Friday, January 11, 2013

senget..

assalamualaikum..

mood : senget!

semalam terbaca satu entri yang ssangat membuatkan hati ku tersentuh.. huhu.. sabar neh.. semoga Allah tetapkan hatiku sentiasa di atas jalan agamaNya..ameen!

situasi aku time hujung minggu ceni membengongkan aku..hehe..mane tak nye, selang 3 minit mesti ada ibu bapak yang nak jumpa..mintak outing la..mintak nak balik umah la..demam la.. arghhh!

untuk lebih mudah, dengar jer orang bagi salam..just jawab dalam hati, slow kan volume tv dan wat2 pekak..haha.letih la do nak layan semua orang.. taknak!

dan antara berita hangat yang berlaku hari ni, mengenai masalah adik angkat abang angkat.. rimas la..sampai budak tu hampir2 nak keluar dari sekolah.. alahai, tapi citer ni insyaAllah aku citer kat entri yang akan datang neh..

kbai..

ugoh!


salam jumaat..

erm.. perkara yang cukup merunsingkan aku skang ni.. tu lerr, kecik2 taknak belajor..bile dah besor memang menyusahkan orang..hadui

ketika di masjid tadi, bilamana imam membaca surah sajdah.. imam tersebut telah sujud sajdah sebelum sampai pada ayat yang sepatutnya.. persoalan, adakah solat itu sah? cane nak jawab.. dari ilmu yang aku ada, masalah ini berkait dengan masalah penambahan rukun.. tapi ketika itu, tanpa bukti atau dalil yang kukuh, ape aku nak jawab!

so, untuk memenuhi kekhilafan yang ada..aku suh semua pelajar mengulangi sembahyang diorang.. walaupon ade yang enggan mengulangi, dorang ade sebab tersendiri..

maka terpaksa lah aku bertafakur sejenak.. teringat satu persoalan yang pernah ditimbulkan mengenai masalah ini pada suatu ketika dulu.. jawapan nya adalah tidak sah seandai kita mengetahuinya.. nas ini diambil dari kitab 'sabilalmuhtadin' ;

"jika sujud ia dahulu daripada sempurna ayatnya, jikalau dengan satu huruf sekalipon tiadalah sah sujudnya, kerana belum masuk waktunya.."


p/s: menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim

Wednesday, January 9, 2013

Tuesday, January 8, 2013

terkenang kat cikgu2

assalamualaikum

baru skang aku sedor bahwa kejer sebagai warden ni tidak semudah yang disangka.. huhu.. nak kena pujuk, nak kena kejar dorang tiap2 malam..bile pagi, nak kena kejutkan dorang..bile dorang mintak tolong, tak boleh nak tolak2..

bile fikir balik, begini lah kot kehidupan guru2 time aku belajar dulu.. mase tu guru silap sikit jer, mesti pelbagai tohmahan yang dilemparkan kat belakang.. dah konfem memang takut nak mengata depan2..hehe

hari ni plak 1st time aku masuk mengajar untuk sesi 2013.. sedang asyik bercerita, ade la sorang budak ni menanyakan bagaimanakah akhlak guru2 semasa aku masih menuntut di Maahad Tahfiz.. rase nak nanges jer bile dengar soklan tu.. jasa guru takde bayarannya dik ..terlalu mahal untuk diluahkan dalam bentuk material.. tanpa guru siapa lah kita..


Monday, January 7, 2013

bosan nehh..

assalamualaikum..

mood : bosan

meh aku kongsi satu citer ngan korang nehh.. walaupon citer ni dah lama, ade aku kisah! ngeh3.. gurau jer laa



dua orang sakit mental sedang duduk sambil berbual :

Arash : semalam aku tengok dalam mimpi yang aku balik kampong dengan berjalan kaki!

Bakhtiar : dan aku tengok dalam mimpi aku bahawa aku berada di hadapan satu hidangan yang dipenuhi dengan daging, ikan, kuih dan buah-buahan!

Arash : kenapa kau tidak hubungi aku untuk makan sekali?

Bakhtiar : aku sudah hubungi kau melalui telefon, mereka kata kau balik kampong!

kbai.. :-)

Sunday, January 6, 2013

"ahlan wa sahlan"

assalamualaikum

pertama sekali aku nak mintak maaf kalau ade dikalangan korang yang terase ati ngan mane2 entri kat dalam blog cikai aku ni..maaf atas segala ketelanjuran..sebetul nye aku memang takde niat nak sakitkan hati mane2 pihak.. sowii neh J

okeyh.. untuk kali ni aku nak citer pasal sambutan pelajar baru ke sekolah kami.. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar.. ibu bapa pon ramai yang bagi support kat kitorang.. ramai yang memahami kelemahan kitorang.. mekaseh banyak2..

dan seperti yang sebelum2 ni, ade la beberapa pihak yang cuba dan seakan2 langsung tidak mahu memahami keadaan sekolah kami yang cenggini.. kami cuma mampu mintak maaf.. segala kelemahan memang benar2 di luar bidang kuasa kami..

tapi kan, ade satu situasi yang kadang2 agak menyedihkan..huhu.. part kena pujuk adik2 ler.. bayangkan laki cam aku ni terpaksa memujuk budak2 supaya berhenti menangis..alahai kesian

eh terlupa plak, sebagai akhirnya ku ucapkan “ahlan wasahlan, wa marhaban bikum” kepada adik2 yang kiut miut..hehe

kbai.. J