Saturday, April 27, 2013

"saya tak bahagia"?

Hai assalamualaikum...  kaifa halukum jami'an? sihat sokmo neh insyaAllah..

Pertama sekali aku nak ucapkan time kasih kepada mana2 antara korang yang pernah bersama aku tak kira secara zahir mahupon melalui alam dunia di hujung jari ini, yang selalu bagi support dalam segenap segi, di saat diri ini sangat2 lemah, ada yang bersimpati dan pasti ada yang hanya memerhati dan akhirnya berlalu pergi..time kasih banyak2..

Benda pertama yang aku dapat hari ni, mesej dari seorang sahabat yang sangat2 dihormati lagi dikasihi..cewahh.. haha.. dia bercerita tentang kebahagiaan.. lama aku duk perhatikan mesej ni, terfikir sambil mengeluh.. cane eh nak tolong? aku pon kurang mahir sebenarnya, tapi dah kawan sendiri yang mintak tolong, insyaAllah akan kuusahakan hingga ketitisan darah yang terakhir..hehe

Sebelum ni pon aku pernah bercakap mengenai kebahagiaan, bahagia adalah sesuatu yang subjektif.. bukan mudah untuk dicari kerana ia bermula dari diri kita sendiri.. hati tak tenteram bermakna ada sesuatu yang tak kena yang telah kita lakukan.. Kita yang menentukan kebahagiaan kita sendiri dan bukannya orang lain..

Ada satu petikan dari blog seorang sahabat ;
       "Kebahagiaan bergantung kepada keputusan kita sendiri untuk bahagia.. Jadi kebahagiaan adalah suatu keputusan.. Bila dan dimana saja kita dapat memutuskan untuk berbahagia atau tidak."

Senyumlah sepuas-puasnya, berdoalah tanpa berputus asa, insyaAllah satu hari nanti kebahagiaan akan hadir dalam hidup kita.. sama2 kita berdoa

No comments: