Tuesday, August 13, 2013

Dengarlah nasihat den....

"Berkatalah benar sekalipun pahit"..

Kadang kebenaran yang terserlah itu mencederakan hati kita.. Dan kita luka dan terus luka.. Dan kita sendiri tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan seakan tiada lagi jalan penyelesaian.. Kita takut dan amat takut akan kenyataan yang sebenarnya hingga kadang kita hanya mampu lagi tersenyum walau pada hakikatnya kita mahu menangis sekuat - kuatnya..

Sebab itulah adakalanya kita terpaksa berbohong demi sesuatu yang kita hajati..kadang2 kita terpaksa menipu demi sesuatu yang kita sayangi, demi sesuatu yang kita cintai..namun percayalah, apa yang berlaku adalah takdirnya, sesuatu yang tak mampu untuk kita hindari..

Seperti kehidupan ini juga, ia akan berlalu dan terus berlalu.. Kesakitan yang kita rasakan sekarang akan hilang bila tiba saatnya..malah kesenangan yang kita rasakan sekarang jugak akan hilang pada suatu hari nanti..

Kecantikan, kesempurnaan dan berbagai lagi "an, an, an" di belakang hanyalah pinjaman.. usahlah mencari kesempurnaan kerana kadang kita tak tahu bahawa yang sederhana itu akan memberi kebahagiaan kepada kita..

bubye sayang.. :-)

No comments: