Tuesday, August 6, 2013

nape lah hati den ni kotor sangat.. :-(

“Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”

Selama kita hidup, terlalu banyak persoalan yang tak mampu kita rungkaikan..dan adakalanya dah pon jelas jawapannya, tapi terlalu susah untuk ditelan seandainya ia hakikat yang sangat pahit untuk kita..

Apakah ujian paling besar yang pernah diterima?

Ramai yang beranggapan dan mengaitkan ujian besar dengan sesuatu yang bersifat kehilangan, kegagalan, kedukaan dan kesedihan yang berlaku kepada diri sendiri. Malah ada yang penuh yakin, berani dan dengan bersahaja berkata, “ setakat ini saya belum diuji. Semuanya kelihatan biasa-biasa sahaja”.

Dan mungkin tiada yang akan mengatakan “ujian paling besar adalah ujian tidur. Ketika muda, saya gagal bangun solat subuh atau ketika dewasa saya gagal untuk solat berjemaah di masjid.” 

Kenapa? Bukankah Solat yang akan dihisab terlebih dahulu. Ia sepatutnya menjadi isu yang paling besar.

Namun realiti kehidupan kita tidak begitu. Solat bukan sesuatu yang terlampau dijaga. Jika berkesempatan, barulah kita akan ke masjid. Jika tidak memadailah dengan solat di ruang pejabat atau di rumah sahaja. Malah mungkin ada yang secara terus-terusan meninggalkan solat lima waktu yang menjadi teras utama mereka yang mengaku beragama Islam.. kalaulah kita semua dapat berfikir dan mengambil iktibar bahawa jika orang dewasa pon tidak menganggap solat sebagai sesuatu isu yang besar, agaknya apalah yang boleh diharapkan daripada anak muda.

......................................................................

Berkali-kali den baca artikel ni, den cuba mengharapkan rasa insaf dan ingin bermuhasabah kan timbul kat dalam hati. Tapi sayang, hati den terlalu kotor untuk merasai perasaan sebegitu.. 

“Ya Allah, tujuan ku menulis hal ini bukan lah untuk mendapat habuan dunia, tapi ku memohon padaMu ampunkanlah segala dosaku, sucikanlah hatiku yang semakin menghitam ini ya Allah. Ku memohon padaMu ya Allah!” :-'(

No comments: