Monday, April 29, 2013

gwiyomi??

hai assalamualaikum.. selamat bercuti ku ucapkan buat diri sendiri dan kepada rakan2 seperjuangan sekalian..

cerita hari ni adalah mengenai fenomena gwiyomi..ape kebenda ntah..sampai bobo parodi pon sekali lagi mengeluarkan video mabuk nya..benci se benci bencinya...arghhh! amboi, garang nampak..hoho

sebelum ni riuh satu dunia mengenai tarian gangnamstyle sampai kt malaysia pon ramai makhluk yang trlompat2 dan terkinja2 menari mengikut tarian PSY..

So skang ni sekali lagi rakyat malaysia dilanda wabak tarian dari korea, yg diberi nama gwiyomi..sampai cik wawa zainal pon sanggup mencemar duli dan menyumbangkan wajahnya yang comel terlampau demi membuat aksi ini.. yang ni jer aku suka..muahaha

Tapi ada sedikit moral yang ingin ku kongsikan..perasan atau tidak kita terlalu menghargai dunia hiburan..terlalu obses dengan benda2 yang nyata ianya adalah satu dakyah yang sengaja ditonjolkan oleh yahudi dan konco2nya..dengan satu tujuan, ingin merosakkan pemikiran anak2 muda islam..

same2 kita pohon keampunan dan dijauhkan dari perkara2 yang melalaikan..amiin..

Sunday, April 28, 2013

Bila hati dah suka...

Hai assalamualaikum and salam sejahtera.. menjelang pilihan raya ni arap2 kita semua dikuatkan semangat oleh Allah Taala untuk sama2 kita berjuang di atas jalanNya..

Lagi2 status jiwang..ape ke hel ni..hoho.. saba noh, jangan nak melalut..mana ade jiwang, status normal jer tu.. tapi kalau korang nak tau memang aku ni agak jiwang jugak la.. Walaupon tak ramai yang suka lelaki jiwang ni, ade aku kisah! ngohngeh..

Tapi sekurang2 aku ada sebab untuk berperangai macam tu..hehe..apa sebabnya? biarlah rahsia.. So, bila hati dah suka, buatlah ape pon kita akan sentiasa hargai sesuatu benda tu keng.. Ibarat kalau kita minat pelakon Wawa Zainal, dia berlakon la citer ape sekalipon, kita tetap akan tengok..sebab ape? sebab hati kita dah suka..

ehh, takkan tak kenal kot wawa zainal..mak aih, nama 25 rasul pon ingat2 lupa, ada hati nak ingat nama artis..hadui~insaf!!  begitu la jugak keadaannya yang berlaku pada diriku ini.. Aku suke kat sorang kawan ni taw..suka ni bukan maen2, buleh bawak mati woo..hoho..tapi keadaan tak mengizinkan, mybe aku tak cukup handsome untuk dia..cewahh ayat sedey.. :-( 

walaupon mungkin kita takde jodoh, arap2 ade la kot..tengok tu, ape ni? tadi nampak macam pasrah, pastu macam tak rela pulak..arghh tensionn

hehe, jangan la marah..kita cuma berdoa dan mengharap.. ape pon, be hepy and be more strong.. thanks sebab menganggap diri ini sebagai seorang sahabat.. bebai

Saturday, April 27, 2013

"saya tak bahagia"?

Hai assalamualaikum...  kaifa halukum jami'an? sihat sokmo neh insyaAllah..

Pertama sekali aku nak ucapkan time kasih kepada mana2 antara korang yang pernah bersama aku tak kira secara zahir mahupon melalui alam dunia di hujung jari ini, yang selalu bagi support dalam segenap segi, di saat diri ini sangat2 lemah, ada yang bersimpati dan pasti ada yang hanya memerhati dan akhirnya berlalu pergi..time kasih banyak2..

Benda pertama yang aku dapat hari ni, mesej dari seorang sahabat yang sangat2 dihormati lagi dikasihi..cewahh.. haha.. dia bercerita tentang kebahagiaan.. lama aku duk perhatikan mesej ni, terfikir sambil mengeluh.. cane eh nak tolong? aku pon kurang mahir sebenarnya, tapi dah kawan sendiri yang mintak tolong, insyaAllah akan kuusahakan hingga ketitisan darah yang terakhir..hehe

Sebelum ni pon aku pernah bercakap mengenai kebahagiaan, bahagia adalah sesuatu yang subjektif.. bukan mudah untuk dicari kerana ia bermula dari diri kita sendiri.. hati tak tenteram bermakna ada sesuatu yang tak kena yang telah kita lakukan.. Kita yang menentukan kebahagiaan kita sendiri dan bukannya orang lain..

Ada satu petikan dari blog seorang sahabat ;
       "Kebahagiaan bergantung kepada keputusan kita sendiri untuk bahagia.. Jadi kebahagiaan adalah suatu keputusan.. Bila dan dimana saja kita dapat memutuskan untuk berbahagia atau tidak."

Senyumlah sepuas-puasnya, berdoalah tanpa berputus asa, insyaAllah satu hari nanti kebahagiaan akan hadir dalam hidup kita.. sama2 kita berdoa

Thursday, April 25, 2013

angan-angan

Yerr aku mengaku yang aku kadang2 suke jugak duk termenung berangan2 konon2 memikirkan masa depan..haha..poyo keng

tapi aku yakin bukan aku sorang jer yg layan perangai camni.. bak kata pakar sejarah, "kuala lumpur takkan wujud kalau tidak bermula dari sebuah angan2"...

So antara angan2 aku, nak ada beby satu hari nanti..haha.. lagi la poyo keng.. siap buat 'bebies on board' lagi..huhu..

~ Aisya Dania in the future

Tuesday, April 23, 2013

Mukhayyam 1

Hai assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni dah berakhir pogram mukhayyam qurani 2013.. Walaupon agenda agak terganggu disebabkan cuaca yang tidak menentu, tapi alhamdulillah semuanya selamat..

Lokasi pogram mukhayyam taun ni bertempat di Lata Tembakah, Terengganu.. tempatnya cukup cantik lagi menyenangkan..

Friday, April 19, 2013

Bulan 4

Hai assalamualaikum.. sy bukan syeila amzar atau nur aminatul najwa latif, tapi sy teringin la jugak teringin nak jadik macam diorang.. Muda2 lagi dah ada duit beriban2.. Aku ni, habuk pon tarak..

Mungkin korang buat2 lupa hari ni hari apa keng..memang la hari sabtu tapi tarikhnya yang penting.. 20/4/2013 merupakan tarikh penamaan calon untuk PRU13.. meriah keng..sebab tu la aku dilahirkan pada tarikh ni supaya hidup aku pon meriah and kalau ada peluang, bleyh naik calon pon jadi laa..hehe

Bulan 4 jugak, ku rasakan ada something di dalamnya.. seingat aku la..hoho..dulu aku ada sorang kawan yang sangat2 baik..dah la baek, hensem cun melecun plak tu.. tapi persahabatan aku ngan dia tak lama sebab aku ngan dia berlainan level..

Aku tetaplah aku la keng, tapi dia plak budak baek, pandai dan yang sewaktu dengannya.. jadi seingat aku la, kitorang kenal bulan 4 dan setahun kemudian aku ngan dia buat2 gaduh, terus dia taknak kawan ngan aku..dia jenis sensitif sikit, so aku memang bukan kawan yang baek la kot..huhu..pointnya terletak di bulan 4.. :-)

Ape pon, thanks kepada sobat2 yang sudi mengucapkan kata2 "hepy besday to u" , aku hargai sangat2.. dan kepada 'very important person' yang sudi baca blog selekeh ni, teruskan kehidupan dengan hepy and bahagia selamanya insyaAllah..

annyiong and kasahamnida.. :-)