Tuesday, September 23, 2014

Terima kAsih dari Den

assalamualaikum..  

Time kasih buat my bff sebab sudi hadir dalam hidup den.. Tanpa dia, den takkan kenal erti kasih sayang selain dari kasih sayang kepada mak ayah.. Dan terima kasih jugak kerana sudi hadir untuk menghilangkan resah di hati den yang entah apa puncanya..  

Dalam entri sebelum ni den ade ceritakan hasrat den untuk berjumpa nga bff den pada minggu yang lalu ketika mana musim cuti sekolah.. So, hati den sangat2 hepy sebab hasrat den tercapai..tiada kata2 yang mampu den ungkapkan, akhirnya rindu den sedikit terubat..  

Dah namanya pon obses..bukan nak mendabik dada, mengatakan diri den yang terbaik, den punyai segala2nya, den paling layak..tidak..den jugak macam orang laen yang serba kekurangan, banyak lakukan kesilapan, den jugak perlukan perhatian, kasih sayang macam orang lain..  

Orang laen boleh fikir yang perasaan den ni seolah-olah macam dibuat2.. Tapi percayalah den tak bodoh untuk berlakon semata2 nak puaskan nafsu den.. den hanya nak cuba lakukan yang terbaik untuk membahagiakan orang yang den sayang walaupon den tahu mungkin akhirnya dia bukan untuk den..tapi sekurang2 den hepy ngan apa yang den lakukan..  

Den jugak tahu, hanya den yang lebih memahami isi hati den yang sebenar.. Hanya den yang merasai hangatnya air mata yang mengalir disaat den sangat2 memerlukan.. Tapi sekurang2nya ia akan tetap terpahat di hati den sampai bila2, menjadi kenangan yang takkan den peroleh di mana2..

Monday, September 15, 2014

Langkawi

Akhirnya penantian den untuk menjejakkan kaki ke Langkawi dimakbulkan Allah Taala.. Sejak dari form 6 lagi kot..huhu

InsyaAllah jaulah den selama 3 hari ni akan berlangsung dengan baik..tapi sejak dari gerik hingga la den sampai kat pulau ni, hujan turun tak henti2.. Terpaksa kitorang menangguhkan beberapa pogram.. cuak jugak la hujan xrenti2 sampai esok lusa..harap2 esok cuaca baik lah

Skang ni plak, den tak mampu nak tidur dek suhu bilik yang terlalu sejuk doh..remote plak rosak, jadi den pon duduk la termenung sambil merenung manik2 hujan yang gugur ke bumi..den teringat kenangan dulu2..den pernah bergurau ngan sorang bff ni, plan nak datang langkawi ngan dia, sebab dia pon studi tak jauh dari sini..

Tapi memang den takdak rezeki lah mase tu..den sejak semalam lagi duk teringat..nak tido pon sampai xlena..huhu..parah sungguh.. Ntah la ape sebab nya, mungkin sebab den  berharap dapat jumpa dia masa tengah2 cuti cenggini..tapi hajat tak kesampaian kot..herm, sabar lah wahai hati neh :-)


Monday, September 8, 2014

DiLeMa dEn

assalamualaikum..

kalaulah 2 tahun dulu den tekadkan hati den untuk sambung belajar, tentu dah habis daa pon skang ni.. tapi waktu tu den terpaksa melanggar pesanan mak den yang mintak sangat2 kat den supaya cari kerja terlebih dahulu, then baru pikir nak sambung belajar.. demi menurutkan kehendak mak, den tolak baik2 tawaran dari UKM

termasuk tahun ni, dah hamper 3 tahun den berada di alam pekerjaan.. tapi sampai skang hasrat den nak sambung study masih terbantut.. den apply diploma pendidikan UPSI, dah 2 tahun tapi masih belum ada jawapan..

kemudian den cuba apply master OUM, tapi terpaksa dibatalkan sebab tak cukup kuota untuk 1 kelas.. masa berlalu, den cuba apply diploma pendidikan tahfiz dekat UPSI, masih lagi dalam proses.. kemudian muncul cadangan dari kawan2 den supaya batalkan hasrat untuk diploma, tapi cuba apply degree pendidikan Islam dekat OUM..

Den kuatkan semangat den untuk bersemuka dengan pengarah OUM sendiri, cuba cari jawapan dan sebab yang kuat untuk den tetapkan hati, buat keputusan terbaik demi masa depan den sendiri.. tapi jawapan yang den terima, agak menggusarkan den.. ditambah pulak, kawan den yang sama2 join den pegi jumpa pengarah tu pon buat keputusan untuk kata ‘tidak’ kepada OUM..

Semangat den yang mantain 80%, mendadak turun jd 60%.. sampai kepala otak den pon penat nak pikir.. den pon tak taw nak luah kat sapa masalah ni, jawabnya tido jer lah pengubat hti den yang kusut.. herm L


Wednesday, September 3, 2014

dEn nAk tUju lAgu

Assalamualaikum.. erm, kalau lah den diberi peluang untuk tuju lagu kat seseorang yang den rindu, den akan pilih lagu ni..  nak kata bezz tu takde la bezz sangat.. tapi layan gakk la..



Kau akan ku tunggu sehingga hujung dunia
Kau akan selalu bersamaku
Biar masa pergi . . . Biar masa tinggal kita
Kau akan selalu bersama

Biar semuanya yang indah
Biar semuanya yang indah

Kau dan aku mungkinkah kau akan percaya bersama mimpi kita
Apa daya yang mungkin ku rasa mungkinkah ini semuanya dusta

Kau akan ku tunggu sehingga hujung dunia

Kau dan aku mungkinkah kau akan percaya bersama mimpi kita
Apa daya yang mungkin ku rasa mungkinkah ini semuanya dusta

Biarkan semuanya indah
Biarkan semuanya indah

Kau dan aku mungkinkah kau akan percaya bersama suci cinta
Apa daya yang mungkin ku rasa mungkinkah ini semuanya dusta
Biarkan semuanya indah
Biarkan semuanya indah



Thursday, August 28, 2014

cerita Siapa Lebih Hebat

Terdapat satu mangga di pintu gudang.

Tukul besi yang merasakan dirinya paling hebat di dunia cuba memecahkan mangga tersebut.

Tukul cuba memukul mangga dengan pelbagai cara, mangga sekadar kemek sedikit tapi masih terkunci.

Datang pula gergaji berlian. Gergaji suruh tukul ke tepi. Dia berkata giginya boleh memotong apa sahaja.

Setelah berjam cuba, giginya menjadi tumpul, mangga pula hanya tercalar.

Tetiba muncul satu besi yang usang, badannya kecil, kotor, bergigi tak molek dan nampak rapuh.

“Biar saya cuba,” katanya kepada tukul besi dan gergasi berlian.

Tukul besi dan gergasi berlian ketawa terbahak-bahak, kata mana mungkin si besi karat ini nak berjaya sedangkan mereka berdua pun tidak.

Si besi kecil memasukkan dirinya ke dalam badan mangga dan putar. Mangga terus terbuka,

“Bagaimana kamu dapat melakukannya?” tanya gergaji berlian dan tukul besi.

“Kerana saya tahu isi hatinya,” jawab si besi kecil.

Siapa nama kamu?

“Saya Kunci,” jawabnya.

Wahai anakku,
Janganlah sesekali kamu merasakan diri sendiri hebat dan memandang rendah pada orang lain. Banyak masanya kamu terlalu cepat membuat kesimpulan hanya untuk menyesal di kemudian hari - kerana perkara yang kamu kritik hari ini sebenarnya ialah perkara yang betul di masa hadapan. Dan begitulah sebaliknya. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku, cuma kadang-kala kamu tidak dapat melihat pada waktu ianya berlaku kerana Allah ada perancangannya tersendiri.

Monday, August 25, 2014

Berdoa lah..

Assalamualaikum

Firman Allah Taala, "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu." sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan dimasukkan ke neraka jahanam dalam keadaan hina."

Kadang2 dalam seharian hidup kita, kita memandang rendah kelebihan berdoa..kita lebih mengharapkan pertolongan sesama makhluk berbanding kita bergantung harap kepada Allah.. Bila kita tertekan, kita lebih suka memilih untuk lakukan sesuatu yang boleh buat kita terhibur, yang tentunya perlakuan itu langsung tak memberi faedah kepada kita..den bukan nak mengata orang, sebab den sendiri pon melakukan perkara yang sama..

" Doa adalah kunci segala hajat, penghibur orang miskin, pelindung orang kesempitan dan pemberi ketenangan buat manusia yang berkeinginan"..

Minggu lepas family den terkejut bila tiba2 ayah den beli cd dangdut..hairan bin ajaib..tetiba berubah, klu masa den kecik2 dulu memang haram la nk dengar lagu dangdut, dapat tengok tv pon kira bertuah dh tu..ni siap beli cd lagi.. Bile ditanya, kenapa sampai sanggup beli? Jawapan mudah, sebab nak cari ketenangan hati.. Masing2 mengeluh, "alahai, ape nak jd ngan ayah aku nih"..hakikatnya, memang ramai antara kita akan mencari hiburan ysng kadang2 agak melampau demi mengubat hati yang tak tenang..

Allah memberi pilihan kepada hambaNya, nak kepada kebaikan atau kpd keburukan.. Sunyi atau hati yang tak tenang bukanlah masalah besar, tapi tindakan kita yang selepas itu lah yang jd masalah sebab kadang2 ianya akan memberi keburukan kepada kita..bukankah mendengar alunan quran itu lebih dari mendengar nyanyian, bukankah berkongsi cerita dengan seseorang itu lebih baik daripada mencari hiburan yang tidak berfaedah, malahan langsung tidak sesuai dengan usia kita yang telah lanjut..

Allah bagi ujian, nak tengok bagaimana hambaNya mengatasi masalah yang dihadapi..terpulang samada nak pilih jalan kebaikan atau keburukan..