Monday, August 5, 2013

Ketika den termenung..

Tak semua yang kita mahu akan menjadi milik kita.. 

“kita merancang, Allah taala juga merancang, 
namun Allah taala adalah sebaik-baik perancang”

Kadang-kadang kita merasakan ianya yang terbaik untuk kita, namun hakikatnya kita takkan tahu sehingga lah tiba saatnya.. mungkin Allah nak kita sedar dan bermuhasabah balik dengan apa yang telah berlaku.. 

Alhamdulillah urusan PLKN den dah hampir nak selesai.. semalam bertungkus lumus sepanjang hari untuk siapkan borang dan surat sokongan..siap packing, terus pos ke “Kementerian Pertahanan”.. sekarang ni tinggal borang sokongan kedua yang belum diserahkan.. insyaAllah hari ni jugak den nak selesaikan.. semoga dipermudahkan..

“ehh.. ehh!.. umur den sebenarnya dah tua daa pon..jangan la ingat den ni baru abis spm.. den terima tawaran PLKN ni masa form6 lagi, tapi sebab masa tu den tengah sibuk nak exam, terpaksa tangguhkan.. setahun kemudian, den dah pon selamat sampai kat “overseas”, hakk ppui..oversea lahh sangat..  lagi sekali den terpaksa tangguhkan..

Habis study kat tempat orang, den terus balik..sambil tanam anggur kat kampong, ade la jugak tertanya2 bila la agaknya pihak plkn nak panggil den..tunggu punya tunggu sampai lah den dapat kerja kat Klang, tak lama den dapat plak tawaran kerja kat Kelantan..

Ape lagi, terus den letak surat resign kat meja tuan pengarah kat tempat den kerja.. dapat tak dapat, hari tu jugak den balik Kelantan, pasal esoknya kena p ambik surat tawaran, minggu depan masuk kerja.. So sampai sekarang ni la den kerja kat situ.. gaji tak seberapa, tapi ok la sebab duk kat kampung, and den pon masih bujang lagi..ngee~

Tiba-tiba tak disangka plak, minggu lepas surat PLKN sampai kat tangan den..haduii..tetiba jer perut den jadi sakit, sebab memang den takde plan pon pasal ni..kena ambik cuti tanpa gaji plak tu.. selidik punyer selidik, baru la den tahu, rupa-rupanya pihak plkn dapat detect kedudukan den melalui tarikh mati passport..patut lorh..

Dalam masa 2 mngu den kena siapkan borang dan surat sokongan untuk penangguhan serta pengecualian..korang tolong la doakan untuk den nehh..plizzz sangat2 :-(



No comments: