Thursday, August 28, 2014

cerita Siapa Lebih Hebat

Terdapat satu mangga di pintu gudang.

Tukul besi yang merasakan dirinya paling hebat di dunia cuba memecahkan mangga tersebut.

Tukul cuba memukul mangga dengan pelbagai cara, mangga sekadar kemek sedikit tapi masih terkunci.

Datang pula gergaji berlian. Gergaji suruh tukul ke tepi. Dia berkata giginya boleh memotong apa sahaja.

Setelah berjam cuba, giginya menjadi tumpul, mangga pula hanya tercalar.

Tetiba muncul satu besi yang usang, badannya kecil, kotor, bergigi tak molek dan nampak rapuh.

“Biar saya cuba,” katanya kepada tukul besi dan gergasi berlian.

Tukul besi dan gergasi berlian ketawa terbahak-bahak, kata mana mungkin si besi karat ini nak berjaya sedangkan mereka berdua pun tidak.

Si besi kecil memasukkan dirinya ke dalam badan mangga dan putar. Mangga terus terbuka,

“Bagaimana kamu dapat melakukannya?” tanya gergaji berlian dan tukul besi.

“Kerana saya tahu isi hatinya,” jawab si besi kecil.

Siapa nama kamu?

“Saya Kunci,” jawabnya.

Wahai anakku,
Janganlah sesekali kamu merasakan diri sendiri hebat dan memandang rendah pada orang lain. Banyak masanya kamu terlalu cepat membuat kesimpulan hanya untuk menyesal di kemudian hari - kerana perkara yang kamu kritik hari ini sebenarnya ialah perkara yang betul di masa hadapan. Dan begitulah sebaliknya. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku, cuma kadang-kala kamu tidak dapat melihat pada waktu ianya berlaku kerana Allah ada perancangannya tersendiri.

No comments: