Friday, June 29, 2012

Rancangan yang gagal

  Hai salam jumaat.. selamat berhepy bersama keluarga aku ucapkan untuk korang.. and pada minggu ni, kitorang adik beradik takde pegi mane2..duk umah je, masing2 sibuk kot..aku sorang agak nye yang tido hampir setengah hari tadi..

  klu mase study dlu, ari jumaat la hari yang paling buat aku letih..pasal ari jumaat, giliran aku masak untuk roomate..seminggu sekali jer pon..tp tu dulu la, skang dah abis blajar,dah keje dah pun..ade la tolong2 mak masak sikit2..huhu

  aku ade satu cerita yang nak kongsi ngan korang..citer ni ade kaitan ngan tajuk entri.. citer nyer ringkas tapi boleh uat korang senyum macam itik..haha..citer nye ceni ~

  Ade tiga orang pesakit mahu melarikan diri dari hospital sakit mental..mereka pun berpakat la nak keluar pada waktu malam, pukul pengawal, mencuri kunci dan terus melarikan diri.. ok set..tiba malam yang dijanjikan, mereka mula melaksanakan rancangan itu.. tiba-tiba mereka dapati si pengawal sedang tidur dan pintu terbuka. mereka berkata sesama sendiri, "rugi..rancangan kite gagal!"..muahahaha

Jum, aku dah siap nak maen bola petang ni..k, jumpa lagi

Thursday, June 28, 2012

Berkat Salam

  Hai salam.. untuk menyahut tajuk entri ni, arap2 sudi la korang jawab ek..huhu..sejak dari kecik, sampai la kite besar, adab memberi salam sangat dititik beratkan..

  Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
" Wahai anakku! apabila kamu masuk ke dalam rumah berilah salam. kamu dan ahli rumah akan mendapat keberkatan."

  Uapan salam adalah satu doa untuk kesejahteraan sesama muslim. Silaturrahim sesama kita juga akan bertambah kukuh..kalu nak taw betul ke tidak, cube2 la amalkan senyum dan ucapan salam.. xde rugi nya.. tq n babai.. selamat bercuti d hujung minggu bagi yang berada d pantai timur.. salam :-)


Wednesday, June 27, 2012

Tuesday, June 26, 2012

Orang Gagah

  Hai assalamualaikum.. korang taw tak ape nafsu ammarah? ia bermaksud sifat marah yang pada semua makhluk..tak kira laki pompuan, semuanya memiliki sifat ini..cuma yang membezakan adalah bagaimana seseorang itu mengawal sifat tersebut..
 
  Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"bukanlah orang gagah itu, orang yang kuat bertinju. akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah."
 
  Kawallah kemarahan dengan sifat sabar. sesungguhnya sabar itu separuh, atau sebahagian daripada iman.
 
  Atau berdasar pengalaman aku, sifat marah akan kalah apabila dua individu yang memiliki sifat ini bertemu..dua2 tak mau mengalah, tak ke bangang jadinya..haha

Monday, June 25, 2012

Antara rupa dan hati

  Salam..rupa merupakan sesuatu yang dapat dilihat, sedangkan hati merupakan benda dalaman yang sangat sensitif..hanya Allah dan tuan hati tu sendiri yang tau ape yang ada dalam hati tersebut..

  Untuk menjelaskan ape yang ku katakan, Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu". (riwayat Muslim)

  Hadis ni selalu kite dengar mase zaman2 sekolah dulu..dan hujah ini jugak dijadikan sebagai senjata bagi seseorang, bile menerima kutukan mengenai rupa parasnya..cer korang flashback balik, mungkin korang pun pernah guna hadis ni sebagai senjata..haha

  Pengajaran dari hadis tadi, jika hati dan jiwa itu bersih dan tidak berpenyakit, maka dengan sendirinya wajah menjadi berseri-seri.

  Kat sekolah tadi, aku ade 4 slot bersama pelajar..salah satu kelas, aku ajar dorang subjek Qiraat..memandangkan waktu dah tengahari, kelas tu plak berlangsung selama sejam, budak2 pun dah macam2 perangai, almaklum la tngahari..aku pun terfikir untuk uat dorang gelak gile2 cikit, aku pn tanya
"sape antara korang yang takde gelaran? maksudnye yang betul2 suci sampai xde orang nak mengata tentang dia.."

  Jawapannye, xde sorang pun yang boleh terlepas..huhu..daripada 20 org pelajar, setiap orang pasti ade name ejekan dari kawan2.. ade yang kena panggilan buruh, mata tiga, monyet, kuda dll.. dah habis gelak,baru la aku sambung balik menghajar diorang. :-)

  Ok, selamat beramal and jumpa lagi ep..salam

 

Sunday, June 24, 2012

Bergantung kepada orang laen

  Hai salam..ape kaba korang? sihat2 je kan..alhamdulillah.. "bergantung kpd org laen".. betul atau tidak, sukar untuk dinafikan kenyataan ini..

  Drp Abdullah bin Abbas r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
'janganlah bergantung kepada manusia walaupun dengan alat pembersih gigi' (riwayat al-haithami)

  Aku sendiri pun baru 1st time dengar hadis ni.. dinasihatkan, usahlah kita hanya mengharap bantuan sesama manusia dengan mengetepikan usaha sendiri. yang paling penting kite mesti berusaha, kemudian berdoa yang disertakan dengan tawakal..

  Dari pengalaman aku mase belajar dulu, rase nye dah terbalik.. kitorang tawakal dulu, berdoa dan barulah usaha..huhu.. mungkin step nyer jer yang salah,tapi 3 asas kejayaan tu tetap ada dalam diri kami..haha.. k jumpa lagi :-)