Thursday, January 31, 2013

doaku untukmu..

assalamualaikum..

mood: syukur..

alhamdulillah di hujung minggu ni sempat jugak meluangkan masa bersama keluarga tercinta.. tapi ngan mak ayah jer laa.. bini lum ada lagi..hakhak.. just info, bukan nak promot okeyh..hehe

semalam dan hari ni, ada satu perkara yang bermain kat benak aku ni.. kenapa kita sering memilih perkara kehendak, dan menidakkan perkara keperluan.. kenapa kita tak sanggup berkorban demi kebahagiaan.. tapi kita lebih rela berkorban walaupun kita sedar akan menempuh penderitaan..

kita pilih agama kita kan bahagia.. pilih nafsu kita kan kecundang.. come on guys, pilihan terletak di bahu kita.. jangan sesekali mengalah, kerana kita masih memiliki Allah Taala yang Maha Mendengar..

hermm.. sampai bila kita nak ikut nafsu keng.. aku sendiri pon nakk sangatt berubah ke arah yang lebih baik..dah taknak buat benda2 lampau, tapi seringkali ku tertewas dek hasutan hawa nafsu..Allahu Rabbi..ku berdoa dan terus berdoa semoga dilembutkan hati dan dikuatkan iman..amiin

dan pada hari ini, kita sentiasa mengharapkan sesama manusia..sedangkan kita sering lupa bahawa kita memiliki Allah Taala yang Maha Pemurah.. kita merasakan seseorang itu begitu penting, dia lah segala2nya.. dia lah kawan terbaik, atau pasangan terbaik. tapi hakikatnya kita sedar bahwa tiada yang terbaik untuk kita dunia dan akhirat melainkan kita kembali mencari jalan keredhaanNya

ku berdoa semoga kita takkan sesekali melemah dan tunduk kepada kejahatan..cari lah kebenaran dan bersedia untuk menerimanya.. biar sakit di sini, jangan kita menderita pada masa hadapan..


p/s:  Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak mencintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.


No comments: