Saturday, March 23, 2013

Hidup Tenang dan Bahagia

Assalamualaikum, hai

Selamat bercuti ku ucapkan buat korang semua.. aku plak walaupon sekolah cuti, tapi masih ada lagi kelas untuk pelajar-pelajar yang lemah dalam hafalan masing2.. tujuan kelas ni diadakan pon bertujuan untuk menaikkan semangat mereka.. so, terpaksa lah aku mengorbankan masa cuti demi anak2 murid yang dikasihi.. hehe..aku kan cikgu mithali~ bluekk

Walaupon aku ni mudah senyum kat orang, tapi sejak dua menjak ni ketenangan dan kebahagian tu macam takde.. macam ade sesuatu yang yang tak kena.. sebab tu lah, ketenangan ini sesuatu yang subjektif..sukar digambarkan dengan kata2.. tekanan kerja selalu membuatkan kita makin stress..so, di manakah kebahagiaan.. memiliki kekasih hati kadang2 membuatkan kita merasakan seolah-olah dunia ni milik kita..merasakan kebahagiaan yang teramat..namun ada ketikanya, kita tenggelam dalam kesakitan dan keserabutan yang menggila disebabkan kekasih hati kita.. di mana kebahagiaan yang sebenarnya??

  " Sebuah desa yang dikelilingi oleh pemandangan sawah yang hijau nan terbentang luas dan pergunungan yang indah. Hawa dingin yang segar sangat terasa, terutamanya di waktu subuh. Beberapa saat berkumandang azan subuh, bintang2 di langit sebahagian besarnya masih terpandang jelas oleh mata kasar, kelihatan kelibat seorang datuk berjalan menunduk di tengah sawah menuju masjid kampung.

  Berpakaian putih serta dilengkapi serban yang melingkar di kepalanya, sesekali ia akan menyalakan lampu picitnya untuk menyeberangi jalan dan sesekali ia harus pula mematikan untuk mengurangkan penggunaan bateri, kerana dikala itu elektrik belum masuk ke desa. Hidup masih serba kekurangan.

  Dirasakan datuk itu begitu menikmati suasana subuh, dikala insan lain masih terlelap dalam tidur nyenyaknya, ia begitu bahagia menikmati masa tuanya sambil mendekatkan diri kepada Allah. Saya menyaksikan cahaya kebahagiaan memancar pada wajahnya setiap kali selesai menunaikan solat subuh, sebuah ibadah yang mamiliki pahala besar..

  walaupon hidup dengan serba sederhana, tidak ada televisyen, motosikal tidak mampu dibeli apalagi kereta2 mewah.. tetapi ketenangan dan kebahagiaan jelas terlukis di wajah nya..

Firman Allah Taala, " ketahuilah, hanya dengan berzikir mengingati Allah jiwa akan damai dan tenang. "

sebagai akhirnya; dirikan solat, hidup menjadi tenang dan bahagia..

No comments: