Sunday, December 13, 2015

# Selamat Bertunang

Assalamualaikum..

Dalam islam, kita diajar untuk "sembunyikan pertunangan, hebahkan perkahwinan".. tapi xda la sampai jatuh hukum haram.. sebab tu aku berani nk cerita kat sini..huhu

Dalam famili, bermula drp ayah sendiri memang semuanya berkahwin lewat.. sampai kakak aku pon kawen umor 31 tahun.. mak pulak siap bagi arahan jangan langkah bendul, jadi terpaksa tunggu sorang demi sorang..

Maka bertarikh 12/12/2015, salah seorang daripada susunan keluarga aku akhrnya selamat melangsungkan pertunangan dengan pasangan pilihannya.. tahniah dan beribu tahniah.. yang tak best nyer, agak jauh sikit untuk kali ni iaitu di terengganu..

Dulu aku selalu dceritakan tentang keburukan perangai orang terengganu, sampai tersemat di celah hati untuk tidak mencalonkan orang terengganu sbg isteri.. dan Alhamdulillah setakat ni xda jumpa lagi lah orang terengganu yang aku berkenan..

Dan insyaAllah bulan mac 2016 nanti majlis perkahwinan bakal diadakan.. doakan yang terbaik untuk pasangan ini semoga dikurniakan jodoh yang panjang, maka insyaAllah kita semua akan terkena tempias keberkatan itu nanti.. barakallahu lakuma

No comments: