Tuesday, August 30, 2011

Ape yang ko rase bile Ramadhan tinggalkan ko?


  Assalamualaikum..Selamat Hari Raye buat semua dan mintak maaf atas segala kesalahan dari ujung rambut sampai ke ujung kaki..bulan ramadhan yang daa berlalu selalu kan buat kite bersedih..

  Biasanya bile da ujung nak habis bulan ramadhan baru la rase nyesal tak amik seriyes pasal ibadat..semua orang tau setiap amalan kita akan dilipatgandakan ganjarannya..tapi orang macam aku ni selalu sangat lupa pasal tu..betul kan ape yang nabi cakap, klu baek seketul daging yang bernama hati, maka akan baeklah seluruh jasad..

   Ape yang ade ngan kite pastinyer hanya kite yang tau kan..kadang2 orang duk puji kite ni lelaki baek la, sejuk mata memandang la..suma tu klu buleh semua orang nak mengiyakan, tapi kite yang tuan punyer badan sendiri tau ape yang ade kat dalam hati..luar memang nampak baek, kat dalam hanya dia ngan Allah..

   Untuk peringatan kepada kite semua, renung2kanlah keratan dari sepotong hadis Rasulullah s.a.w

Baginda bersabda: Jibril as datang kepada aku dan berkata: “ CELAKA dan BINASALAH’ sesiapa yang menyempurnakan Ramadan, tetapi masih tidak diampunkan baginya”. Aku menjawab: امين

Taqabbalullahu minna waminkum...nanti kan ade entry pasal raye..korang tunggu neh..assalamualaikum

Friday, July 29, 2011

Tazkirah utk pompuan

Hai assalamualaikum...entry ni untuk hari jumaat sebenarnye, aku kat sini memang la still hari jumaat..korang yang kat malaysia daa masuk hari sabtu..k..sedikit peringatan untuk kite suma..

   Ali r.a. meriwayatkan : "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:


1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

 2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

 3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

 4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

 5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

 6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

 7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

 8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

 9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.



   Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."


Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :


1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

 2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.


3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

 4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

 5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

 6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

 7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

 8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

 9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.


p/s: khas utk kaum pompuan dan secara umum utk lelaki...hadis ini ditujukan utk peringatan kpd pompuan, dan bagi kaum lelaki, ingat yang kite kan jadi ketua keluarga, maka tanggungjawab kite utk mendidik isteri..maa'ssalamah

Thursday, July 28, 2011

bab yang dah basi, tapi telah pon diperangatkan..khas utk korang

assalamualaikum..pe kaba korang? rase lama sangat daa aku tak update blog ni..sejak result final exam aku klua..then aku pegi ke Hurghada..then kitorang pegi selebret untuk kursus bahasa arab..

Nak aku citer ke? haha..rasanya xyah la kot..nanti aku upload gamba untuk korang ekk..dan semalam, mimpi aku selama ni dah jadik kenyataan..sesuatu yang selama ni aku tak mampu nak miliki akhirnya da jadik milik aku..k..kat bawah ni de gamba untuk korang...annyo!

gamba ni 1st day kitorang kat hurghada..



time ni kat kfc, nampak makhluk ni terus kitorang amik gamba..haha

kat Paradise



sebelum tu, nak mintak maaf sebab gmba kat hurghada jer yang sempat aku upload ari ni..len kali aku try upload gmba2 yang len ekk..k




Monday, July 18, 2011

Kawan dan citer 'pillow talk'..

Hai assalamualaikum..kite suma mesti boleh cakap yang kite ni ramai kawan..tapi berape ramaikah kawan yang boleh dijadikan tempat mengadu di saat korang frust, sedih dan yang semacam nyer?..

Aku tujukan entry ni untuk sorang kawan..haha..tak tau nape tiba2 dia buleh muncul dalam idup aku..tambah2 time tu aku tengah badmood sangat2..then muncul la si pari2 ni duk potpet2 sampai la aku lupa segala masalah..thanks si pari2..xkisah la nak panggil aku jambu ker ape ker..yang penting ko memang layak untuk dipanggil kawan..nak ke tak?haha..

Aku sebenarnya susah ckit nak berkawan..geng2 aku mesti tau perangai aku cane..tapi betul la orang cakap, sekeras mana pon hati seseorang, klu kena ngan time nyer mesti cair meleleh-leleh punya..

Contoh aku ade sorang kawan tau...dia sayang kat awek dia sgt2, tambah2 awek tu laa cinta pertama dia...dah janji macam2 daa..nak idup semati la, nak saling jage menjagai la..biasa la kan adat orang bcinta, bile janji mesti kaw2 punyer..haha..tapi masalah berlaku bile kawan aku ni tengah sibuk nak exam dan awek dia pulak tengah sakit..

haaa, ko nampak tak permainan dia...time ni lah ade sorang mamat yang memang da lama berkenan kat awek ni, terus masuk jarum..caring la sangat!!..lepas tu ngan senang2 jer awek tu blah dari idup kawan aku ni..kesian!..ngan satu alasan, mamat tu boleh jaga dia lebih baek dari kawan aku ni..

Sebab tu lah buleh klua nyer istilah 'pillow talk' kan..bukan setakat pompuan, lelaki pon akan menunduk bile time camni..haha..ni kawan aku yang bagitau la..aku tak pernah cuba pon..pesan aku untuk korang, "tanpa kawan siapa lah kite"..k, sampai itu saje lah citer aku...peace yeao!!

Saturday, July 16, 2011

Cuci hati dengan cuci tandas?

Hai assalamualaikum..pe kaba korang?..pertama sekali aku nak mintak maaf pasal entry semalam..memang time tu aku tengah serabut sangat..lepas tu aku pegi maen bola, kira ok dah laa..

Entry kali ni aku nak citer pasal kebersihan..tambahan skg ni aku baru jer kemas bilik aku..haha..dah 2bulan aku tak gotong royong, dah bagai nak gile aku tengok..

Then aku teringat kata2 senior, kalau nak tau sehebat manakah kekuatan persaudaraan antara kite ngan sahabat2 kite adalah melalui kebersihan tandas..bunyi cam pelik kan! dan aku sendiri pon tak dapat tangkap maksud senior ni..

Bagi kitorang kat cni, ziarah menziarahi rumah geng2 tu adlah perkara biasa..so, senior aku ni cakap klu nak tau setara mana geng2 ko tu support ko, tengok lah tandas kat umah diaorang..kalau tandas tu elok dan bersih, macam tu lah jugak kekuatan persahabatan korang..

Malah, diceritakan jugak pasal ulamak2 dlu sering mencuci tandas dengan tujuan untuk mencuci hati..tandas tu rumah syaitan, makin kotor tempat tu makin melompat la setan2 tu semua..kira betul la pe yang senior aku tu cakap..so, bagi yang rasa hati nya kotor sangat2 buleh la cuba bersihkan tandas korang tiap hari..haha..cuci sampai 'BERSIH'..

Friday, July 15, 2011

Entry pendek

Hai assalamualaikum..korang pernah dengar tak ayat "sekali ko benci aku, 10 kali aku benci ko"..bunyi cam tak best jer ayat aku..arap2 korang paham maksud aku..

Baru kejap tadi ayat ni duk pusing2 kat kepala otak aku ni...pasal masalah rumah tangga sebenarnya, tapi tak kisah la kan aku nak luah kat korang..tu pon klau korang tak rase menyampah la..hoihoi

Masalah aku ngan dia dah selesai..tapi tak tau la pe lagi masalah nyer..dah ko xsuke aku, sila pergi jauh2...takyah susah2 nak bagi isyarat kat aku ekk..jangan bagi aku menyampah dah laa k..dlu aku leh sabar, tapi tu dlu laa..dlu ngan skang ni len..

Sbelum aku blah, aku arap 'orang' berkenaan tu baca la entry ni..sory klu luahan tadi menyakitkan hati yang membaca..*kecuali dia..ingat, masalah kite dah selesai, tak perlu nak over2 lagi ..malam ni aku ade game bola, so aku chow dlu..babai