakap dengan suara kuat dan kasar, seorang yang tak suka bagi komitmen sepenuhnya dalam perhubungan, seseorang yang moody tanpa sebab yang tak diketahui, seorang yang tak suka berlebih2 dalam memberi perhatian.. pendek kata Kasyah ingin menyukai seorang bernama Ayu yang  sangat-sangat berbeza sikapnya..
            
     Di awalnya saling menceritakan hobi, sifat dan perangai masing-masing.. kasyah sentiasa bersabar melayan karenah ayu yang buat endah tak endah tentang hubungan mereka walaupon hubungan itu belum lagi sampai ke tahap bercinta.. Kasyah menyapa dengan suara yang lembut akan dibalas dengan kasar oleh ayu..
            
     Kasyah call atau mesej, kadang2 balas kadang2 tidak.. kalau diam, boleh makan 3,4 hari pon belum tentu ayu akan pedulikan kasyah..alasannya sibok! Namun bila ditanya, adakah ayu ingin kan sesuatu yang baek dalam perkenalan itu, dengan pantas akan dijawab “yes!”
            Maksudnya ayu juga inginkan sesuatu yang membahagiakan dari kasyah tapi dengan caranya tersendiri yang pastinya akan melukakan hati si jejaka.. bila kasyah meminta ayu untuk memberi komitmen jika inginkan perubahan, namun tanpa rasa bersalah dan selambanya dijawab, “ saya tak pandai nak bagi komitmen”..
…………………………………………………………………………………………………………
So, sekarang ni siapa yang bersalah..adakah kerana kasyah yang sentiasa berlembut? Atau ayu yang memegang prinsip, “kau nak, kau boleh datang dan ikut cara aku..kalau taknak, sila pergi!”..

Bila dilihat kepada ayat, “kita tak perlu berubah untuk mencintai seseorang”, mungkin tak ade sesapa pon yang bersalah..

Kasyah tak perlu berubah untuk menjadi seperti yang diinginkan oleh ayu, dan dia sendiri tak boleh mengharapkan ayu berubah kerana konsepnya tetap sama.. ayu tak perlu mengubah dirinya semata2 kerana ingin cinta dari kasyah..

Persoalan, adakah begini hakikatnya?? :-)


No comments: