Saturday, February 9, 2013

cito legend..

assalamualaikum..

selamat bercuti ku ucapkan tuk korang suma.. seminggu cuti dapat la lepaskan ketensionan yang dah semakin membengkak dalam kepala aku ni.. dan aku lebih memilih untuk berada di rumah dan bersama ngan family berbanding nak p ronda kat mane2..

erm, antara hobi aku sejak dulu2 memang suke tengok movie or drama..dan minggu lepas baru jer abis satu drama 'setia hingga hujung nyawa'.. korang pon suke tengok jugak kan..hehe..aku rase citer ni ending nyer agak best berbanding citer legenda budak setan..

cube perhatikan, antara dua cerita ni ada sedikit perbezaan.. legenda budak setan lebih kepada pencarian mencari cinta sejati walaupon watak 'ayu' dah berkahwin pada masa tu.. tapi dalam citer 'setia hingga hujung nyawa' ni, watak 'el' lebih memilih untuk setia bersama suami walaupon sering didera dan diseksa sehingga lah dia menemui cinta dalam diri suaminya..

so amacam, kedua2 citer ni memang legend bagi aku dan mungkin jugak bagi korang2 kat luar sana.. bukan ape, kadang2 kita ni mudah terpengaruh ngan citer2 yang ditonton sehingga terbawak2 dalam dunia realiti..

sampai ade yang tersebar kat facebook pasal komen seorang gadis yang berada dalam keadaan dilema disebabkan citer 'setia hingga hujung nyawa' ni.. adakah dia patut melanjurkan diri supaya akan bertemu lelaki yang baik2..sebab dalam citer ni, watak 'zain' akhirnya menyesal di atas perbuatannya yang selalu memukul dan mendera 'el' dan dia pon berubah menjadi seorang suami yang sangat2 penyayang..

jadi untuk skg ni, buleh la ushar2 mane yang berkenan dan bawak la kisah cinta korang ke jinjang pelamin.. jangan la berjanji bagai , duk bawak anak dara orang keliling satu malysia ni, alih2 putus sekerat jalan.. jangan la merosakkan orang laen kalu taknak diri sendiri dirosakkan..


No comments: