Wednesday, November 20, 2013
patah tumbuh hilang berganti
Thursday, November 7, 2013
cari korja
Sunday, November 3, 2013
Kelate lawe pehe
WATSON Piala Malaysia dah pon berakhir.. Pahang berhak menang and kelate berhak untuk kalah.. Walaupon kecewa bercampur frust, slogan this is pantai timur buleyh la sebagai pengubat hati den..alahai
Assalamulaikum tuk korang, dan salam tuk gajah untuk semua penyokong TRW..hehe.. Memandangkan blog den ni dah berdebu sesangat kot, hati den ni tergerak sikit untuk meluahkan isi hati den ni kat sini..kurang2 bile hati den tak keruan, buleyh la jgak den flashback balik kenangan dulu2..
dalam seminggu dua ni kondisi den agak kurang sihat sikit..kejap demam kejap baek..batuk pon tak hilang2 lagi..ditambah plak masalah kat telinga den.. Allah masih sayang kat den, tapi den ni yang tak reti nak bersyukur ngan segala nikmat yang Allah berikan..den ni tegolong dalam kalangan orang yang hanya tahu cakap, tapi xreti nak buat..
Sebab tu la hati den ni makin lama makin keras..korang tolong la doakan den berubah neh..den pon nak jugak jadi baek cam korang, xder la nak hipokrit sangat macam den ni..orang kat luar pandang tinggi gile kot kat den, walhal tinggi den takde la sampai 180 cm..tapi kat perangai den yang sebenar hanya Allah dan diri den jer yang taw..
Pe pon, den berharap agar kesihatan den makin baek dan sentiasa diberi hidayah oleh Allah taala.. bebai guys
Saturday, August 17, 2013
Tak semua yang nampak baik tu baik..
Jazakumullahu khoir.. bubye :-)
Friday, August 16, 2013
Tak usah nok sedeyh-sedeyh..
Kakak den plak selalu pesan, kita tak perlu buat perkara yang menyakitkan hati orang untuk mendapatkan sesuatu..biarlah kita yang sakit, biarlah kita yang menderita kerana kita sedar hanya Allah yang tahu niat kita..
Kita semua belajar dari pengalaman keng, masing2 ade pengalaman pahit, manis, tawar, masam dan sebagainya..berbagai2 masalah yang datang.. bergeleng2 air mata yang menitis disaat kita merasakan hampir2 putus asa menghadapi dugaan.. Berbuih2 mulut mengeluh akan nasib yang menimpa..
Tapi sedar tak sedar, kita dah pon meninggalkan dugaan tersebut berlalu pergi.. Cuba kita flashback balik n cuba bandingkan tindakan baik dan tindakan buruk yang kita dah lakukan.. Kalau tindakan buruk, adakah kita merasa tersangat bahagia sekarang ni? tapi kalau kita buat sesuatu yang baek, den yakin yang kita akan tersenyum dan bersyukur atas apa yang telah kita lakukan..
Sebab nya, kita mengalah tak semestinya kita benar2 kalah.. Dan yang menang, biarlah dia menang dengan caranya sendiri.. Jadi tak perlu bersedih la dik oii.. satu hari nanti Allah kan tunjukkan sape yang menang, dan sape yang kalah..
Tuesday, August 13, 2013
Dengarlah nasihat den....
Kadang kebenaran yang terserlah itu mencederakan hati kita.. Dan kita luka dan terus luka.. Dan kita sendiri tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan seakan tiada lagi jalan penyelesaian.. Kita takut dan amat takut akan kenyataan yang sebenarnya hingga kadang kita hanya mampu lagi tersenyum walau pada hakikatnya kita mahu menangis sekuat - kuatnya..
Sebab itulah adakalanya kita terpaksa berbohong demi sesuatu yang kita hajati..kadang2 kita terpaksa menipu demi sesuatu yang kita sayangi, demi sesuatu yang kita cintai..namun percayalah, apa yang berlaku adalah takdirnya, sesuatu yang tak mampu untuk kita hindari..
Seperti kehidupan ini juga, ia akan berlalu dan terus berlalu.. Kesakitan yang kita rasakan sekarang akan hilang bila tiba saatnya..malah kesenangan yang kita rasakan sekarang jugak akan hilang pada suatu hari nanti..
Kecantikan, kesempurnaan dan berbagai lagi "an, an, an" di belakang hanyalah pinjaman.. usahlah mencari kesempurnaan kerana kadang kita tak tahu bahawa yang sederhana itu akan memberi kebahagiaan kepada kita..
bubye sayang.. :-)