Saturday, July 10, 2010

We r The Champion..

    dari kiri: amiyo, matyi, merong, wapi, AKU, pokcek, paih 
                 dan unjai

hai uat suma yang mengenali..
             hari berganti hari, minggu berganti minggu dan akhirnye bulan berganti bulan, sekali lagi AKU and the geng mengukir sejarah yang cukup2 manis buat kami semua setelah berjaya menjuarai Kejohanan Piala Exco 2010 untuk buat kali kedua berturut-turut..tahniah untuk diriku, rakan se Team dan terima kasih jugak kepada kawan2 yang lain kerana sentiasa memberi kami semangat untuk berjuang sehinnga kejayaan ini dicapai..

          laluan kami menuju ke final tidaklah terlalu sukar kalau nak dibandingkan dengan Team Mexico yang menjadi naib johan dalam perlawanan ini..namun kami membuktikan kemampuan kami di final dengan agregat 4-4...secara jujur,AKU yang berperanan sebagai lastback sepanjang kejohanan ini berlangsung ingin meminta maaf ngan rakan2 yang len kerana banyak melakukan kesilapan sehingga team lawan mampu menekan kami di minit2 terakhir..dua kesilapan bejaya dimanfaatkan team lawan menyebabkan kami hampir2 berputus asa kerana ketika itu kedudukan kembali menjadi 4-3, namun akhirnyer keuntungan berpihak kepada kami setelah pertahanan mereka sekali lagi membuat kesalahan, dan keadaan kembali terikat 4-4..

          Dengan team yang dinamakan sebagai Honduras dan jersi bertemakan kilauan warna oren, kami menampilkan cara permainan, cara menjaringkan gol dan pelbagai lagi cara2 yang menjadi teladan utk suma sahabat2 bahawa selagi ada kemampuan, selagi ada ruang..ayuh kita sama2 berjuang sebelum tibanya titik noktah, sebelum ditiupkan wisel penamat, selagi itu kemenangan pasti menjadi milik kita..
                      
sebelum berpisah, sekali lagi tahniah kepada team oren, dan kepada kawan2 yang lain, akan kami nobatkan kemenangan kami adalah kemenangan kite bersama..MAJULAH SUKAN UNTUK ...???WASAA!!!

No comments: