Friday, December 28, 2012

jumaat malam sabtu

Assalamualaikum!

mood: tak tau nak explain

aktiviti cuti sekolah masih lagi diteruskan..hehe.. lps subuh konfem tito sampai siang.. selagi tak lapor, selagi itu la taknak bangun..

memang memuncung jer la keje aku hari ni.. macam yang aku tulis kat atas, mood yang tak tau cane nak explain.. kadang2 hepy..kadang2 teringat kan kenangan dulu2, kadang2 rase macam kosong.. so, benda pertama yang aku set ngan my sister pegi kat mall mane2 yang boleh hilangkan ke'tension'an aku ni..

bile dh plan leklok, sepakat la nk pegi kat tesco.. punyer la banyak benda yang aku masukkan dalam list barang2 yg nak dibeli..alih2 kenangan lama kembali menggamit..adooii la wei.. terus badmood..amik mane2 yang tercapai jer lah.. kat tesco ni la tempat kitorang round2 macam belangkas pada suatu ketika dlu..sbb tu la kenangan tu datang balik..

dan bile suma dah selesai, cepat2 blah dari situ..segera menuju ke satu tempat yang selalu aku pergi time sdeyh2 cenggini.. tak laen tak bukan, lagi sekali cikn cop menjadi pilihan.. :-)





tak sempat nk senyum nohh..



harga tengah promosi, RM5.80 satu set.. ko ader? hhee



Thursday, December 27, 2012

lembut ~ :-)

assalamualaikum

semua sihat noh.. cek kat cni sihat walafiat..ujan2 pon, alhamdulillah kat umah cek selamat..

hari ni terjadi beberapa perkara dalam hidup aku..antara nya mesyuarat akhir tahun 2012 bagi semua guru Asriah.. yang kedua, buat kali pertama dalam seumur hidup aku melihat di depan mata sendiri acane keadaan seekor kucing disaat ingin melahirkan anaknya..

tapi yang aku nak sentuh kat sini nyer adalah perihal perangai lelaki lembut.. erm erm.. aku ngaku yang aku pon termasuk sedikit dalam bab ini.. lembut2 aku pon xder la melampau sampai tahap mak jemah neh.. dah muka sy memg kiut, nk wat cane..hehe

so bile aku meluahkan perasaan dengan ucapan terima kasih dan banyak2 mintak maaf klu selama aku berkhidmat di sekolah, banyak kerja yang tak terlaksana.. aku bukan nye pemalas dalam semua hal, tapi kira nyer aku lebih suke kerja2 di belakang tabir.. kan sy daa ckap yg sy ni lembut..dan balasan komen yang aku terima agak memuaskan.. ade la yang mengkritik, tapi aku terima seadanya..dah nama nyer pon ingin mintak maaf..takkan la nk melenting plak yer.. kita cuba belajar dari pengalaman.. lembut biar lah bertempat, cube buktikan kemampuan diri walaupon sekecik2 kebolehan yang ada..insyaAllah kita kan dapat melakukan yang terbaek..

okeyh.. aku sangat2 mengharapkan doa dari kalian supaya dipermudahkan segala urusan dan dapat melaksanakan tugas dengan jayanya nanti untuk tahun 2013.. kbai



Wednesday, December 26, 2012

Ampuni lah kami ya Allah


hai assalamualaikum.. sihat semuanya nehh.. :-) dan ingin ku ucapkan berbanyak syukur kepada Allah Taala kerana masih memberi peluang kepada kita untuk terus mencari keredhaan dan keampunanNya.. syukran lillah

untuk hari ni aku nak kongsi ngan korang tentang luahan hati seseorang.. seorang ni pastinya bukan milik aku, tetapi adalah milik seorang sahabat yang sentiasa mengambil berat tentang hafalan Qurannya.

bagi yang mengenali diri ini, pasti mengetahui camne background aku kan.. jadi , jom same2 kita hayati luahan hati yang cukup2 ikhlas ini.. khas untuk sahabat2 yang bergelar Al Hafiz..


"Rindu pada zaman ketika berada di bumi barakah Maahad Tahfiz.
Bumi Al-Quran.

Bangun awal2 pagi menghadap AL-Quran.
Sebelum melelap mata di malam hari menghadap AL-Quran.
Pergi kelas, madah pertama AL-Quran.
Di pengakhiran kelas waktu zohor madah AL-Quran.
Sambung 'prep' petangpun ada yg guna utk AL-Quran.
Hatta waktu riadah ada yg tak turun, berkepit dgn AL-Quran.
Kelas malam lepas maghrib sampai pukul 10 kelas AL-Quran.
Sebelum tidur pula menulis AL-Quran.

Jalan dalam kawasan sekolah mesti jumpa orang pegang AL-Quran.
Gi kelas, malas menghafal atau mengulang, tidur sambil dengar kawan baca AL-Quran.
Speaker asrama kalau tak pasang nasyid, pasang AL-Quran. 
Setiap kali lepas solat jemaah di musolla, semua kena baca AL-Quran. Surah pilihan.
Paling malas tahap gabanpun, seharian mesti ada jugak PEGANG AL-Quran. 

Walaupun aku sering jadi golongan yg part 'pegang' tu je banyak dek banyak sgt mainnya, tapi itulah sistem kehidupan seharian. 6 tahun. F1-F5.

ALLAH...
Benarlah, dari dulu lagi ustaz2 selalu pesan. Cabaran utama para penghafaz AL-Quran bukan ketika di maahad,sekolah kerna itu mmg medan. Akn tetapi sebaliknya di dunia luar, setelah selesai menjadi graduan,lepasan.

Dan betapa benarlah juga manusia ini sering terlepas pandang atau tidak tersedar akan berharganya sesuatu itu, melainkan setelah ia berlalu pergi dan melepasi...
Dan mulalah...kalaulah...kalaulah dulu...dan memang pasti, jawapannya tidak mungkin...

ALLAHU RABBI...
Rindu teman2, rakan2 seperjuangan yg jiwanya sama, merasai benda yg sama, menempuh ujian yg sama...semua dah bertebaran di merata dunia...
Tidak kira senior atau junior...

Ala kulli hal, AMANAH ini dahsyat besarnya, gerun amaranNYA buat semua yg melalui jalan yg sama.Moga DIA sentiasa memelihara kita serta mengurniakan kesabaran, kekuatan serta istiqamah sampai bila-bila...Ameen...

~ MoGa JaDiLaH IA HuJJaH BuAt KiTa, JaNgAn Ke AtAs KitA ~

Tuesday, December 25, 2012

kisah Tha'labah bersambung ~ jeng3


assalamualaikum.. kaifa halukum jamia'n? arap suma2 nye sihat neh..

okeyh seperti yang dijanjikan, meh aku nak sambung citer yang tertangguh semalam..

  Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

  "A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."


  Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau merasa kesal yang amat sangat dengan dosanya.


  Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. diceritakan Tha'labah menghilangkan diri hampir selama 40hari. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.



Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."


  "Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.


  Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. bila Saidina Umar RA dan Tha'labah sampai di masjid nabi, kelihatan nabi sedang menunaikan solat sunat dhuha..  setelah selesai nabi pun datang kepada Tha'labah dan menanyakan perihal kenapa Tha'labah menghilangkan diri..


  Maka Tha'labah pon menceritakan bahawa dia telah melakukan satu dosa yang teramat besar..nabi menasihati Tha'labah bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun..


  kemudian Tha'labah pon kembali ke rumah nya..namun walaupon telah diberi jaminan oleh nabi, kekesalan masih sangat2 dirasai oleh Tha'labah sehingga beliau jatuh sakit.. dikatakan jugak beliau jatuh sakit selama 8 hari..


  Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.


  Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"


  "Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.


  "Apa yang kamu mahu Tha'labah?"


  "Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"


  Cita-citanya hanya Syurga


  "Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"


  "Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."


  Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."


  Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.


  Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.


  Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"



  Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."


Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menghembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

herm.. amacam? citer ni memang boleh buat kite menitiskan air mata mengenangkan betapa banyak nyer dosa yang telh kite lakukan namun sedetik pon kite tak pernah menyesal dan malu kepada Allah Taala..

cube kita lihat Tha'labah, beliau hanya terlihat seorang gadis yang sedang mandi..bukan sengaja, tapi memang terlihat..tp bagaimana penyesalan nya di atas perbuatan tersebut sehingga mengakibatkan dia jatuh sakit..berbanding dengan remaja hari ini yang tanpa segan silu menonton video2 lucah..melihat gambar2 pornografi.. erm, ampunkan kami ya Allah

ayuh wahai pemuda islam, sama2 kite bermuhasabah.. semoga Allah menetapkan hati kita sentiasa di atas jalanNya..amiin

Monday, December 24, 2012

jadikan diriku seperti dirinya

  assalamualaikum.. ermm, aku memang rase lonely sesangat..bukan nyer ape, sbb aku sengsorang je yang ade kat umah.. yang laen sume dah p makan angin merata2 tempat.. lantak lahh..hehe

  ok throw to the point, sekarang ni aku nak kongsi ngan korang pasal satu kisah mengenai seorang sahabat yang bernama Tha'labah b. abdul rahman.. banyak kisah sebenar nya, ade yang mengatakan beliau lah yang meminta kepada nabi supaya berdoa semoga dia mendapat rezeki yang melimpah ruah dan akhirnya dia enggan membayar zakat seperti yang diperintahkan oleh nabi Muhammad saw..

  namun ade yang mengatakan bahawa citer ni palsu..betul ke tidak, tawakkal kepada Allah..

  tapi yang nak aku kongsi kat sini pasal seseorang yang bernama Tha'labah yang mane setelah dia memeluk islam, dia selalu mengikut ke mana2 sahaje nabi pergi..malah, jika baginda menginginkan sesuatu, akan diberitahu kpd Tha'labah..

  Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi..ade mengatakan beliau memandang gadis itu sebanyak 2 kali..

be continue... :-) hehe..sowii, mata dah ngantuk, esok je lah aku sambung citer ni nehh


Sunday, December 23, 2012

den bengang!

  memang bengang.. se sia jer den kuatkan semangat utk tengok bola sengsorang malam ni semata2 kerana nak tengok team kesayangan maen..tapi apo nok dikato..man u maen macam taik..


ni stastik 2 pemain andalan.. balik tanam jagung
lagi baek mat rooney oit..

   siyes den rase memang bengang giler.. rase nak jer den sokong team laen.. tapi alahai ape kan daya..den sokong team man u ni sejak dari kecik lg sampai bebesor panjang cenggini.. takde den nak membongak nyer, den memang jenis setio orang nyer..hehe

  tapi wlupon den tengah marah skg ni, sudi la jugak den ucapkan tahniah kat semua fans swansea kat luar sane..korang memang terbaek, permainan yang sangat2 rilek.. manakala bagi fans man u, rase2 ade peluang tak team kite menang lawan Real Madrid nanti? same2 kite nantikan.. see ya

Saturday, December 22, 2012

jom, mula kan hidup baru

  yeah.. mulakan hidup baru.. setelah 2tahun hidup segan mati tak mahu, akhirnya ku sedar hidup ini hanya lah tempat ujian kepada kita sebagai hamba Allah..hidup bagai mimpi, akhirnya  kepada Allah jua kite kembali..betul kan? :-)

  berbagai istilah digunakan semata2 hanya kerana tidak merelakan dia pergi..kadang2 tersenyum sendiri, adat orang berkasih kalau dah sayang tu, dia lah segala2 nya bagi kite..betul tak?hehe

  tapi tu dulu..selagi ku masih berkeras untuk kembali merampas cintanya, selagi itulah dia takkan mengerti ape itu kesetiaan.. benda ni bukan maen2..bak kata mila, "dalam cinta harus saling percaya, dalam cinta harus berani pasrah dan dalam cinta harus saling sejiwa".. mugkin jodohku bukan dengannya.. herm :'(

  sebagai akhirnya, sy doakan yang terbaek untuk awk..pergilah mencari ketenangan dan keredhaan dalam hidup..belajarlah mencari kesetiaan.. pilih jalan terbaek untuk kehidupan awk dan jangan mengharapkan orang laen yang menentukan masa depan awk..

Ya Allah, aku bersyukur padaMu kerana membebaskan diriku dari dibelengu perasaan cinta yang tak kesampaian..Engkau lebih mengetahui siapa yang terbaik untukku

Assalamualaikum..

Friday, December 21, 2012

dimana ada kebenaran, pasti di situ adanya jalan

  Sejak akhir2 ni, makin banyak masalah yang timbul di kalangan ahli politik.. kenape dan mengapa? kerana masing2 ego untuk menerima kebenaran.. pihak mana kah yang benar dan pihak mana yang munafik, masing2 boleyh menilai dengan menggunakan mata hati..

Malah diceritakan oleh para alim ulamak bahwa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, mafhumnya: "sombong adalah menolak kebenaran dan memandang hina orang lain." (riwayat Muslim)

Imam Muslim meriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w melihat seseorang makan dengan tangan kirinya. Lalu, Baginda menasihatinya yang bermaksud: "makanlah dengan tangan kanan."

Dengan angkuhnya , orang tersebut menjawab: "aku tidak boleh makan dengan tangan kanan!"

Mendengar jawapan angkuh itu, Rasulullah hanya bersabda: "engkau tidak boleh." Setelah itu, tangan orang itu tidak boleh lagi dapat digunakan untuk mengangkat suapan ke mulutnya. Itulah tanda kesombongan dan salah satu sifat munafik.

Berat menerima nasihat petanda kejahilan diri. Semakin jahil seseorang, semakin dia merasakan tidak memerlukan nasihat. Lebih jahil daripada itu, orang tersebut selalu melihat nasihat sebagai celaan.

Apabila mendengar nasihat, orang seperti ini berasa diri mereka dihina. Mereka bukan hanya enggan menerima nasihat itu, malah sengaja melakukan sesuatu yang bertentangan dengannya bertujuan menyakiti hati orang menawarkan nasihat tersebut!

Ada pula orang yang terlalu keras hatinya sehinggakan apabila mendengar nasihat, dia kembali "menasihati". Ada juga yang menyerang orang yang menasihatinya dengan makian atau pukulan. Nauzubillah



ngaku jer lahh.. :-)


kite selalu memandang remeh bile berhadapan dengan perkara2 yang kelihatan kecik di depan kita..namun, bile ia dimanfaatkan, insyaAllah kite kan sentiasa berada dalam rahmat Allah..

ILMU
~ dibazirkan dengan tidak mengamalkannya

AMALAN
~ dibazirkan dengan tidak melakukannya dengan ikhlas

HATI
~ dibazirkan dengan tidak mengisi hati dengan cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w

HARTA
~ dibazirkan dengan tidak membelanjakan ke jalan Allah

CINTA
~ dibazirkan dengan mengisi cinta selain cinta kepada Allah

MASA
~ dibazirkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah

ZIKIR
~ dibazirkan apabila zikir tidak berkesan pada hati

TUBUH BADAN
~ dibazirkan dengan menggerakkan anggota badan bukan untuk ibadah

KEPINTARAN
~ dibazirkan dengan tidak berfikir tentang keajaiban makhluk ciptaanNya

KESIHATAN
~ dibazirkan dengan tidak mensyukuri nikmat sihat sebelum sakit

Thursday, December 20, 2012

kita milik Allah dan kepadaNya kite kembali

ketika jiwa merasa kesal,
mengenangkan dosa2 yang dilakukan,
ketika harapan dirasakan tiada lagi,
ketika diri tiada tempat untuk meluah,
melepaskan segala resah di jiwa..

usah berputus asa dengan rahmat Tuhan,
teruskan perbaiki diri

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang

hanya kepada-Nya kita sembah,
hanya kepada-Nya kita memohon..

kita sering terlupa,
bahawa Allah lebih tahu
apa yang kita perlukan

teruskan mengharap dengan Tuhanmu
yakinlah dengan Tuhanmu dan bersyukurlah wahai diri


selagi nyawa dikandung badan,
peluang untuk kembali kepada Tuhan..
tidak pernah tertutup!

Wednesday, November 28, 2012

Tuesday, November 27, 2012

kenapa mengeluh..

kita selalu mengeluh setiap kali ditimpa musibah...betul?

cuba kite tengok dunia hari ini...
kadang-kadang manusia apabila dia hilang sesuatu benda daripada dunia...
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya...

berapa banyak dalam hidup kite telah melalui keperitan hidup?... cuba ingat!
ketika kita merasai keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya...
tapi hari ini Allah telah keluarkan kita dari segala masalah dan kini berada dalam keadaan yang baik...
ketika kita ditimpa musibah tertentu...
kita kata, "habislah aku kali ni"...
tapi usia kita telah berjalan...
kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidupan ini...
ketika kita kata, " ya Allah tolonglah aku, ya Allah tolonglah aku, aku susah ya Allah"...
hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu...
dan kita pun kadang-kadang lupa untuk bersyukur...
di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya...

orang-orang yang diberitahu kepada mereka...
"nun orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kamu"..
kata Allah, iman dia bertambah..

bukan seperti kita kita, "pasal apa lah Allah benci aku? apa lah dosa aku?...
tidak-tidak!!
kata Quran, iman mereka bertambah...
mereka berkata, "cukuplah bagi kami Allah, Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan"..


semanis senyuman


Kata Jarir bin 'Abdillah:

   "sejak aku menjadi muslim, tidak pernah Rasulullah s.a.w berjumpa denganku melainkan senyum padaku"..


Kata 'Abdullah bin Harith:

   "Aku tidak pernah melihat seseorang lebih banyak senyuman daripada Rasulullah s.a.w"...



   Bukan kah senyuman itu menceriakan, menjernihkan lagi menenangkan? tapi kenapa begitu sukar untuk seseorang mengukir senyuman di wajahnya..

usah bersedih, jangan merungut.. start your day with smile.. insyaAllah segala perkara akan menjadi mudah..mudah-mudahan :-)




Monday, November 19, 2012

Ketetapan Allah..

Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah SWT

jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang...
dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun...

jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang...
dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun...

jika Allah uruskan urusan kita...
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita...
walaupun sekelip mata...
dunia boleh berbuat apa-apa...
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah...

jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas...
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah...

apa yang orang rasa rugi...
Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tidak sangka...
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan...

Sunday, November 18, 2012

Kebahagiaan...


Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini…
Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan…
Namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang
sebenar-benarnya..

ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya…
selalu orang mengaitkan ketenangan itu…
dengan factor harta, dengan factor kekayaan…
walaupun itu boleh menjadi penyumbang…
tetapi itu bukan segala-galanya…
betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar..
tidur di atas katil yang empuk…
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak…

Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk…
kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita…
ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat…
lauk pauk yang bagus…
tetapi lidahnya tidak enak…
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk…
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya..

kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat…
semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar…
ada makanan yang sedap…
tentulah hidupnya bahagia dan tenang…
belum tentu!


Saturday, October 20, 2012

Ooh! my aquarium..


akuarium dah siap separuh..tgh try letak guppy 5 ekor..arap2 dorang cepat2 la membesar..hehe

Friday, October 19, 2012

Kenapa ek?


~ kenapa tak semua yang kita nak kat dunia ni kita kan dapat??

~ kenape mesti begini akhirnya setelah ku memberikan segala2nya untuk dia??

~ kenape mesti dia yang dipilih sedangkan aku adalah pilihan terbaik untuk nya??

mengapa, mengapa dan mengapa?

~ dan kenapa aku yang perlu menghadapinya, kenape tidak orang laen??

~ adakah memang sjak awal2 lagi aku tak sepatutnya 

memberi peluang kedua dan ketiga untuknya??


p/s: jangan terlalu beremosi hanya semata2 kerana pompuan ~ memalukan!

Hari jumaat .......


hari jumaat..
~ biase nyer ape yang selalu kitorang buat ep?
 *tido
 *outing
 *lepak ngan geng
 *layan kerenah kucing
 *tengok movie

Tido..
~klu takde kelas or takde keje2 yang rumit, memang membuta jer keje nyer..ye dak? ujung menggu la kate kan :-p

Outing..
~ tang ni dah jarang sangat sebab sibuk memanjang mengalahkan keje makcik penoreh getah..

Lepak..
~ bab2 lepak memang aku suka, tapi yang menjadi masalahnye suma duk jauh..dalam ramai2 geng yang ade, rumah aku antara yang paling jauh..so, rase nyer lepak bukan sesuatu yang sesuai untuk aku

Kucing..?
~aku tak suke kucing!! kucing hanya pandai berak tapi tak pandai basuh..

Movie..
~ttu ddia, antara hobi yang tak dapat dipisahkan..haha..klu tak citer menayu, beralih kepada korea..then pastinya kan ade citer omputeh..best woo

okeyh.. nak p basuh berak kucing jap..annyiong

Sunday, October 7, 2012

gomo Man U gomo

  Sebagai fans sejati Man Utd, tahniah diucapkan kerana berjaya membuktikan united masih lagi team yang sangat kuat utk dikalahkan oleh team se level newcastle.. hehe

  Habis game manU, rehat kejap then sambung ngan game barca vs real.. gomo real gomo!!

* man of the match


Wednesday, September 26, 2012

Tuesday, September 25, 2012

air milo tabur letak aiskrim ngan coklat chip


"bang, bagi kat kitorang air milo tabur, letak aiskrim vanilla ngan coklat chip gelas besar dua, air tikri gelas sederhana satu neh.." ok bang, mekaseh..



Monday, September 24, 2012

kisah semalam..


Assalamualaikum awak2 sekalian..harap-harap korang sihat sokmo neh..hehe..tapi sebelum tu, kite nak mintak maaf sebab tak sempat nak upload gambo yang dijanji kan..sowi ekk..

Semalam, kite nak bagitaw kat korang yang kite ade g airport..kite pegi jemput mak ayah kite la, takkan p dating plak..hoho..

mak ngan ayah naek AirAsia jer pon..
save bajet la kate kan

nak dijadikan cerita, mak ngan ayah p 'KL lumpur' selama seminggu..so, kite ngan adik rase cam merdeka sangat2..kitorang buat segala benda yang selama ni mak ayah memang takkan bagi kitorang buat..hehe..ape yang kami buat? lu pk la sendiri..!

tapi yang kite nak citer sangat2 kat korang, mase kat epot tu kite ade jumpa artis taw..mula2 nyer tak perasan langsung, rupa2nyer dorang tengah shooting..

Sambil menunggu ketibaan, kite round2 la kat area epot tu kan..klua masuk klua masuk..tup~tup kite berada di tengah2 antara kamera ngan pelakon..hadui, malu giler sebab suma orang sekeliling duk tengok..

dah perasan tu, terus pusing then buat bodoh jer..dorang pon takde sebut cut!!! so, mybe gamba kite kan masuk tv..haha

kite jumpa heliza weih..
korang ade?? :-)


Saturday, September 22, 2012

outing nyot nyot

  Assalamualaikum..seingat aku, kali terakhir aku kluar outing, 2 minggu sebelum ramadhan..tu pon jalan2 ngan adik beradik jer..nak kluar ngan geng2 cam dulu mungkin susah sikit..sebab masing2 berjauhan la kate kan...

  Makanya setelah 3minggu merancang strategi, hajat kitorang berjaya dilaksanakan..tu pon terlalu banyak "kesongehan" yang terpaksa ditempuh..tapi bak kate pepatung, 'nak seribu daya, taknak seribu dalih'..dan memang aku taknak berdalih lagi ngan korang, aku perkenalkan satu tempat yang terletak berhampiran ngan bandar Jeli..

  Tempat ni dikatakan asal usul terciptanya idea untuk menubuhkan syarikat Telaga Biru..haha..mesti korang tak percaya kan? so, sila jangan percaya neh..hehe..tempat ni dinamakan 'Telaga Bijih' dan tempatnya memang indah di pandangan mata, apetah lagi di lensa kamera..

  Totapi, hari ni aku citerkan pasal tempat ni dulu..then esok insyaAllah, mata korang kan dicuci ngan pemandangan yang teramat indah..wait and see ekk.. :-)

Friday, September 21, 2012

Minta di jauhkan

  Assalamualaikum..salam jumaat buat hamba2 Allah sekalian..sebagai info terkini, aku tengah mencekik nasik ayam..hehe..tapi masih lagi sempat entri ni ditulis, kanan menyuap kiri menaip..ade aku kisah!

  Okeyh, sementelah hari ni hari jumaat, sudilah aku berkongsi sedikit peringatan ngan korang suma..



Ada 7 golongan manusia,
Allah tidak akan melihat mereka
pada hari kiamat dan tidak membersihkan
mereka dari dosa
bahkan Allah berfirman kepada mereka :
“masuklah kamu ke dalam neraka
bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya”.

7 golongan tersebut ialah:~

1.    Orang yang melakukan homoseks
2.   Orang yang melakukan kahwin tangan (onani)
3.   Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang
4.   Orang yang melakukan seks melalui dubur
5.   Orang yang berkahwin antara ibu dan anak
6.   Orang yang berzina dengan isteri jirannya
7.   Orang yang mengganggu jirannya



Tuesday, September 18, 2012

jawab jangan tak jawabb!


  Hai assalamualaikum..salam peperiksaan ku tujukan untuk anak didik yang berada di MTAQA Asriah.. walaupun ramai yang over sangat2 time gambar ni di ambil, tak kisah la cane pon..kadang2 bengang la jugak, malu mengalahkan artis..aduyai

  Dan untuk entri kali ni ku memang berhajat untuk dibuat secara ringkas, jadi sebagai penutup bicara..  "walaupon saya tidak menghajar mane2 subjek dalam kelas korang, tapi sebagai seorang guru saya kan mendoakan dan berharap semoga korang kan mendapat kejayaan dunia akhirat..insyaAllah neh..

Monday, September 17, 2012

Pepatah Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..klu nak tambah sikit, salam 2 M'sia..hehe..kalau diberi pilihan warna, tanpa segan dan silu lagi ngilu aku kan pilih warna ijau..huhu

  Pepatah melayu ade menyebut, "terlajak perahu masih boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya"..kata2 ni ade benarnya, wlupon perahu yg terlajak tu memang agak susah utk diundur, namun tersalah cakap adalah sesuatu yang mesti dielakkan..

  Sebenarnya aku ade masalah..hehe..memang ade kena mengena la ngan kata pepatah tu..dalam entri aku yang dulu2 ade la satu satu entri yang mane memang betul2 aku tujukan kepada seseorang..tapi dia pon faham yang mase tu memang perasaan takleh nak kawal..ibarat menahan berak setelah 2 hari terkena sembelit..gitu la agaknya..hekhek

  Jadi kepada insan berkenaan, ku susun 10 jari kaki dan tangan memohon kemaafan andai kata2 tersebut mengguris hati dan perasaan.. klu nak hadiah coklat, cuti nanti kite bagi ekk..hehe

  Kepada geng2 semua, semoga di laen hari kite suma kan lebih berhati2 dalam membidas seseorang..pastikan rahsia anda, hanyalah pada diri anda..dan bukannya, rahsia mu rahsia ku jua..


Saturday, September 15, 2012

Bukan Fantasi

Assalamualaikum.. salam enam satu untuk ore kelate dan tak lupa untuk ore tganu..hekhek..bola itu bulat, macam2 yang boleh terjadi..ore tganu, sat duk sedih..taun depe pok demo cubo pulok.. :-)

  Tajuk entri 'bukan fantasi' ni aku amik dari sebuah majalah..takyah sebut la kan ape majalah tu, nt kantoi lak..hehe..dalam tu ade banyak artikel, tapi yang yang ni jer yang paling menarik untuk aku bace..

  Berkisar tentang 'lelaki idaman'..wlupon ianya seakan-akan ditujukan kepada anak2 gadis di luar sana, namun tak salah rase nyer kite mengambil sebagai pengajaran..tapi sebelum tu, set kat otak korang yang entri ni bukan entri jiwang taw..

suami yg menawan buat seorg isteri, 
bukanlah yg kacak paras rupanya, tetapi yg m'buat
isterinya merasa tercantik di dunia..

suami yg gagah buat seorg isteri,
bukan yg kekar otot tubuhnya, tetapi yg sudi mendengar, 
memahami dan mendidik penuh sabar..

suami yg soleh buat seorg isteri, bukan sekadar
paling banyak ilmu agama, juga kerap ibadahnya, tetapi juga
yg paling mulia akhlaknya..

suami yy baik untuk seorg isteri, 
bukan yg tidak pernah berprasangka dan marah, tetapi dia yg
berprasangka tidak mengalahkan budi pekertinya,
 yg kemarahan tidak mengunci pintu maafnya..

suami yg mewah buat seorg isteri,
bukanlah yg mampu membelikan segalanya, tetapi
yg ada di sisi di setiap tawa dan tangisnya..

suami yg kaya untuk seorg isteri,
bukan yg banyak hartanya, tetapi yg tetap 
mengungkapkan
syukur serta berterima kasih atas khidmat bakti isterinya yg tercinta..

Okeh? sama-sama kita bermuhasabah dan selamat beramal neh!..tadaaa

Tuesday, July 10, 2012

Bukan taknak, Tapi tak boleh

  Salam sobat.. ayat "bukan tak nak, tapi tak boleh" memang selalu sangat aku gunakan untuk selamatkan diri..huhu

  Sebagai guru baru, memang selalu la dijadikan mangsa oleh bebudak utk dijadikan guru pengiring kalau dorang nak outing kat mane2..

  Jadi, nak taknak terpaksa la ikut kehendak atau dengan alasan yang cukup power, baru la dapat lepaskan diri.. tapi setakat ni xde lagi la geng2 cikgu yang sudi tolong aku..haha..nasib la kan!

Monday, July 9, 2012

Ada jerr yang tak kena..erm

  Salam sahabat.. bak kata pengarang maskulin, "benar, ada kekacauan dalam sesuatu hubungan adalah berpunca daripada pompuan.. benar, pompuan kadang2 banyak onarnya sehingga memualkan lelaki.. dan benar, perempuan terlalu suka memerintah sehingga melemaskan lelaki"..

  Adakah ini kenyataan wahai kaum hawa sekalian? cer jawab ekk..huhu..bukan niat aku nak membela lelaki sepenuh nya, kerana ada satu kenyataan bertulis "inilah lelaki! kita beri betis dengan paha. eh, laen-laen pon dia nak jugak. melampau!"

  Ibarat kita diberi hidangan seekor ayam..mula2 sekali kita diberi betis ayam..kesian tengok kulum punya kulum betis ayam tu, maka kita diberi paha ayam..alang2 dah bagi paha, takkan taknak kongsi bahagian dada kot..tak dapat dua, dapat sebelah pon jadi lah kan..

  Dan biase nye, bahagian bontot ayam, ramai yang taknak..maka bagi kaum lelaki yang terkenal ngan sikap tak suke membazir ni, merelakan diri untuk meratah bontot2 ayam tersebut..haha..luncas bebenor mulut aku ari ni..ampun maaf

  Sowi buat semua kaum hawa..yang tadi tu cuma contoh..jangan marah ekk, nanti cepat tua..huhu..ok kesimpulan nya, perempuan biasa menyalahkan lelaki. sebaliknya pula ada lelaki menyalahkan pompuan. ada cinta dizalimi lelaki dan ada cinta dizalimi pompuan. duh, tengok keadaan! k..

  Kalau nak bezz lagi, tak yah nak becintan- cintun, kalau ade jodoh ade la tu..klu belum ade jugak, cari aku..kan ku tolongin sama kamu, nggak gusar deh!


Sunday, July 8, 2012

Kerja Rumah

  Salam sahabat..mmuahmuahh..haha..bukan budak sekolah jer yang ade kerja rumah, cikgu pon ade jugak aperr..beza nyer cuma, kalau pelajar tak buat kerja, konfem kena rotan atau hukuman2 yang korang rase sewajarnyer dikenakan..terpulang atas keperimanusiaan seseorang guru..haha..

  Tapi untuk guru yang tak buat kerja, takkan nak kena rotan jugak kot..tapi masalah nyer, sekali pon tak kena rotan, rase gemuruh tu ade la jugak kalau terlambat hantar buku RPH..tambah2 guru baru macam aku ni..

  Yang sedih nyer, time subjek yang aku ajar mesti tak ramai yang siap buat homework..huhu..mane la yang silap nya..tak kan la nak wat garang tiap2 hari kot..tak nak la, nanti muka aku jugak yang berkedut,huahua..

  Ape pon, ade satu kisah seorang budak dalam situasi menyelamatkan diri dari terkena hukuman sebab tak buat homework..layan

murid: Cikgu, adakah cikgu akan hukum saya atas
apa yang saya tak lakukan?
Guru: Sudah pasti tidak!.. kenapa?
murid: sebenarnya.. saya.. tidak buat kerja rumah!


Wednesday, July 4, 2012

Bahagia 1 hari

  Salam buat yang mengenali.. mase kita kecik2 dulu, selalu sangat dengar mak meleter..antara nya, "nak, ko belajar la rajin2 kalu nak bahagia satu hari nanti"..

  Dan bagi anak yang baek, biasa nye dia akan menjawab, "insyaAllah mak, saya kan usaha"..bagi anak yang kuang ajar ckit, mybe dia kan jawab, " saya kan jadikan mak sebagai contoh"..huhu

  Klu mak dia pensyarah, boleh berkira la cikit..kalau mak dia memang tak pernah sekolah sejak kecik, tak ke naya..malah ade simpulan bahasa menyebut, bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian..berusaha dalam pelajaran, untuk berjaya pada masa hadapan..berusaha di dunia, adalah untuk berjaya di akhirat insyaAllah..

  Aku akhiri entri kali ni ngan 1 cerita..citer ni bertajuk, "Bahagia Untuk Satu Hari"

Satu hari, ayah berkata kepada anaknya,
"bersungguh2 lah wahai anak ku, 
dan jangan sia-siakan masa kamu, jika kamu
mahu bahagia satu hari nanti..

Berkata si anak pula, " saya akan cuba, tapi kenapa
saya kena berpenat lelah bertahun-tahun
untuk bahagia satu hari sahaja ayah?"..

Tuesday, July 3, 2012

2 tempat yang berbeza

Salam..pe kaba suma sahabat? semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah..untuk makluman, kes kehilangan kabel telefon semakin menjadi2 di kampong aku..termasuk la jugak kawasan rumah aku..woo

  Ape yang nak aku kongsi hari ini adalah mengenai satu hadis,  yang menyebut tentang perbezaan antara dua tempat..

  Daripada Abu Hurairah r.a., nabi SAW bersabda yang bermaksud:
" tempat yang paling disukai Allah ialah masjid. manakala tempat yang paling dibenci Allah ialah pasar".. (riwayat Muslim)

  Telah disebut oleh ulamak, huraiannya pasar merupakan tempat timbulnya fitnah-fitnah dunia. Manakala sebaliknya, selain dari tempat beribadah, masjid juga digunakan untuk menimba ilmu dan bersilaturrahim..

  Macam susah jer nak hurai tajuk ni..huhu..tapi tak pe, aku kan cuba.. bila dah dilabel sebagai tempat yang dibenci, maka sudah pasti ia nyer takde keberkatan..korang sendiri pon boleh tengok, kat supermarket..waktu magrib merupakan waktu paling ramai orang mengunjungi mane2 mall..kalu tak caye, try2 la usha kat tempat korang..malah klu kat kampung sekali pon, cub tengok kat kedai2 kopi..pasti ramai anak2 muda yang lepak pada waktu magrib..

  Korang pon taw yang waktu magrib merupakan waktu setan2 laknat berkeliaran mencari2 mangsa untuk dihasut ke lembah kehancuran..semoga kita semua dijauhkan Allah dari tipu daya Iblis dan konco2 nyer...untuk mengnjungi supermarket dan kedai2 kopi tak salah, tapi situasi dan keadaan yang disalah guna itu lah yang mengheret kita ke arah kemurkaan Allah..


Saturday, June 30, 2012

Si keldai

Salam sahabat..selaku penyokong setia team Jerman dalam kejohanan euro kali ni, ku ucapkan syabas kat dorang..bak kata sesetengah orang, kekalahan jerman bukanlah disebabkan mereka tidak hebat,tapi hanya lah disebabkan balotteli terlalu hitam..haha..ape yang penting, kerjasama dalam satu pasukan..
 
  berbalik kepada tajuk entry menceritakan tentang keldai..ade sesape kat sini yang tak kenal keldai? hehe..meh sini aku kenalkan..tgok dari jauh, seekor keldai kelihatan seakan2 macam seekor anak kuda..tapi sememangnye ia bukan anak kuda, tapi hanya lah seekor keldai..
 
  kalau kat mesir, keldai lebih dikenali sebagai himar.. dan kalau kat sini, panggilan lembu sering diguna pakai untuk orang yang bodoh macam lembu, tapi kat sana keldai lebih dikenali..haha
 
  keldai bukan saja merupakan sejenis haiwan yang paling bodoh, malah ia juga mengeluarkan bunyi paling hodoh dikalangan haiwan..maksudnya suara katak tu jauh lebih sedap dari suara keldai.. agak2 kalau pertandingan tarannum antara haiwan diadakan, konpem la dah taw sape yang kalah..muahaha
 
  Jadi sebelum aku blah, ade 1 citer untuk korang..
"pada satu hari, seorang lelaki datang melawat ke sebuah zoo.. tiba-tiba dia melihat kesemua hewan ketawa kecuali keldai..dengan rasa pelik,dia pun pulang ke rumah.. esok nyer dia datang balik ke zoo haiwan ni, dan dia nampak keldai seekor sahaja yang sedang ketawa sedangkan yang laen hanya memandang gelagat si keldai.. lelaki itu pun bertanya kpd sang zirafah dan zirafah menjawab, "semalam, monyet ada menceritakan satu jenaka, lalu semua haiwan ketawa kecuali si keldai. dan hari ini baru si keldai ni faham jenaka tu dan dia ketawalah!".. k jumpa lagi