Friday, December 10, 2010

Sayyidul Ayyam


Assalamualaikum and semoga kite suma terus hidup di bawah rahmat Allah Taala..Amiin ya Rabb

    Suma orang tau yang hari ini bertanggal 10 dicember 2010 jatuh pada hari jumaat..hoho!! dah name ujung minggu,xder keje nak buat,aku meng'search' artikel2 yang menarik..terjumpa artikel sal keistimewaan hari yang dipanggil 'sayyidul ayyam' ni..

    Antara peristiwa yang telah berlaku pada hari jumaat adalah diciptakan oleh Allah Taala akan nabi Adam, pada hari itu juga ia dimasukkan dalam syurga, dan pada hari itu juga ia dikeluarkan darinya.Nabi Allah Muhammad s.a.w ada bersabda yang bermaksud:

"Sebaik-baik hari yang matahari terbit pada hari berkenaan ialah hari Jumaat."

    Telah disebut oleh ulamak2 tentang satu keistimewaan hari jumaat iaitu 'waktu mustajab'. Mengenai waktu mustajab ini Baginda s.a.w. ada bersabda:

"Malaikat Jibrail r.a., telah datang kepadaku, sedangkan di tapak tangannya ada satu cermin putih. Ia berkata: Ini adalah hari Jumaat, yang telah disediakan untukmu oleh Tuhanmu, untuk menjadi satu hari raya bagimu dan umatmu selepas kau. Di tengah-tengah cermin ini ada satu titik. Aku (Muhammad) bertanya: Titik apakah ini? Ia menjawab: Ia adalah satu saat daripada dua puluh empat jam, barang siapa berdoa kepada Allah taala pada saat itu, nescaya Allah s.w.t. memperkenankan permohonannya. Ia (Jumaat) adalah penghulu semua hari."

    Pada asalnya, telah dijelaskan oleh ulamak akan tidak ada ketetapan masa 'waktu mustajab' ini secara khusus, namun terdapat perbezaan pendapat di antara sebahagian ulamak..

    Dalam sebuah hadis daripada Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a. beliau telah berkata bahawa Abdullah bin Umar r.a. pernah mendengar Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa waktu mustajab berkenaan ialah antara duduknya iman di atas mimbar sehinggalah sembahyang sempurna dilakukan.

    Terdapat hadis lain menyatakan bahawa Baginda s.a.w. ada menjelaskan bahawa waktu tersebut ialah selepas waktu asar pada hari berkenaan. Barang siapa berdoa dan menepati waktu tersebut, maka Allah akan memperkenankan permohonan berkenaan.

 Ape2 pon, semoga kite suma leh hargai pe yang dikurniakan Allah kpd hamba2Nya..bnyak2kanlah bersyukur ngan pe yang kite dapat hari ini..babai

No comments: