Friday, July 29, 2011

Tazkirah utk pompuan

Hai assalamualaikum...entry ni untuk hari jumaat sebenarnye, aku kat sini memang la still hari jumaat..korang yang kat malaysia daa masuk hari sabtu..k..sedikit peringatan untuk kite suma..

   Ali r.a. meriwayatkan : "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:


1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

 2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

 3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

 4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

 5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

 6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

 7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

 8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

 9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.



   Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."


Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :


1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

 2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.


3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

 4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

 5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

 6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

 7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

 8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

 9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.


p/s: khas utk kaum pompuan dan secara umum utk lelaki...hadis ini ditujukan utk peringatan kpd pompuan, dan bagi kaum lelaki, ingat yang kite kan jadi ketua keluarga, maka tanggungjawab kite utk mendidik isteri..maa'ssalamah

Thursday, July 28, 2011

bab yang dah basi, tapi telah pon diperangatkan..khas utk korang

assalamualaikum..pe kaba korang? rase lama sangat daa aku tak update blog ni..sejak result final exam aku klua..then aku pegi ke Hurghada..then kitorang pegi selebret untuk kursus bahasa arab..

Nak aku citer ke? haha..rasanya xyah la kot..nanti aku upload gamba untuk korang ekk..dan semalam, mimpi aku selama ni dah jadik kenyataan..sesuatu yang selama ni aku tak mampu nak miliki akhirnya da jadik milik aku..k..kat bawah ni de gamba untuk korang...annyo!

gamba ni 1st day kitorang kat hurghada..



time ni kat kfc, nampak makhluk ni terus kitorang amik gamba..haha

kat Paradise



sebelum tu, nak mintak maaf sebab gmba kat hurghada jer yang sempat aku upload ari ni..len kali aku try upload gmba2 yang len ekk..k




Monday, July 18, 2011

Kawan dan citer 'pillow talk'..

Hai assalamualaikum..kite suma mesti boleh cakap yang kite ni ramai kawan..tapi berape ramaikah kawan yang boleh dijadikan tempat mengadu di saat korang frust, sedih dan yang semacam nyer?..

Aku tujukan entry ni untuk sorang kawan..haha..tak tau nape tiba2 dia buleh muncul dalam idup aku..tambah2 time tu aku tengah badmood sangat2..then muncul la si pari2 ni duk potpet2 sampai la aku lupa segala masalah..thanks si pari2..xkisah la nak panggil aku jambu ker ape ker..yang penting ko memang layak untuk dipanggil kawan..nak ke tak?haha..

Aku sebenarnya susah ckit nak berkawan..geng2 aku mesti tau perangai aku cane..tapi betul la orang cakap, sekeras mana pon hati seseorang, klu kena ngan time nyer mesti cair meleleh-leleh punya..

Contoh aku ade sorang kawan tau...dia sayang kat awek dia sgt2, tambah2 awek tu laa cinta pertama dia...dah janji macam2 daa..nak idup semati la, nak saling jage menjagai la..biasa la kan adat orang bcinta, bile janji mesti kaw2 punyer..haha..tapi masalah berlaku bile kawan aku ni tengah sibuk nak exam dan awek dia pulak tengah sakit..

haaa, ko nampak tak permainan dia...time ni lah ade sorang mamat yang memang da lama berkenan kat awek ni, terus masuk jarum..caring la sangat!!..lepas tu ngan senang2 jer awek tu blah dari idup kawan aku ni..kesian!..ngan satu alasan, mamat tu boleh jaga dia lebih baek dari kawan aku ni..

Sebab tu lah buleh klua nyer istilah 'pillow talk' kan..bukan setakat pompuan, lelaki pon akan menunduk bile time camni..haha..ni kawan aku yang bagitau la..aku tak pernah cuba pon..pesan aku untuk korang, "tanpa kawan siapa lah kite"..k, sampai itu saje lah citer aku...peace yeao!!

Saturday, July 16, 2011

Cuci hati dengan cuci tandas?

Hai assalamualaikum..pe kaba korang?..pertama sekali aku nak mintak maaf pasal entry semalam..memang time tu aku tengah serabut sangat..lepas tu aku pegi maen bola, kira ok dah laa..

Entry kali ni aku nak citer pasal kebersihan..tambahan skg ni aku baru jer kemas bilik aku..haha..dah 2bulan aku tak gotong royong, dah bagai nak gile aku tengok..

Then aku teringat kata2 senior, kalau nak tau sehebat manakah kekuatan persaudaraan antara kite ngan sahabat2 kite adalah melalui kebersihan tandas..bunyi cam pelik kan! dan aku sendiri pon tak dapat tangkap maksud senior ni..

Bagi kitorang kat cni, ziarah menziarahi rumah geng2 tu adlah perkara biasa..so, senior aku ni cakap klu nak tau setara mana geng2 ko tu support ko, tengok lah tandas kat umah diaorang..kalau tandas tu elok dan bersih, macam tu lah jugak kekuatan persahabatan korang..

Malah, diceritakan jugak pasal ulamak2 dlu sering mencuci tandas dengan tujuan untuk mencuci hati..tandas tu rumah syaitan, makin kotor tempat tu makin melompat la setan2 tu semua..kira betul la pe yang senior aku tu cakap..so, bagi yang rasa hati nya kotor sangat2 buleh la cuba bersihkan tandas korang tiap hari..haha..cuci sampai 'BERSIH'..

Friday, July 15, 2011

Entry pendek

Hai assalamualaikum..korang pernah dengar tak ayat "sekali ko benci aku, 10 kali aku benci ko"..bunyi cam tak best jer ayat aku..arap2 korang paham maksud aku..

Baru kejap tadi ayat ni duk pusing2 kat kepala otak aku ni...pasal masalah rumah tangga sebenarnya, tapi tak kisah la kan aku nak luah kat korang..tu pon klau korang tak rase menyampah la..hoihoi

Masalah aku ngan dia dah selesai..tapi tak tau la pe lagi masalah nyer..dah ko xsuke aku, sila pergi jauh2...takyah susah2 nak bagi isyarat kat aku ekk..jangan bagi aku menyampah dah laa k..dlu aku leh sabar, tapi tu dlu laa..dlu ngan skang ni len..

Sbelum aku blah, aku arap 'orang' berkenaan tu baca la entry ni..sory klu luahan tadi menyakitkan hati yang membaca..*kecuali dia..ingat, masalah kite dah selesai, tak perlu nak over2 lagi ..malam ni aku ade game bola, so aku chow dlu..babai

Thursday, July 14, 2011

Anak kecil


 

Hai assalamualaikum...selamat petang bagi yang tengah petang and selamat malam bagi yang tengah malam..hehe..k

Bagi orang pompuan, korang memang sinonim ngan baby kan..jangan perasan aku cakap korang muka cam beby..skali pon aku cakap camtu, xyah nak perasan ekk..

maksud aku, orang pompuan ni lebih menyukai beby berbanding orang laki..dah memang camtu kot..jiwa pompuan kan lembut, len ngan laki yang kerass semacamm jer..haha

tapi ade pendapat mengatakan, bile sorang laki tu tiba2 menyukai beby ataupon anak2 kecil, tu maksudnyer laki tu dah sesuai sangat untuk berkahwen..ni bukan aku yang cakap k..tak tau la betul ke tak..aku just kongsi pendapat ni ngan korang

So, aku dokan semoga kite yang belum kawen ni dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dapt merasai nikmatnyer perkahwinan nanti...bagi yang dah der calon tu, cepat2 la kawen..nanti aku nyusul

si kecik ni nama dia Nuha..sape2 berkenan, buleh la simpan angan2 nak dapat beby cam ni..

Wednesday, July 13, 2011

Monday, July 11, 2011

part 2

   Assalamualaikum..pe kaba semua? aku cadang nak sambung ckit pasal entry aku yang semalam.. sememangnyer entry tu tak lengkap..aku bukan sengaja nak bia tergantung camtu..dah aku nampak cam makin panjang jer ayat aku, terus aku klik publish..so, skg ni aku cuba lengkapkan..

   semalam aku sebut pasal pompuan amatlah ditekankan supaya jangan amal tido sebelum magrib..bukan sesaje nak pesan camtu, tu pon untuk kebaikan korang jugak k..perkara kedua bagi kaum hawa ni, cubalah time mandi tu pakai kain basahan..tak payah nak tayang tubuh korang kat setan2 yang ade dalam bilik air tuh..

   Pesanan gitu pon ade pekdah nyer, first untuk elak paha cik kak suma dari kena gigit dek setan..yang kedua adlh supaya jin tak jatuh cinta..pasal ade pendapat mengatakan bile jin dan iblis ni jatuh cinta, tersangatlah susah nak berubat..lebih susah dari mengubat orang yang kena sihir..

   cane jin2 ni akan buat? tak kan ade lelaki yang nak kawen ngan akak2 suma..sebab jin dan iblis dah hijab dengan benda2 yang tak baek..bile orang tengok,makin lama makin menyampah!

   Benda terakhir yang aku nak sebut, bile jin dan iblis ni gigit paha, ia akan meninggalkan kesan lebam hitam ataupon biru..ubat dia, amik air dan bace Al Fatihah 7 kali then perah limau 3bijik..kemudian mandi..insyaAllah kesan2 tu akan hilang..

maa'ssalamah!..babai


Sunday, July 10, 2011

Tido selepas Asar

 
   Assalamualaikum..aku kat timur tengah skang ni baru jer lepas semayang asar..so entry ni memang kena la ngan aku sebab aku yang lepas asar, korang kat Msia dah malam daa pon..haha..tapi takpe, semoga entry ni dapat bagi manfaat kat aku dan jugak kepada korang semua..

Korang mesti selalu sangat dengar orang2 tua berpesan, jangan amalkan tidur selepas asar..pasal ape? sebab dikatakan boleh menyebabkan jadi gila bile cukup 40hari..ni aku nak citer kat hangpa suma, ape yang tuk nenek kite cakap tu memang betul..amalan tidur selepas asar ini disebut sebagai 'علامة الجنون' dalam bahasa arab..maksudnyer tanda2 orang tu nak jadi gila

Disebut oleh ulamak2, gila tu akan terjadi dalam pelbagai keadaan..gila bukan semata gila tapi akan menyebabkan kekacauan dalam idup seseorang..mungkin akan jadik pemalas, boleh jadi pemarah dan sebagainyer..

Yang kedua adalah, bagi anak2 dara khususnyer dan bagi seluruh pompuan am nyer, korang jangan la sesekali amalkan tido selepas asar sebab akan ada makhluk laen yang akan gigit paha korang..kalu tak caye, cuba try test tengok cane..

Aku buat entry ni sebab amalan tido petang ni dah jadik rutin harian bagi aku dan geng2 yang len..bagi cik adik dan cik kak yang pernah kena gigit tu, cube la elak tido lepas asar ekk..gigitan tu kan tinggalkan kesan, maka jage2 lahh..k, gudluck




Saturday, July 9, 2011

kisah Ajoi

Hai assalamualaikum...hari ni 9 julai kan..suma orang duk pakai baju wane kuning..syabas kepada yang turun untuk menghadiri himpunan 'BERSIH'...aku yang duk jauh ni, doakan korang sentiasa mendapat rahmat Allah..semoga perjuangan kite ni kan mendapat balasan di sisi Allah Taala..

okeyh, seperti yang tertera kat tajuk entry ni..aku nak kongsi tentang kisah seorang yang bernama ajoi..sebelum ni kite selalu dengar tang citer pak kadok, mat jenin dll..tapi ai ni der citer pasal ajoi...



1. Ajoi Bersedih

Ajoi: (sambil menangis) Wak, mak aku dah meninggal..

Sumardi: Aku turut bersedih bro..

Kemudian handphone Ajoi berbunyi, dia mengangkat kemudian dia menangis semakin kuat

Sumardi : Kenapa Joi?

Ajoi: Kakak aku telefon, mak dia pun meninggal…
................................................................................................

2. Ajoi dan wife tersayang

Ajoi: Yang, abang dah jemput kawan abang si Pancis dan awek dia datang ke rumah untuk makan malam ni.

Wife Ajoi:  Abang biar betul, rumah kita bersepah, pinggan tak cuci, baju pun bersepah belum basuh dan saya tak pandai masak makanan yang sedap.

Ajoi: Iyer, abang tahu sangat tu..

Wife Ajoi: So, naper abang ajak diaorang datang?

Ajoi: Abang nak suruh Pancis fikir dulu sebelum bernikah..
...............................................................................................

3. Ajoi dan baby

Wife Ajoi: Bang…! baby kita makan suratkhabar tu!

Ajoi: Suratkhabar yang mana?

Wife Ajoi: Yang bawah meja tu la bang..

Ajoi: Ohhh.. tu takpe…. tu suratkhabar lama, abang dah baca..
...................................................................................................

4. Ajoi dan anaknya

Sumardi: Anak aku kalau kirim email mesti aku kena buka kamus..

Ajoi : Wah dasyatnya anak ko mesti speaking London..

Ajoi: Anak aku lain pulak, kalau dia kirim email mesti aku kena buka dompet..


Thursday, July 7, 2011

Cari pasangan untuk membimbing

okeyh..assalamualaikum..pe kaba korang? kabar dari aku plak, kaki terseliuh ckit...abis jer exam, kira bajet nak maen sampai tak ingat dunia la kate ko..alih2 kaki plak terseliuh...ckit jer la, jangan isau..

Tajuk entry ni nampak len macam kan..haha..jangan la korang kate aku dah tergeliat nak kawen plak..entry ni aku buat sebab aku tak puas hati ngan junior aku...memang aku rase dia kuang ajar sebab tak bagi can kat aku untuk menjawab soklan2 dia..haha..junior mesti hormat senior..ingat tuu

Bercakap pasal 'pompuan yang baek adalah untuk lelaki yang baek'...korang mesti setuju ngan ayat ni..yess aku pon setuju tapi ada sedikit perbahasan yang mane aku ckit pon takde niat nak belakangkan ayat tadi..bagi aku, dah betul la Allah pasti jodohkan hambaNya yang soleh ngan pasangan yang soleh..and kite pon disarankan untuk mencari pasangan yang memiliki agama...

Aku nak ambik ckit kate2 dari ustaz azhar, bagi seorang lelaki yang memiliki asas agama..ataupon lelaki yang berada atas jalan dakwah, sepatutnyer dia kena cari pasangan yang dapat dibimbing..maksudnyer, klu suma ustaz2 nak kawen ngan ustazah2, maka siapa yang kan kawen ngan pompuan2 kat lua sane? itu lah hujah aku..

Tapi junior aku plak asyik duk ulang, "Allah dah buat elok2"...jalan dah ader, ikut jer laa..." bagi aku, mungkin dia tak nampak hujah aku dalam konteks dakwah...mane yang rosak, kite perbetulkan..mane yang dah baek, perelokkan lagi...bukan nyer aku nak suh korang cari pelacur tuk wat isteri...tu dah jadi kes laen..atas kemampuan korang la, jangan ikut nafsu plak ekk..

Aku harap ko bace la entry ni, aku tetap ngan hujah aku yang satu...lagipon ko hanya bagi hujah fakta tanpa ada ulasan..ini aku tak terima..haha..k, itu jer tuk kali ni..babai

Wednesday, July 6, 2011

Hari Last Final

Hai assalamualaikum..lama tak jenguk blog ni, kesian plak kat diri sendiri..semalam kitorang dah habis exam..so, semesti nyer sangat hepy coz ni lah final exam untuk kitorang..klu de rezeki, insyaAllah and tolong doakan kami kan mendapat kejayaan, lepas tu kami dah dapat balik terus ke Malaysia...waaaa!! x soba bdooh doh nihh

ok, malas nak upload banyak2..ni jer yang aku nak tunjuk..tu pon aku dah resize supaya xder la lembab sangat gerak kerja aku..tambah2 ngan line tenet yang ntah ape2..