Wednesday, December 22, 2010

kenapa awak 'tak rogol' saya??

Assalamualaikum..hai pe kaba abang2, akak ikik n adik2..
    
    Ngan satu niat, klu boleh nak jugak update tang blog ni ari2, tapi xdapet..xtau la nape,tulis ckit jer jadi serabut, tulis ckit jer, ade la benda2 laen yang nak kena buat..alih2 naik katil, tido ag best..huhu

    So, ai ni tertarik la nk kisahkan di sini tang satu citer yang ntah betul ke tidak kesohehannya...opkos de kena mengena ngan tajuk kat atas..korang jangan la pk aku bukan2..xbaek..ish, ni mesti dah umpat aku kan!!! aku pon satu, lupa nk explain sal tajuk tadi...k, ni citernye ~


 Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. 

 Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. 

 Disebabkan hari yang agak sudah lewat,berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan. 

 Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. 

 Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya. 

 Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia lalui semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. 

 Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. 

 Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut padahal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan  (sebelum lelaki tadi di bawa ketempat lain). 


Dia pun tanya perogol itu.. 

 “Why don’t you do anything to me on thatnight even though you know that I’m alone?”

Perogol tu jawab: 

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.” 

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu. 


  p/s: sebelum korang blah dari blog aku ni, just satu pesanan..wlupon citer ni simple n mungkin jugak ade yang langsung xterkesan ngan pe yang aku citer td..amik la pngjaran wlupon sket..k babai..


Usah gelisah apabila dibenci 
manusia karena masih
banyak yang menyayangimu di dunia, 
tapi gelisahlah
apabila dibenci Allah karena tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat.

No comments: