Tuesday, January 8, 2013

terkenang kat cikgu2

assalamualaikum

baru skang aku sedor bahwa kejer sebagai warden ni tidak semudah yang disangka.. huhu.. nak kena pujuk, nak kena kejar dorang tiap2 malam..bile pagi, nak kena kejutkan dorang..bile dorang mintak tolong, tak boleh nak tolak2..

bile fikir balik, begini lah kot kehidupan guru2 time aku belajar dulu.. mase tu guru silap sikit jer, mesti pelbagai tohmahan yang dilemparkan kat belakang.. dah konfem memang takut nak mengata depan2..hehe

hari ni plak 1st time aku masuk mengajar untuk sesi 2013.. sedang asyik bercerita, ade la sorang budak ni menanyakan bagaimanakah akhlak guru2 semasa aku masih menuntut di Maahad Tahfiz.. rase nak nanges jer bile dengar soklan tu.. jasa guru takde bayarannya dik ..terlalu mahal untuk diluahkan dalam bentuk material.. tanpa guru siapa lah kita..


No comments: