Monday, August 25, 2014

Berdoa lah..

Assalamualaikum

Firman Allah Taala, "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu." sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan dimasukkan ke neraka jahanam dalam keadaan hina."

Kadang2 dalam seharian hidup kita, kita memandang rendah kelebihan berdoa..kita lebih mengharapkan pertolongan sesama makhluk berbanding kita bergantung harap kepada Allah.. Bila kita tertekan, kita lebih suka memilih untuk lakukan sesuatu yang boleh buat kita terhibur, yang tentunya perlakuan itu langsung tak memberi faedah kepada kita..den bukan nak mengata orang, sebab den sendiri pon melakukan perkara yang sama..

" Doa adalah kunci segala hajat, penghibur orang miskin, pelindung orang kesempitan dan pemberi ketenangan buat manusia yang berkeinginan"..

Minggu lepas family den terkejut bila tiba2 ayah den beli cd dangdut..hairan bin ajaib..tetiba berubah, klu masa den kecik2 dulu memang haram la nk dengar lagu dangdut, dapat tengok tv pon kira bertuah dh tu..ni siap beli cd lagi.. Bile ditanya, kenapa sampai sanggup beli? Jawapan mudah, sebab nak cari ketenangan hati.. Masing2 mengeluh, "alahai, ape nak jd ngan ayah aku nih"..hakikatnya, memang ramai antara kita akan mencari hiburan ysng kadang2 agak melampau demi mengubat hati yang tak tenang..

Allah memberi pilihan kepada hambaNya, nak kepada kebaikan atau kpd keburukan.. Sunyi atau hati yang tak tenang bukanlah masalah besar, tapi tindakan kita yang selepas itu lah yang jd masalah sebab kadang2 ianya akan memberi keburukan kepada kita..bukankah mendengar alunan quran itu lebih dari mendengar nyanyian, bukankah berkongsi cerita dengan seseorang itu lebih baik daripada mencari hiburan yang tidak berfaedah, malahan langsung tidak sesuai dengan usia kita yang telah lanjut..

Allah bagi ujian, nak tengok bagaimana hambaNya mengatasi masalah yang dihadapi..terpulang samada nak pilih jalan kebaikan atau keburukan..

No comments: